omniture

Trina Solar terima Top Brand PV Awards 2023 oleh EUPD Research

Trina Solar Co., Ltd
2023-05-15 15:25 96

CHANGZHOU, China, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar sekali lagi diiktiraf sebagai " Top Brand PV 2023" dalam kategori Modul oleh EUPD Research, firma kajian pasaran terkemuka di peringkat global untuk tahap kepuasan pelanggan Trina Solar yang luar biasa tinggi menerusi modul PV di LATAM, terutamanya di Brazil, Chile dan Mexico.


EUPD Research ialah sebuah badan pensijilan utama yang terkenal di dunia dalam industri solar dengan kepakaran mendalam selama lebih 20 tahun dalam mengukur dan menganalisis persepsi perantara pasaran PV dan pelanggan akhir.

Setiap tahun, EUPD Research menyoal selidik ribuan pemasang di lebih 30 negara dan wilayah, meminta pandangan mereka tentang PV dan jenama storan serta prestasinya dari segi modul, penyongsang, sistem rak, pemborongan dan penyimpanan. Analisis Top Brand PV adalah berdasarkan kepada pengalaman penyelidikan selama berdekad-dekad dan model penilaian unik yang mementingkan kualiti dan keobjektifan terbaik.

Tinjauan pada tahun ini menunjukkan bahawa Trina Solar menerima tahap kepuasan pemasang yang luar biasa dan nilai yang disyorkan antara jenama-jenama global terkemuka. Ini bererti Trina Solar merupakan pelaksana terbaik dalam pasaran PV global, jenama unggul dalam minda pemasang dan pengguna akhir serta diiktiraf atas keandalan yang cemerlang dan kebolehpercayaannya.

Trina Solar telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas keandalan produk dan keupayaan menjana keuntungan jenama berkali-kali. Setakat tahun 2022, syarikat ini telah disenaraikan sebagai 'Pelaksana Terbaik' oleh PVEL untuk tahun kelapan berturut-turut dan diiktiraf sebagai 'Pencapai Tinggi Keseluruhan' RETC untuk tahun ketiga berturut-turut. Ia memperoleh markah 100% dalam Tinjauan Keupayaan Menjana Keuntungan BNEF sejak tujuh tahun yang lalu. Setakat suku pertama tahun 2023, ia telah diberi penarafan tertinggi, AAA, untuk empat suku tahun berturut-turut dalam laporan Penilaian Keupayaan Menjana Keuntungan Teknologi Modul PV Tech.

Sejak Trina Solar ditubuhkan 25 tahun yang lalu ia membekalkan kepada dunia dengan lebih daripada 140GW modul solar dan berada di lebih daripada 150 negara dan wilayah. Trina Solar telah menghantar lebih daripada 65GW modul 210mm setakat suku pertama tahun 2023, menduduki tempat pertama di peringkat global dengan bahagian pasaran melebihi 50%. Syarikat ini komited unutk memberi lebih banyak sumbangan dengan produk luar biasanya, inovasi teknologi dan prestasi kewangan yang stabil.  

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities Awards Environmental Issues Survey, Polls & Research