omniture

Ketika Mesyuarat Tahunan IsDB 2023 Berakhir, 77 Perjanjian Pembiayaan Bernilai USD5.4 Bilion Ditandatangani

Islamic Development Bank Group
2023-05-16 01:19 0

JEDDAH, Arab Saudi, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, Mesyuarat Tahunan Kumpulan Pembangunan Islam (IsDB) telah berakhir dengan jayanya pada hari ini di Jeddah, Kerajaan Arab Saudi.

Acara selama empat hari ini telah menarik seramai 4,452 orang peserta dari 90 buah negara di seluruh dunia serta 89 buah organisasi serantau dan antarabangsa yang terkemuka untuk berusaha ke arah pembangunan lestari.

Chairman of IsDB Group and Benin’s Minister of Economy and Finance concluding the 2023 IsDB Group Annual Meetings
Chairman of IsDB Group and Benin’s Minister of Economy and Finance concluding the 2023 IsDB Group Annual Meetings

Semasa acara tersebut yang dianjurkan dengan tema "Partnerships to Fend off Crises" (Kerjasama untuk Menangani Krisis) sedang berlangsung, Kumpulan IsDB telah mengumumkan beberapa projek dan perjanjian pembiayaan yang ditandatangani dengan 24 buah negara anggota (MC) bernilai USD5.4 bagi menangani cabaran mendesak yang menghalang pertumbuhan di Selatan Global, dengan memberi tumpuan kepada bidang kesihatan, pertanian, keterjaminan makanan, PKS, pendidikan dan bantuan kemanusiaan serta banyak lagi.

Presiden merangkap Pengerusi Kumpulan IsDB, T.Y.T Dr. Muhammad Al Jasser menyatakan, "Sepanjang empat hari yang lepas, kami telah mengkaji semula masalah-masalah berkaitan pembangunan dengan rakan kongsi dan negara-negara anggota kami. Kami membincangkan situasi semasa dan masa depan Kumpulan IsDB serta mencapai beberapa keputusan penting dalam proses tersebut. Hasil mesyuarat tahunan ini sudah pasti akan merintis laluan untuk mencapai kejayaan seterusnya ."

Semasa acara tersebut berlangsung, Kumpulan IsDB telah mengumumkan beberapa projek utama dan menandatangani perjanjian yang mengukuhkan komitmennya untuk membiayai projek pembangunan lestari di negara-negara anggotanya. Lembaga Pengarah Eksekutif Kumpulan IsDB telah meluluskan pembiayaan yang bernilai lebih USD558 juta untuk enam buah projek yang memberi tumpuan kepada sokongan pertumbuhan inklusif dan pembangunan infrastruktur di negara-negara anggota.

Kumpulan IsDB turut melancarkan dokumen Strategi Kerjasama Negara Anggota yang telah diubah suai untuk Uzbekistan, Pakistan dan Niger yang akan mengaktifkan Rangka Kerja Penglibatan Negara Kumpulan IsDB di negara masing-masing untuk menyokong pembangunan dan pertumbuhan pelbagai hala.

Dalam satu lagi perkembangan lain, IsDB yang bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi Tabung Amanah Kemanusiaan Afghanistan telah menandatangani tujuh perjanjian untuk projek pembangunan lestari yang inklusif di Afghanistan dengan jumlah pembiayaan yang dipertimbangkan sebanyak USD8,098,180 termasuk geran daripada Pusat Bantuan dan Bantuan Kemanusiaan Raja Salman.

IsDB dan rakan pembangunan antarabangsanya turut melancarkan fasa kedua Dana Kehidupan dan Mata Pencarian (LLF 2.0) yang bermatlamat untuk menggerakkan sumber bagi menyokong pembangunan ekonomi di seluruh 32 buah Negara Anggota Bank tersebut yang kurang berkemampuan. IsDB telah berikrar untuk memberi sumbangan sebanyak USD325 juta dalam bentuk pinjaman berkonsesi tinggi kepada LLF 2.0, yang menjadikan jumlah sumbangan geran kepada dana tersebut sebanyak USD200 juta.

Acara selama empat hari ini turut merangkumi sesi pleno peringkat tinggi, simposium teknikal dan acara sampingan yang memberi tumpuan kepada pelbagai topik yang luas seperti pembasmian kemiskinan, pembangunan infrastruktur, pemerkasaan wanita dan belia serta tindakan iklim.

HUBUNGAN 

Walid El Majzoub

TRACCS

Tel: 00971-4-3672530

E-mel:  Walid.majzoub@traccs.net

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2076556/Chairman_of_IsDB.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2076557/Dr_Muhammad_Al_Jasser.jpg?p=medium600

His Excellency Dr. Muhammad Al Jasser, Chairman of the Islamic Development Bank (IsDB) Group, and Romuald Wadagni, minister of economy and finance of Benin at the closing press conference of the 2023 IsDB Group Annual Meetings
His Excellency Dr. Muhammad Al Jasser, Chairman of the Islamic Development Bank (IsDB) Group, and Romuald Wadagni, minister of economy and finance of Benin at the closing press conference of the 2023 IsDB Group Annual Meetings
Source: Islamic Development Bank Group
Keywords: Banking/Financial Service