omniture

Esaote Group membentangkan penyelesaian pengimejan jantung terbarunya di Kongres EACVI di Barcelona (Sepanyol)

Esaote S.p.A.
2023-05-11 20:40

BARCELONA, Sepanyol, 11 Mei 2023 /PRNewswire/ --Esaote, salah sebuah syarikat pengeluar sistem diagnostik perubatan terkemuka di dunia (khususnya ultrabunyi, MRI khusus dan sistem IT Perubatan), telah mengambil bahagian dalam Kongres yang dianjurkan oleh Persatuan Pengimejan Kardiovaskular Eropah di Barcelona pada 10 hingga 12 Mei 2023. Dalam kongres ini, ia melancarkan MyLabTMOmega eXP, sistem ultrabunyi mudah alih baharu dengan alat kardiovaskular yang canggih dan automasi yang dipacu AI serta mempamerkan Suitestensa CVIS, penyelesaian pengurusan kardiovaskular semua dalam satu untuk perusahaan, dan juga Caas Qardia, sebuah platform perisian ekokardiografi yang canggih di mana kedua-dua produk ini masing-masing telah dibangunkan oleh Ebit dan Pie Medical Imaging (PMI), anak syarikat Esaote Group yang memberi tumpuan kepada IT Perubatan.

The Esaote Group at EACVI Congress in Barcelona
The Esaote Group at EACVI Congress in Barcelona

Kecerdasan Buatan, alat pengukuran canggih, kesalinghubungan yang dipertingkat untuk perkongsian data yang lebih baik dan perundingan jarak jauh merupakan ciri-ciri utama yang dilaburkan secara besar-besaran oleh Esaote Group dalam pengimejan kardiovaskular demi menyediakan para klinisian dengan alat analisis yang cekap dan tepat.

Hasil penyelesaian Augmented InsightTM ini, MyLabTMOmegaeXP yang diperkenalkan di Barcelona memberikan pengukuran yang tepat serta mengurangkan masa huraian dan jumlah masa pemeriksaan keseluruhan. Dengan konfigurasi khusus CV, Esaote menawarkan keupayaan diagnostik terbaik dan fleksibiliti pada tahap yang tinggi kepada pakar kardiologi dan profesional perkhidmatan mudah alih, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. "Alat pemprosesan pengimejan, kemudahalihan dan kesalinghubungan yang canggih merupakan ciri kekuatan yang terdapat pada pengimbas ini yang bermatlamat untuk memenuhi keperluan sistem penjagaan kesihatan pada masa hadapan," kata Martina Cereseto, Pengurus Produk Global Esaote. "Selain itu, generasi transduser XCrystal baharu membolehkan imej yang terperinci didapati dengan resolusi temporal dan ruangan yang tinggi, sekali gus meningkatkan keyakinan diagnostik dalam mana-mana persekitaran klinikal, daripada makmal-eko swasta hingga hospital serta merangkumi jabatan kardiologi am hingga ICU, CCU, wad kecemasan dan unit-unit Pusat Penjagaan".

Perkongsian data dan maklumat antara jabatan hospital yang berbeza atau kemudahan kesihatan yang berbeza merupakan salah satu ciri utama Suitestensa, sistem seluruh perusahaan yang dibangunkan oleh Ebit. Platform CVIS Suitestensa yang merangkumi kesemua aliran kerja, pemeriksaan, imej dan pasca pemprosesan, merupakan pendekatan berorientasikan pesakit yang paling komprehensif untuk semua bidang kepakaran kardiologi: Pengkateteran Kardium, Kardiologi Intervensi, Ekokardiografi, ECG, Aritmologi, Kardiologi Am dan Pembedahan Kardiovaskular. Platform yang melengkapkan pengurusan aliran kerja pesakit ini merangkumi modul teleperubatan dan pemantauan jarak jauh yang lengkap.

Aliran kerja dipacu AI yang bermatlamat untuk mengautomasikan pengukuran ekokardiografi klinikal penting merupakan salah satu ciri tersendiri Caas Qardia, barisan produk terkini yang dilancarkan oleh PMI yang cemerlang dalam analisis strain miokardium, penilaian fungsi eko-tekanan dan diastolik serta analisis injap (PISA).

PMI menyepadukan analisis strain dan volumetrik ventrikelnya yang dipacu AI ke dalam pengimbas MyLab Esaote untuk memudahkan analisis ekokardiografi pada troli.

Pada Kongres EACVI ini, PMI turut mempamerkan analisis MRI kardium Aliran 4D (Caas MR Solutions) dan perancangan transkateter sebelum prosedur berasaskan CT/3DTEE (3mensio).

Esaote Group: 

Peneraju dalam sektor peralatan bioperubatan (ultrabunyi dan pengimejan resonans magnetik iaitu perisian untuk menguruskan proses diagnostik). Pada akhir tahun 2022, Kumpulan ini mempunyai seramai 1,250 orang pekerja dengan lebih separuh daripada mereka berkhidmat di Itali. Dengan beribu pejabat di Genoa dan Florence serta unit pengeluaran dan penyelidikan yang dimiliki sendiri di Itali dan Belanda, Esaote kini berada di 100 buah negara di seluruh dunia. www.esaote.com

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2074895/EACVI_Congress.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1793998/Esaote_Logo.jpg?p=medium600

Source: Esaote S.p.A.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news