omniture

TIAA Henderson Real Estate Dilancarkan Semalam

TIAA Henderson Real Estate
2014-04-02 07:00 149
  • TIAA-CREF & Henderson Global Investors menggabungkan perniagaan harta tanah Eropah dan Asia bagi membentuk usaha niaga harta tanahyang menerajui
  • Mencipta pengurus pelaburan harta tanah global bertaraf dunia
  • Menyediakan peluang pelaburan baharu dan jangkauan global lebih luas untuk para pelanggan

LONDON, 2 April 2014 /PRNewswire/ -- TIAA Henderson Real Estate ('TH Real Estate') telah dilancarkan semalam -- 1 April 2014. Syarikat itu mempunyai warisan yang mantap, hasil daripada dua organisasi cemerlang (TIAA-CREF & Henderson Global Investors) dengan gabungan rekod prestasi selama lebih 90 tahun dalam harta tanah global. Tumpuannya adalah terhadap harta tanah semata-mata tanpa sebarang urusan lain daripada pasaran, kelas aset atau aliran perniagaan yang lain.

(Logo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140327/8521401777)

TH Real Estate terdiri daripada perniagaan harta tanah Eropah TIAA-CREF dan perniagaan harta tanah Asia Pasifik dan Eropah Henderson Global Investor ('Henderson'). Ia mempunyai kehadiran global yang khusus dengan cawangan seluruh Asia dan Eropah, menguruskan aset harta tanah bernilai kira-kira $22.6 bilion*, merentasi kira-kira 50 dana serta mandat. TIAA-CREF memiliki 60 peratus kepentingan dalam TH Real Estate. Baki 40% dimiliki oleh Henderson.

Pada masa yang sama, TIAA-CREF telah memuktamadkan pemerolehan perniagaan harta tanah Amerika Utara Henderson. Perniagaan ini (kira-kira $2.6 bilion) diuruskan sebagai pengendalian berasingan yang melengkapi pengendalian platform harta tanah Amerika Utara TIAA-CREF yang sedia ada.

TIAA-CREF akan mengurus dan turut menyelenggarakan platform harta tanahnya yang sedia ada bernilai kira-kira $48.2 bilion* yang melabur bagi pihak TIAA General Account, peserta persaraan, dan juga pelabur individu serta pelabur berinstitusi yang menerajui di seluruh dunia, dengan tumpuan diberikan terhadap ruang harta tanah teras.

TH Real Estate ingin membina organisasi jualan, pembangunan produk serta perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia yang akhirnya akan menyediakan liputan global merentasi platform global.

Platform harta tanah TIAA-CREF dan TH Real Estate bersama-sama mewakili salah satu syarikat pengurusan pelaburan harta tanah terbesar di dunia, dengan gabungan aset harta tanah di bawah pengurusannya sejumlah kira-kira $71 bilion*.

James Darkins
Ketua Pegawai Eksekutif TH Real Estate berkata:

TH Real Estate mewakili penjana idea baharu dalam bidang harta tanah global dengan skala dan sumber modal yang sesuai bagi memenuhi keperluan pelaburan harta tanah dengan lebih baik untuk pelanggan sedia ada serta pelanggan prospektif. Dengan menggabungkan perspektif global dengan kepakaran tempatan kami, kami menyasarkan untuk meningkatkan rangkaian penyelesaian produk kami secara signifikan, sambil menerapkan pendekatan pelaburan yang stabil, tekal, sedar-risiko dan juga mampan terhadap perniagaan kami yang mengutamakan para pelanggan serta pasukan dana kami dalam prosesnya.

Siaga untuk dunia hari esok, dan bukan dunia hari ini, merupakan jati diri TH Real Estate, dengan menyelidiki arah aliran struktur jangka panjang yang mempunyai gambaran lebih besar. Kini ia lebih penting berbanding sebelumnya memandangkan betapa pendek dan mendadaknya kitaran pasaran hari ini. Ia memerlukan kami membawa pendekatan berbilang lapisan kami terhadap penyelidikan kepada dimensi yang lebih jauh. Pendekatan inovatif ini akan membolehkan kami menggunakan peluang merentasi pasaran pelaburan yang paling bersaing sengit di dunia, dengan menghulurkan pengalaman serta produk sedia ada yang sudah terbukti dalam bidang berkaitan.

Rantau Asia-Pasifik akan menjadi tumpuan utama bagi TIAA Henderson Real Estate dengan rancangan bagi mencipta salah satu daripada sepuluh perniagaan serantau terbaik dalam masa lima tahun seterusnya.

Andrew Formica
Ketua Eksekutif, Henderson Group plc, menambah:

Henderson sudah lama mengakui yang perniagaan harta tanahnya boleh mendapat manfaat daripada skala dan akses modal yang lebih besar bagi memecut pertumbuhan masa hadapannya. Pembentukan TH Real Estate ialah contoh dinamik yang menunjukkan tindak balas kami terhadap para pelabur yang semakin memilih kesejajaran kepentingan, yang boleh dicapai dengan lebih baik oleh TH Real Estate melalui pelaburan bersama dan juga peluang pelaburan pilihan. Hasilnya ialah perkhidmatan unggul pada skala global.

Tom Garbutt
Ketua TIAA-CREF Global Real Estate dan Pengerusi syarikat baharu berkata:

TH Real Estate membolehkan TIAA-CREF memperluas lagi kemampuannya ke dalam pasaran baharu sambil mengembangkan lagi perniagaan pengurusan aset kami pada peringkat global. Harta tanah telah menjadi bahagian penting dalam platform pelaburan kami sejak tahun 1934. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Henderson dengan pelancaran usaha niaga ini, dan bergandingan mencari peluang baharu bagi pihak pelanggan kami.

Chris Reilly
Pengarah Urusan, Asia, TH Real Estate, berkata:

TIAA Henderson Real Estate akan menjadi pemain harta tanah yang signifikan merentasi pasaran tempatan. Para pelanggan kami akan terus mendapat faedah daripada kepakaran tempatan pasukan kami sambil memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh platform global.

Pasukan kami di Asia mempunyai kemahiran penting yang lengkap termasuk pengurusan dana, pelaburan, pembangunan, pengurusan aset serta kewangan. Kami bersedia sepenuhnya untuk mengaplikasikan semua kemahiran ini terhadap portfolio sedia ada kami, sambil turut meneliti pasaran bagi peluang pelaburan baharu, sejajar dengan pelan hebat pertumbuhan kami di rantau ini.

Butiran perhubungan

Gemma Bradley
Ketua Pemasaran & Komunikasi
T: +44 (0) 203 727 8120 
E: gemma.bradley@threalestate.com

Sophie Hinder-Walbank
Eksekutif Pemasaran & Perhubungan Awam
T: +44 (0) 203 72 78251
E: sophie.hinder-walbank@threalestate.com

Latar belakang TIAA Henderson Real Estate

TIAA Henderson Real Estate (TH Real Estate) ialah syarikat pengurusan pelaburan yang mantap dengan pengkhususan dalam ekuiti harta tanah dan pelaburan hutang seluruh dunia. Sebagai salah satu pengurus harta tanah terbesar di dunia, TH Real Estate mempunyai skala, sumber modal dan juga pengetahuan untuk menyediakan penyelesaian pelaburan harta tanah yang kreatif dan berkesan bagi para pelanggan. Dengan tumpuan terhadap sektor peruncitan, pejabat, logistik, hutang serta berbilang keluarga, TH Real Estate menekankan amalan mampan bagi melindungi aset dan seterusnya memaksimumkan nilainya.

Dilancarkan pada bulan April 2014, syarikat itu mempunyai kehadiran global khusus dengan cawangan seluruh Asia dan Eropah, yang menguruskan aset harta tanah bernilai kira-kira $22.6 bilion merentasi kira-kira 50 dana dan juga mandat.

Gandingan platform harta tanah TIAA-CREF dan TH Real Estate menjadikannya salah satu syarikat pengurusan pelaburan harta tanah yang terbesar di dunia, dengan gabungan aset harta tanah di bawah pengurusannya bernilai sejumlah kira-kira $71 bilion*.

Syarikat ini dimiliki bersama oleh TIAA-CREF (60%) dan Henderson Global Investors (40%) dengan lebih 90 tahun gabungan rekod prestasi dalam bidang harta tanah global. Produknya diuruskan oleh pasukan pakar, yang mengaplikasikan pengalaman mereka sendiri terhadap pengurusan dan gaya portfolio mereka. Setiap pasukan disokong oleh pasukan pengurusan kanan berpengalaman serta platform pelaburan bersepadu, termasuk kewangan, pengurusan hutang dan mata wang, analisis prestasi, perkhidmatan pelanggan, penstrukturan dana dan urus niaga, pembangunan, kemampanan serta penyelidikan.

www.threalestate.com

Penafian

Dikeluarkan oleh Henderson Real Estate Asset Management Limited, 201 Bishopsgate, EC2M 3BN. Diluluskan dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority.

TIAA Henderson Real Estate Limited (TH Real Estate) ialah syarikat pemegangan pengurusan pelaburan harta tanah yang dimiliki oleh Teachers Insurance and Annuity Association of America (TIAA) dan Henderson Global Investors. Produk sekuriti TH Real Estate yang diedarkan di Amerika Utara adalah di bawah nasihat syarikat subsidiari yang dikawal selia UK atau TIAA-CREF Alternatives Advisors, LLC, penasihat pelaburan berdaftar dan juga syarikat subsidiari milikan penuh TIAA, serta diedarkan oleh Teachers Personal Investors Services, Inc., ahli FINRA.

c16025 

* Semua angka adalah setakat 31 Disember 2013

Source: TIAA Henderson Real Estate
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate