omniture

HLDS bakal Jual SSD P31 dan P41 SK hynix di Amazon

Hitachi-LG Data Storage
2023-05-16 05:00 66

SEOUL, Korea Selatan, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Hitachi-LG Data Storage (HLDS) mengumumkan bahawa ia mula menjual SSD berprestasi tinggi (P31 dan P41) SK hynix di Amazon Eropah, Singapura dan Australia, sebagai rakan kongsi jualan semula dalam talian yang eksklusif.

SSD Platinum P41, SSD Gold P31 SK hynix
SSD Platinum P41, SSD Gold P31 SK hynix

HLDS, ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai satu usaha sama global antara Hitachi, Ltd. dan LG Electronics, telahpun menjadi peneraju global dalam industri pemacu cakera optik (ODD) selama lebih dua dekad.

"Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan HLDS, sebuah syarikat dengan sejarah yang panjang dalam penyimpanan data. Perkongsian ini akan membolehkan khalayak global yang lebih luas mengakses Platinum P41 dan Gold P31," kata Junbum Ahn, Pemimpin Teknikal dalam pasukan pemasaran cSSD di SK hynix.

SSD P41 dan P31 SK Hynix direka bentuk untuk pemain, pencipta kandungan dan pengguna kuasa yang memerlukan penyelesaian storan yang pantas dan andal. P41 dan P31 menawarkan kelajuan dan keandalan yang tiada tandingan bagi meningkatkan pengalaman permainan.

Dengan teknologi cache HYPERWRITE SK Hynix, SSD P31 menyediakan kelajuan membaca dan menulis masing-masing sehingga 3,500 MB/s dan 3,200 MB/s, manakala SSD P41 mempunyai kelajuan membaca dan menulis yang jauh lebih pantas iaitu masing-masing sehingga 7,000 MB/s dan 6,500 MB/s. Kedua-dua SSD menyediakan prestasi luar biasa digandingkan dengan kecekapan kuasa peringkat seterusnya.

SK Hynix ialah salah satu pengeluar cip ingatan terbesar di dunia dan P41 menggunakan kilat TLC NAND 176-lapisan proprietari syarikat, yang membawakan teknologi inovatif seperti pengurangan ketinggian antara lapisan sel.

SSD Gold P31 dan Platinum P41 menjalani ujian dan pengesahan yang ekstensif termasuk 1,000 jam HTOL (Ujian Tekanan) dengan MTBF mencapai 1.5 juta jam, sehingga 1,200 TBW (TeraBait Ditulis).

Pelanggan di Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali, United Kongdom, Singapura dan Australia kini boleh membeli SSD berprestasi tinggi daripada SK hynix melalui pasaran dalam talian Amazon.

Untuk maklumat lanjut tentang SSD P31 dan P41 SK hynix, sila kunjungi pasaran Amazon.

Source: Hitachi-LG Data Storage
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Retail Semiconductors