omniture

Lynden International lantik Ogle sebagai Pengarah Kanan Jualan Global

Lynden International
2014-04-01 19:51 112

SEATTLE, 1 April 2014 /PRNewswire/ -- Lynden International, syarikat perkhidmatan penuh bagi penghantaran barang muatan dan logistik, telah menaikkan pangkat Charlie Ogle kepada Pengarah Kanan Bahagian Jualan Global. Sebelum ini, Ogle telah memegang jawatan sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan bagi pasaran Asia Pasifik. Ogle yang ditempatkan di Seattle akan bertugas dengan para pengurus serantau, pasukan eksekutif serta rakan kongsi strategik Lynden bagi meningkatkan perniagaan antarabangsa.

"Charlie menunjukkan prestasi cemerlang dalam jualan antarabangsa dan berkebolehan mengenal pasti peluang baharu. Menerusi kedudukan baharunya, beliau akan memainkan peranan penting dalam kemajuan dan perkembangan masa depan perniagaan global Lynden," ujar Dennis Mitchell, Naib Presiden Antarabangsa.

Ogle mempunyai pengalaman luas dalam industri pengangkutan. Sebelum menyertai Lynden pada tahun 2011, beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang operasi dan jualan Sea Land Service Inc. di Alaska, Arab Saudi, New York, Seattle serta Asia Tenggara. Beliau turut memegang jawatan dalam bahagian pengurusan di Airborne Express, DHL Global Forwarding dan baru-baru ini, sebagai Naib Presiden TransNet Inc. di Issaquah, Washington. Beliau merupakan siswazah pusat pengajian perniagaan Universiti Texas di Austin. Ogle juga merupakan mantan pengerusi lembaga pengarah Northwest Center di Seattle dan kini berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa kewangan organisasi tersebut.

Lynden International ialah salah satu syarikat Lynden yang menggabungkan pelbagai kebolehan seperti: penghantaran melalui udara dan lautan ke seluruh dunia, perkhidmatan penghantaran antarabangsa, pengangkutan muatan dan logistik, penghantaran barangan pameran perdagangan, pengangkutan trak penuh dan juga pengangkutan trak kurang penuh, tongkang berjadual dan sewa khas, pengangkutan kimia pukal antara mod, kapal terbang kargo Hercules L-382 berjadual dan sewa khas serta logistik pelbagai mod. Syarikat Lynden ialah penerima anugerah perkhidmatan pelanggan Quest for Quality tahunan berturut-turut yang disampaikan oleh majalah Logistics Management.

Hubungi: Dorene Kolb
Pengarah, Sokongan Jualan & Pemasaran
Lynden,
www.lynden.com
+1-206-777-4650, E-mel: dorene@lynden.com

Source: Lynden International
Related Links:
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Trucking and Road Transportation Personnel announcements