omniture

Kolaborasi China Mobile dan Huawei Menang 'The Operator Award' di FutureNet World 2023

Huawei
2023-05-15 10:50 109

LONDON, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Di FutureNet World 2023, yang berlangsung di London mulai 3 Mei hingga 4 Mei, kolaborasi China Mobile dengan Huawei dan "Penyelesaian Kembar Digital untuk Rangkaian Autonomi" memenangi The Operator Award, penghormatan tunggal yang diberikan oleh FutureNet World kepada operator teladan.

FutureNet World, sidang kemuncak global ulung dalam industri telekomunikasi, bertujuan untuk menggariskan hala tuju pembangunan masa depan untuk industri ini, dengan fokus pada automasi rangkaian dan kecerdasan. Projek China Mobile memenangi anugerah buat julung kalinya selepas semakan yang teliti dan ketat yang dilaksanakan oleh penganalisis terkemuka daripada pelbagai organisasi industri, seperti Omdia, TM Forum, ABI Research dan Appledore Research.


Sejak beberapa tahun yang lalu, China Mobile dan Huawei terlibat dalam perkongsian kolaboratif untuk meneroka pembangunan Rangkaian Autonomi (AN) tahap tinggi berdasarkan kepada konsep kembar digital dan melaksanakan pelbagai amalan perintis, lalu membawa kepada pelbagai pencapaian yang inovatif.

  • Rangkaian Daya Pengkomputeran (CFN)

Penyelesaian konvensional tidak dapat menemui sumber pengkomputeran yang mencukupi dan rangkaian optimum secara serentak. Bagi menangani cabaran ini, China Mobile dan Huawei menggunakan secara bersama peta kapasiti pengangkut OTN merentas banyak wilayah di China, termasuk Guangdong. Penyelesaian yang inovatif ini digunakan untuk memvisualisasikan gabungan perangkaian dan topologi pengkomputeran, mengupayakan penilaian kapasiti pengangkut dalam talian dan cadangan rangkaian yang optimum dengan nod komput yang menawarkan sumber pengkomputeran yang mencukupi. Di samping itu, antara muka ke utara standard digunakan untuk memudahkan pembuatan keputusan dan penyediaan perkhidmatan yang tangkas. Kesemua ini telah banyak mengurangkan tempoh penyediaan daripada beberapa hari kepada 30 minit di samping turut meningkatkan penggunaan sumber komput sebanyak 17%.

  • Pertukaran pulih bencana (DR) rangkaian teras awan

Penyelesaian konvensional amat bergantung pada operasi manual, mengakibatkan tempoh penilaian DR yang berpanjangan. Tambahan pula, penyelesaian ini kekurangan keupayaan untuk menunjukkan proses DR secara visual. Bagi menangani, batasan ini, China Mobile dan Huawei bersama-sama menggunakan teknologi bantuan DR pintar merentas banyak wilayah di China, termasuk Zhejiang dan Henan untuk melaksanakan simulasi dan penilaian DR automatik berdasarkan kepada rangkaian kembar digital. Teknologi ini mengurangkan masa penilaian dengan ketara, daripada seminggu kepada 10 minit. Ia turut menyediakan gambaran komprehensif dan visual terhadap seluruh proses DR, seterusnya memudahkan automasinya. China Mobile menggunakan teknologi ini untuk menyelesaikan dengan jayanya lebih 10 latihan DR yang meliputi berjuta-juta pengguna.

China Mobile tetap komited untuk mengukuhkan kolaborasinya dengan Huawei, menerusi objektif-objektif bersama untuk memperkenalkan amalan AN yang lebih inovatif dan meneroka selanjutnya keupayaan AN tahap tinggi, termasuk simulasi perkhidmatan, latihan AI, simulasi sekuriti dan pengoptimuman rangkaian, dengan memanfaatkan kuasa kembar digital dan mendorong evolusi ke arah AN L4 menjelang tahun 2025, memperkasa pelbagai jenis industri dan memangkinkan transformasi digital ekonomi serta masyarakat.

FutureNet World: https://futurenetworld.net/events/futurenet-world-2023/event-awards/

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards Licensing/marketing agreements