omniture

Wanhua Chemical Tandatangani Perjanjian Kerjasama dengan Perusahaan Perancis untuk Berkolaborasi dalam Projek Penyahgaraman Air Laut Taman Perindustrian Penglai

Wanhua Chemical
2023-05-15 21:00 69

BEIJING, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Wanhua Chemical ("Wanhua" atau "Syarikat"; 600309.SS), bersama-sama wakil-wakil lain dari China dan Perancis, menandatangani satu perjanjian kerjasama tiga pihak baru-baru ini untuk berkolaborasi dalam projek penyahgaraman air laut Taman Perindustrian Penglai Wanhua Chemical. Majlis penandatanganan diadakan di Beijing di mesyuarat kelima Majlis Usahawan China-Perancis, sebuah acara rasmi untuk lawatan Presiden Perancis Emmanuel Macron ke China.

Antara 18 perjanjian kerjasama yang ditandatangani semasa acara tersebut, Penglai merupakan projek tenaga model dan perlindungan alam sekitar
Antara 18 perjanjian kerjasama yang ditandatangani semasa acara tersebut, Penglai merupakan projek tenaga model dan perlindungan alam sekitar

Komited untuk membangunkan pangkalan perindustrian kimia yang mengintegrasikan bahan kimia halus, petrokimia dan bahan tenaga baharu berkualiti tinggi, Taman Perindustrian Penglai Wanhua akan menjadi taman perindustrian ketujuh Syarikat ini di peringkat global. Projek penyahgaraman air laut Penglai, yang melibatkan tiga pihak iaitu Shanghai Civil Engineering China Railway Group Limited (CREC), Wanhua Chemical dan Suez SA (dahulunya Suez Environnement) Perancis merupakan elemen penting dan mempunyai kawasan tanah terancang seluas 56,000 meter persegi dan kawasan pembinaan 23,000 meter persegi. Ia mengandungi enam bidang proses, iaitu pengambilan air, penggumpalan dan pemendapan, penapisan, rawatan enap cemar, produk air dan pengagihan kuasa. Setelah siap, fasa pertama akan berupaya untuk mengeluarkan 100,000 tan air nyah garam setiap hari dan akan mencapai kapasiti penyahgaraman air laut terancang keseluruhan sebanyak 300,000 tan setiap hari setelah siap semua fasa.

Liao Zengtai, Pengerusi Wanhua Chemical, berkata di majlis penandatanganan, "Saya gembira melihat sejarah kerjasama kami bersama Suez SA yang cemerlang berkembang menjadi kejayaan yang luar biasa. Pencapaian pelbagai projek Wanhua sebahagian besarnya adalah hasil daripada keupayaan teknikal profesional Suez SA yang sungguh baik dan khidmat pelanggan yang cemerlang. Saya yakin ini dapat menjadi satu lagi projek penting dalam perjalanan menuju planet yang lebih hijau dan akan menjadi platform untuk pertukaran bakat, teknologi dan sumber yang akan dipertingkatkan lagi dalam usaha untuk mencipta jenama dan projek butik yang berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan China."

Wanhua Chemical bergantung pada inovasi dalam teknologi teras, peralatan industri dan model operasi yang cekap
Wanhua Chemical bergantung pada inovasi dalam teknologi teras, peralatan industri dan model operasi yang cekap

Selain itu, Wanhua Chemical telah membuat beberapa percubaan dalam pengurusan sumber air yang komprehensif. Syarikat ini menggunakan proses-proses canggih seperti osmosis berbalik dan ultraturasan untuk memekatkan air tebus guna, dengan 73% daripadanya digunakan semula di taman. Kemudahan rawatan air sisa di Taman Perindustrian Yantai memiliki kapasiti pemprosesan hampir 4,000 meter padu sejam dan kadar pemulihan 75%. Syarikat ini, yang turut menggunakan teknologi peredaran air garam sisa MDI, dicalonkan untuk anugerah Chemical Week 2022 atas penggunaan sisa yang berkesan, operasi tanpa pelepasan dan hasil rawatan yang konsisten. Ia telah mengitar semula kira-kira 3 juta tan air garam sisa setiap tahun, mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 140,000 tan setahun

Sebagai sebuah syarikat global dengan misi untuk "Memajukan Kimia, Mengubah Kehidupan" ("Advancing Chemistry, Transforming Lives"), Wanhua Chemical bergantung pada inovasi dalam teknologi teras, peralatan industri dan model operasi yang cekap bagi menyediakan kepada pelanggan produk dan penyelesaian yang lebih kompetitif.

Untuk maklumat lanjut tentang Wanhua Chemical dan projek penyahgaraman air laut Taman Perindustrian Penglai, sila kunjungi https://en.whchem.com/.

Latar Belakang Wanhua Chemical

Wanhua Chemical (600309.SS) merupakan antara pembekal global yang terkemuka bagi produk kimia yang inovatif. Dengan bergantung pada inovasi yang berterusan, kemudahan dikomersialkan dan operasi yang cekap, syarikat ini menyediakan kepada pelanggan dengan produk serta penyelesaian yang kompetitif. Ia mempunyai enam pangkalan pengeluaran dan kilang yang terletak di Yantai, Ningbo, Sichuan, Fujian dan Zhuhai, membentuk jaringan pengeluaran dan operasi yang tangkas, serta menawarkan perkhidmatan kepada 144 negara dan wilayah di serata dunia.


Hubungi

Wenshu Wang
wswangd@whchem.com 

 

 

Source: Wanhua Chemical
Related Stocks:
Shanghai:600309
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Contracts Environmental Issues