omniture

LaLiga dan Epsom College berganding bahu untuk LaLiga Academy Malaysia, usaha sama bola sepak dan akademik perintis

Epsom College in Malaysia
2023-05-15 09:12 47

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- LaLiga dan Epsom College di Malaysia telah pun bekerjasama untuk membuka LaLiga Academy Malaysia ("Akademi") di kampus 50 ekar sekolah tersebut di Bandar Enstek, berhampiran Kuala Lumpur, Malaysia. Perkongsian Epsom dengan LaLiga menonjolkan komitmen berterusan sekolah tersebut untuk menyediakan pendidikan holistik bertaraf dunia yang menggabungkan sukan dan akademik dalam ukuran yang sama, kepada pelajar-pelajar di seluruh Asia.

LaLiga Academy Malaysia akan mengalu-alukan para pemain berumur 8 hingga 18 tahun untuk berlatih di bawah garis panduan Metodologi LaLiga dan pada masa yang sama menamatkan pendidikan sepenuh masa mereka termasuk IGCSE dan A-Level, di Epsom. Akademi berkenaan akan diketuai oleh Pengarah Teknikal daripada LaLiga dan akan memastikan konsep latihan utama mereka disebarkan sewajarnya demi perkembangan komprehensif pemain bola sepak belia.

Akademi berkenaan akan menjadi penambahan terkini kepada Akademi-akademi Sukan Epsom, menggabungkan latihan sukan berprestasi tinggi dan akademik yang bertaraf dunia. "Akademi-akademi Sukan kami, melalui perkongsian dengan pemimpin-pemimpin daripada pelbagai bidang sukan, menyediakan sebuah ekosistem untuk pelajar meneroka semangat bersukan mereka pada tahap yang tinggi. Kami telah melancarkan usaha sama kami dengan Patrick Mouratoglou, Program Tenis Mouratoglou pada tahun 2022 dan baru-baru ini melancarkan ECM Golf Academy untuk membantu pelajar merealisasikan impian sukan mereka. Kini, kami berasa bangga untuk melancarkan LaLiga Academy Malaysia bagi memberi peluang kepada pemain bola sepak muda yang bercita-cita tinggi untuk mengasah bakat dalam kemahiran mereka dengan metodologi LaLiga yang terkenal," kata Mark Lankester, Ketua Pegawai Eksekutif EDUC8 group.

Sukan disepadukan dengan lancar ke dalam kurikulum akademik sedia ada - yang berasaskan kepada kecemerlangan akademik selama hampir 200 tahun seperti di Epsom College di UK - dan pelajar menjalani kehidupan, belajar dan berlatih dalam ekosistem pembelajaran holistik yang memberi penekanan yang sama rata ke atas pencapaian akademik dan sukan. Matthew Brown, Pengetua di Epsom berkata, "Kami percaya dalam memupuk minat untuk belajar sejak dari kecil dan mewujudkan persekitaran yang selamat, menyokong dan menggalakkan untuk para pelajar kami meneruskan minat mereka, walau apa pun jua keadaan. Kami teruja kerana perkongsian ini akan memberi peluang kepada pelajar kami untuk melibatkan diri mereka secara langsung ke dalam 'permainan berprestij' bola sepak - untuk memperbaiki kemahiran dalam permainan tersebut yang mereka sukai - tanpa menjejaskan usaha mereka dalam bidang akademik."

Akademi berkenaan merupakan projek yang terkini daripada LaLiga Grassroots, satu inisiatif yang diwujudkan untuk mempromosikan bola sepak di peringkat akar umbi yang telah berkembang kepada lebih daripada 640 projek yang dipimpin oleh 900 jurulatih yang merentasi 50 buah negara. Organisasi berkenaan merupakan perintis antara liga-liga utama Eropah hasil daripada jaringan akademinya, yang memfokuskan kepada pembangunan bakat muda antarabangsa. "Bola sepak berkembang dengan pesat di Asia Tenggara dan LaLiga teruja untuk mencipta namanya di Malaysia. Ini bukanlah sesuatu yang biasa untuk mencari rakan kongsi yang bukan sahaja merupakan salah satu kampus yang paling luas di Asia, tetapi ia merupakan agenda utama yang berterusan untuk menawarkan tawaran sukan kepada para pelajar yang bercita-cita tinggi di dalam sukan ini. Setakat ini, LaLiga Grassroots telah melatih lebih daripada 200,000 pemain dan 25,000 jurulatih tempatan di seluruh dunia, bahkan kami turut mengutamakan kepentingan akademik sejajar dengan penglibatan mereka dalam sukan ini. Kami sangat berbangga dengan perkongsian ini kerana ia dapat menyatukan dua peneraju industri dalam bidang sukan dan akademik demi manfaat kepada pembangunan belia," kata Adrián Prol, delegasi LaLiga di Malaysia.

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang EPSOM College Malaysia https://LaLiga.epsomschool.com/ atau laman sesawang LaLiga Grassroots https://www.laligagrassroots.com/.

LATAR BELAKANG LALIGA GRASSROOTS

LaLiga Grassroots ditubuhkan pada tahun 2021 dengan objektif utama untuk menyokong, mempromosikan dan memajukan bola sepak Grassroots di dunia. Inisiatif ini adalah berdasarkan kepada empat elemen utama: pembangunan pemain muda yang penting, program latihan antarabangsa untuk jurulatih dan ahli profesional lain dalam sektor ini, sokongan untuk kelab LaLiga dari segi akademi belia dan organisasi kejohanan antarabangsa. LaLiga Grassroots ialah suatu langkah yang baharu dalam pembangunan projek-projek sukan, bidang yang dikendalikan oleh LaLiga telah melahirkan lebih daripada 900 jurulatih sejak tahun 2015, melatih lebih daripada 25,000 jurulatih dan 200,000 para pemain melalui lebih daripada 640 projek yang dijalankan di 48 buah negara.

LATAR BELAKANG EPSOM COLLEGE DI MALAYSIA

Ditubuhkan pada tahun 2014, Epsom College di Malaysia ialah sekolah harian dan berasrama untuk para pelajar K12 yang terletak di tapak berkeluasan 50 ekar di Negeri Sembilan, perjalanan mengambil masa selama sejam dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Epsom College (UK) ditubuhkan pada tahun 1855 dan Seri Paduka, Ratu, sebagai penaungnya. Epsom College di Malaysia ialah satu-satunya kampus antarabangsa Epsom. Berdasarkan kepada kecemerlangan akademik selama hampir 200 tahun, kurikulum bermatlamatkan masa depan Epsom amat bersesuaian dengan keperluan dunia moden.  Sebagai contoh, para pelajar yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Bahasa Inggeris, dan yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan awam IGCSE serta A-Levels dapat menamatkan sesi persekolahan mereka dengan fasih dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Mandarin di samping mengikuti kurikulum bersepadu aliran Matematik Singapura. Pada tahun 2022, 70% daripada pelajar IGCSE Epsom telah mencapai gred A*/A dan 63% pelajar A-Level mencapai gred A*/A – telah berjaya mendapat tempat bagi kemasukan ke universiti-universiti terunggul seperti Cambridge, Imperial, LSE dan Stanford.

Epsom memberi penekanan yang sama rata kepada aktiviti pengayaan dan kurikulum untuk pendidikan holistik yang berpusatkan pembangunan pelajar di luar bilik darjah. Kampusnya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia dari segi kepakaran untuk muzik, drama dan sukan. Ini juga termasuklah padang kriket, padang ragbi, dua buah padang bola sepak astroturf, dewan sukan yang lengkap dengan gelanggang bola keranjang dan badminton, gelanggang skuasy, studio tarian serta kolam renang. Kompleks tenis baharu yang dibina khas - merangkumi gelanggang hard dan clay yang mematuhi garis piawaian-ITF serta lokasi fisio dan latihan khusus - menganjurkan Program Tenis Mouratoglou dan kemudahan praktis dan latihan di kampus seluas 5 ekar - dengan tempat latihan golf serta studio mengajar dalaman/luaran di ECM Golf Academy.

Imej-imej yang disertakan boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:

Gallery – LaLiga | Epsom College

Source: Epsom College in Malaysia
Keywords: Education Higher Education Sports Licensing/marketing agreements