Global Stevia Institute memperlihatkan tontonan tersendiri terhadap penulenan stevia, sains serta rasa
KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 April 2014 /PRNewswire/ -- Ahli sains pemakanan terpilih yang menghadiri Kongres Obesiti Antarabangsa di Kuala Lumpur telah diberikan pratonton proses pengekstrakan glikosida steviol pada hari Rabu semasa lawatan dan acara merasa gula stevia di kilang PureCircle, Enstek.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140331/0861401979)
Global Stevia Institute telah menaja acara tersebut bagi memberikan maklumat lanjut dan saintifik tentang stevia serta menekankan proses biasa yang sering disalah tafsir oleh para pengguna dan juga pengamal perubatan.
"Memandangkan ahli sains pemakanan bimbang dengan pengambilan tenaga yang berlebihan, menyaksikan sendiri bagaimana stevia memasuki pasaran dapat membantu kami untuk memahami bagaimana stevia dapat memberikan penyelesaian penting kepada keperluan kesihatan pada masa kini di seluruh dunia," kata Dr. Cathy Kapica, Pengerusi Lembaga Penasihat Global Stevia Institute yang telah mengendalikan acara tersebut.
Menyamai bahan tumbuhan lain seperti gula, stevia diekstrak daripada tumbuhan stevia ke dalam bentuk pemanis serbuk. Proses pengekstrakan berlaku dengan merendamkan daun kering stevia, seperti merendamkan daun teh dan kemudiannya mengasingkan serta menulenkan sebatian pemanis terbaik yang secara saintifiknya dikenali sebagai glikosida steviol.
Para hadirin turut diberikan gambaran keseluruhan proses ini dan lawatan ke kilang pengekstrakan PureCircle, termasuklah perbincangan tentang ekstrak stevia berketulenan tinggi. Kemudian, mereka turut berpeluang untuk merasai sendiri ekstrak stevia pada pelbagai peringkat penulenan.
Para hadirin turut mengambil bahagian dalam panel deria merasa yang melibatkan pelbagai minuman seperti teh dan minuman tenusu yang dimasukkan pemanis stevia, bagi mengalami sinergi rasa stevia dengan gula serta pelbagai bahan perasa lain.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang sains stevia, sila layari http://www.globalsteviainstitute.com
Stevia dapat mengurangkan pengambilan kalori dan turut membantu pengurusan berat badan. Ia merupakan pemanis yang selamat, semula jadi dan tidak mengandungi kalori serta sesuai digunakan oleh seisi keluarga. Ekstrak tumbuhan ini telah digunakan sebagai pengganti gula semula jadi di serata dunia sejak berabad-abad lamanya. Ekstrak stevia berketulenan tinggi telah diperakui selamat untuk kegunaan manusia menerusi penyelidikan kajian semula setara yang ketat.
Global Stevia Institute (GSI) menyediakan maklumat berasaskan sains tentang stevia, pemanis semula jadi tanpa kalori yang mampan. GSI dipantau oleh lembaga antarabangsa ahli sains dan pengamal perubatan yang menerajui bidang masing-masing. GSI turut mendapat sokongan PureCircle, Ltd, peneraju global dalam penghasilan ekstrak daun stevia tulen. Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.globalsteviainstitute.com
SUMBER: Global Stevia Institute (GSI)