omniture

Tuya Smart Meterai Perkongsian Strategik Dengan T3 Technology dan Skyworth Digital untuk Membina Ekosistem Rumah Pintar Global

Tuya Smart
2023-05-10 12:31 193

SHENZHEN, China, 10 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Tuya Smart (NYSE: TUYA, HKEX: 2391), penyedia perkhidmatan platform pembangunan IoT global, hari ini memeterai perkongsian strategik tiga hala dengan T3 Technology, penyedia penyelesaian telekomunikasi yang terkenal di Asia Tenggara serta Skyworth Digital, penyedia penyelesaian rumah digital. Pihak-pihak ini bermatlamat untuk memajukan aplikasi produk dan penyelesaian rumah pintar dalam pasaran Asia Tenggara. Mereka juga akan membangunkan ekosistem rumah pintar global bertumpukan rangkaian yang dikenali sebagai "Own the Household", yang berasaskan kepada teknologi IoT Tuya, pengiktirafan jenama T3 Technology dan saluran pengendali telekomunikasi Skyworth Digital.

T3 Technology ialah pembekal produk terminal komunikasi yang terkenal di Thailand. Dengan sejarah pertumbuhan mantap yang panjang, ia membekalkan peranti komunikasi, produk rumah pintar dan penyelesaian kepada keluarga Thai. Ia merupakan syarikat pertama yang menawarkan Wi-Fi 6 dan Wi-Fi 7 di Thailand. Antara tahun 2018 dan 2022, ia memegang bahagian pasaran terbesar bagi perkhidmatan jalur lebar B2B di Thailand. Jenama T3 Smart menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta isi rumah dan 6 juta pengguna.

Skyworth Digital memberi tumpuan untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan rumah digital yang komprehensif dan berkaedah kepada pengguna global. Bagi mencipta kehidupan digital dengan definisi ultra-tinggi dan saling sambungan pintar, Skyworth Digital memperluaskan dengan aktif skala pasaran dan kelebihan platform terminal "berbilang-pintar" sambil meninjau pasaran global dan mencapai rumah pintar, penjagaan kesihatan pintar, bandar pintar dan sektor-sektor lain.

Melalui perkongsian ini, ketiga-tiga pihak bermatlamat untuk mencipta ekosistem rumah pintar global yang selamat dan berkesan.

Dengan memanfaatkan keupayaan platform pembangun PaaS 2.0 Tuya, T3 Technology dapat membangunkan produk rumah pintar yang lebih bersifat individu dan tersendiri merentas pelbagai kategori, termasuk perkakas rumah, pencahayaan, keselamatan, penderiaan dan perkhidmatan elektrik. T3 Technology berupaya membangunkan T3 Smart App dengan pantas berdasarkan kepada perkhidmatan Tuya App SDK, lalu merealisasikan kawalan mudah peralatan rumah pintar. Ini memudahkan ketiga-tiga pihak untuk membangunkan penyelesaian "Own the Household".

"Own the Household," yang berasaskan kepada sambungan rangkaian, dapat memberi akses kepada sistem pengurusan rumah pintar visual dan boleh diperluaskan untuk pengendali bagi membantu pengguna akhir merealisasikan interaksi dalam-aplikasi dan kawalan mod berbilang-pandangan, menaik taraf pengalaman mereka dengan rumah pintar. Dengan bergantung pada ekosistem IoT dan saluran global Tuya yang mantap, ketiga-tiga pihak akan terus memacu pembinaan ekosistem rumah pintar dalam pasaran Asia Tenggara dan berkembang di peringkat global. Tuya juga akan menggunakan Cube Solution untuk membantu T3 Technology dan Skyworth Digital membina platform awan eksklusif sehenti.

"Perkongsian ini akan menjadi titik perubahan baharu dalam pertumbuhan ekosistem IoT dan penyepaduan ekosistem industri telekomunikasi. Baru-baru ini, smartization berkembang menjadi daya penggerak baik untuk pembangunan hijau mahupun transformasi perniagaan untuk syarikat-syarikat antarabangsa. Ketiga-tiga pihak ini akan menyerlahkan selanjutnya kevitalan pasaran rumah pintar global dan saling bekerjasama untuk mempromosikan ekosistem rumah pintar global kepada kumpulan pengguna rumah yang besar, berdasarkan kepada Platform Pembangunan IoT Tuya, kelebihan jenama T3 Technology dan saluran sumber Skyworth Digital," kata Ross Luo, Pengurus Besar Rantau Asia Pasifik Tuya Smart.

"T3 Technology sentiasa menjadikan keperluan pengguna sebagai keutamaan, yang merupakan sebab utama kami bergabung bersama Tuya dan Skyworth Digital. Memandangkan ini merupakan tahun ketiga kami bekerjasama dengan Tuya, kami yakin bahawa perkongsian kami bersama mereka dan Skyworth Digital akan membantu jenama T3 Smart berkembang ke lebih banyak rumah, mempromosikan aplikasi IoT di Asia Tenggara dan di peringkat antarabangsa serta mencipta rangkaian ekosistem rumah pintar dengan pelbagai produk dan senario pintar," kata Leo Yu, Ketua Pegawai Eksekutif T3 Technology.

"Ia merupakan satu keistimewaan untuk kami menawarkan produk dan perkhidmatan pintar yang andal dan bertaraf pertama kepada pengguna kami di Thailand dan Asia Tenggara Raya. Memandangkan semakin banyak peranti rumah pintar diperkenalkan kepada keluarga tempatan, hubungan tiga hala ini akan mengukuhkan kelebihan kompetitif utama setiap syarikat dan meningkatkan keupayaan produk dan perkhidmatan pelanggan pengendali kami. Di samping itu, kami akan berkolaborasi dengan Tuya dan T3 Technology bagi menawarkan produk dan perkhidmatan IoT premium kepada lebih ramai klien pengendali di peringkat global," kata Daniel Xu, Pengurus Besar Bahagian Rangkaian Akses Luar Negara Skyworth.

Di samping itu, Tuya merancang untuk membolehkan Skyworth Digital melancarkan penghala pintar yang menggabungkan gerbang Zigbee bagi mempermudah prosedur pengedaran rangkaian yang lebih mudah untuk peranti IoT.

Kerjasama tiga hala ini bukan sahaja mempererat kolaborasi sedia ada, tetapi juga berpotensi untuk menakrifkan semula pasaran rumah pintar global, yang bergantung pada saluran pengendali tempatan untuk menggunakan dan mempromosikan produk rumah pintar dengan cepat serta membina ekosistem rumah pintar. Tuya akan terus memanfaatkan teknologi teras dan kelebihan ekosistemnya bagi membolehkan pelanggan global merealisasikan transformasi dan menaik taraf pelbagai industri, memberi sokongan teknikal untuk lebih banyak perniagaan luar negara pelanggan dan menggalakkan pembangunan pintar global.

Source: Tuya Smart
Related Stocks:
HongKong:2391 NYSE:TUYA
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications