![]() |
VIENNA, 11 Mei 2023 /PRNewswire/-- Secara purata, aktiviti mingguan kebiasaannya menyaksikan kita menghabiskan lebih banyak masa berinteraksi di tempat kerja dengan rakan-rakan sekerja berbanding ahli keluarga dan teman-teman, jadi apabila kita ingin menunjukkan kebaikan dan penghargaan, tiada tempat yang lebih baik untuk memulakannya selain di tempat kerja, kata pembuat kopi premium, Julius Meinl.
Dalam sebuah kajian global ke atas 4,000 orang dewasa dari seluruh Eropah, Julius Meinl mendapati bahawa dua daripada tiga orang bersetuju bahawa ucapan 'terima kasih' tidak diucapkan secukupnya di tempat kerja.
Lebih separuh mengatakan bahawa majikan mengharapkan kerja yang bagus dilakukan setiap masa, manakala 40% mengatakan bahawa "tekanan masa" merupakan salah satu sebab utama ucapan 'terima kasih' sering diabaikan di tempat kerja.
Namun begitu, membina budaya penghargaan di tempat kerja memberi manfaat kepada mereka yang mengucapkan dan menerima ucapan terima kasih. 81% bersetuju bahawa mendengar ucapan 'terima kasih' daripada majikan mereka memberi impak yang positif kepada hari mereka, manakala tiga perlima mengatakan bahawa ucapan tersebut membuatkan mereka berasa dihargai. Kurang daripada separuh mengatakan ia mendorong mereka untuk bekerja lebih keras.
Christina Meinl berkata: "Penyelidikan kami menekankan bagaimana tindakan yang kecil seperti membawa seseorang untuk keluar minum kopi, boleh memberi kesan yang bermakna. Ia menunjukkan betapa pentingnya meluangkan masa untuk menunjukkan tanda penghargaan kita kepada orang tersayang dan rakan sekerja. Tambahan pula, kita menghabiskan begitu banyak masa dengan mereka - membina hubungan yang kukuh di tempat kerja akan membentuk sebuah pasukan yang baik dan memberi manfaat yang positif kepada semua orang yang terlibat. Falsafah pasukan kami sendiri di Julius Meinl adalah untuk mencipta detik-detik yang bermakna dalam kehidupan masing-masing dan itulah sebenarnya matlamat inisiatif 'Ucapkan Terima Kasih' kami melalui setiap cawan kopi yang dihidangkan. Budaya kedai kopi Vienna ialah tentang meluangkan masa dan menikmati detik-detik yang indah dalam kehidupan, oleh itu inisiatif ini adalah cara kami menyampaikan mesej ini kepada dunia."
Julius Meinl berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih banyak ucapan 'terima kasih' dan detik-detik kebaikan melalui kopi premium mereka. Bagi setiap kopi yang dipesan di kedai-kedai yang mengambil bahagian, penggemar kopi akan menerima baucar Ucapkan Terima Kasih kepada seseorang yang mereka pilih, sama ada rakan sekerja atau orang tersayang dengan hadiah secawan kopi Julius Meinl secara percuma.
Inisiatif 'Ucapkan Terima Kasih' Julius Meinl telah berjaya memberi inspirasi kepada lebih 250,000 ucapan 'terima kasih' di lebih 20 buah negara di seluruh dunia dan akan dilancarkan untuk tahun kedua di kedai-kedai yang mengambil bahagian mulai 15 Mei 2023.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.juliusmeinl.com/say-thank-you.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2057151/Julius_Meinl_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2057153/Julius_Meinl_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1687261/Julius_Meinl_Logo.jpg?p=medium600