omniture

IFRA bekerjasama dengan KCII untuk tingkatkan standard dan galakkan amalan terbaik dalam industri wangian Korea Selatan

International Fragrance Association
2023-05-12 14:18 118

SINGAPURA, 12 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 29 Mac, di tepi pameran perdagangan In-Cosmetics Barcelona, International Fragrance Association (IFRA) dan Korea Cosmetics Industry Institute (KCII) menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) selama tiga tahun. Pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian berkenaan ingin bertukar-tukar maklumat tentang peraturan kosmetik Korea dan impaknya ke atas sektor wangian.

Martina Bianchini, Presiden IFRA dan Lee Jae Ran, Presiden KCII.
Martina Bianchini, Presiden IFRA dan Lee Jae Ran, Presiden KCII.

"MoU ini merupakan satu peluang yang penting untuk membina selanjutnya kepercayaan dan kerjasama antara IFRA dan KCII", kata Martina Bianchini, Presiden IFRA dan penandatanganan MoU tersebut bagi pihak persatuan. "Kami berharap dapat bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan bersama-sama menganalisis impak peraturan kosmetik Korea, khususnya yang berkaitan dengan pengurusan risiko."

IFRA Standards menggalakkan penggunaan wangian yang selamat dan MOU berkenaan akan memaklumkan usaha Korea dalam meningkatkan pengurusan keselamatan kosmetik domestik – selain daripada penglibatan kawal selia.

"Melalui perjanjian MOU ini, kami akan dapat menyediakan kepada industri wangian di Korea dengan banyak maklumat tentang pengurusan risiko untuk ramuan wangian," kata Lee Jae Ran, Presiden KCII. "Di samping itu, kami akan terus memulakan perkongsian dan perjanjian perniagaan dengan pelbagai institusi yang dapat membantu memajukan syarikat-syarikat di Korea."

Ahli-ahli Lembaga IFRA mengambil bahagian dalam perjanjian kerjasama ini, termasuk bekerjasama dengan para penyelidik KCII. Presiden IFRA turut mencadangkan adanya pelbagai aktiviti, seperti penilaian dasar yang memberi impak ke atas industri wangian. KCII merancang untuk berkongsi pelbagai maklumat, seperti data tentang peraturan kosmetik Korea, keselamatan dan trend wangian serta bagaimana perubahan terhadap IFRA Standards akan memberi kesan ke atas sektor domestik.

Dalam usaha untuk menjana pengetahuan, pendidikan serta merapatkan jurang data, IFRA, dengan kerjasama Persatuan Ahli Kebangsaan KFFA dan KCII akan turut mentafsir secara bersama perkembangan dasar baru muncul dalam peraturan kosmetik di Korea memandangkan ia berkaitan dengan ramuan wangian. Organisasi ini menilai secara bersama impak perkembangan berkaitan wangian sedemikian dan strategi respons yang sesuai."

Nota untuk editor

Latar Belakang IFRA

International Fragrance Association, ditubuhkan pada tahun 1973, mewakili kepentingan industri wangian di seluruh dunia. IFRA terdiri daripada tujuh Ahli Tetap multinasional dan 23 persatuan kebangsaan di empat wilayah global mewakili beratus-ratus pengeluar wangian bersaiz kecil dan sederhana, serta ahli-ahli sokongan. Misinya adalah untuk menggalakkan penggunaan wangian yang selamat untuk keseronokan semua orang.

Wangian merupakan teknologi platform penting yang digunakan oleh syarikat-syarikat barangan pengguna – untuk wangian halus, produk penjagaan diri, penjagaan rumah dan banyak lagi.

Program penggunaan selamat khusus IFRA, IFRA Standards, mengaplikasikan langkah-langkah pengurusan keselamatan berdasarkan kepada penilaian saintifik dan penilaian Panel Pakar bebas. Program ini merupakan teras kepada Kod Amalan IFRA yang terpakai untuk semua ahli IFRA di peringkat global, termasuk ahli-ahli persatuan kebangsaan IFRA. Kod ini juga memerlukan ahli-ahli mematuhi peraturan tempatan, negara dan antarabangsa serta untuk menerapkan amalan pembuatan yang baik.

Latar Belakang Korea Cosmetics Industry Institute (KCII)

Ditubuhkan pada tahun 2010, Korea Cosmetics Industry Institute (KCII) ialah organisasi subsidiari di bawah MoH untuk mempromosikan industri kecantikan-K (K-beauty), termasuk sokongan kerajaan untuk pelbagai pembangunan industri. Ia merupakan satu-satunya institusi penyelidikan kosmetik di Korea yang ditubuhkan dengan penyertaan bersama daripada Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi meningkatkan daya saing antarabangsa industri kosmetik Korea dan meningkatkan kesihatan awam.

Lembaga pengarah KCII terdiri daripada Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan, Korea Cosmetics Association serta syarikat-syarikat kosmetik domestik utama dan pakar-pakar dalam setiap bidang tekal berusaha untuk mencapai pertumbuhan industri.

KCII khususnya menyediakan penyelidikan keselamatan program dan pewujudan sistem sokongan, pemeriksaan kualiti, penyelidikan dan analisis industri kosmetik global, latihan profesional, mewujudkan bank data ciri-ciri kulit global dan bekerjasama secara berterusan dengan organisasi-organisasi kosmetik terkemuka secara global.

Sementara itu, Lee Jae-ran, presiden KCII, telahpun berkhidmat di Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan selama lebih daripada 30 tahun dan telah memimpin KCII sejak tahun 2021 berdasarkan kepada pemahaman dan kepakaran yang tinggi dalam industri kesihatan.

Source: International Fragrance Association
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Contracts Trade show news