omniture

ICP DAS bakal pamerkan penyelesaian IIoT holistik untuk ESG, Automasi, penumpuan IT/OT di COMPUTEX TAIPEI 2023

ICP DAS Co., Ltd.
2023-05-16 11:56 132

HSINCHU, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- ICP DAS akan mengambil bahagian dalam COMPUTEX TAIPEI 2023 dengan tema reruai "Memacu Kemampanan dengan Pemahaman Data," mempamerkan lebih daripada 50 barangan pameran yang memenuhi keperluan ESG, IIoT, aplikasi Automasi dan penumpuan IT/OT mulai 30 Mei hingga 2 Jun.

ICP DAS bakal pamerkan penyelesaian IIoT holistik untuk ESG, Automasi, penumpuan IT/OT di COMPUTEX TAIPEI 2023
ICP DAS bakal pamerkan penyelesaian IIoT holistik untuk ESG, Automasi, penumpuan IT/OT di COMPUTEX TAIPEI 2023

Pakar berpengaruh, pengeluar dan pembekal daripada sektor teknologi akan berhimpun di acara komputer & teknologi unggul ini – gabungan antara inovasi dan idea yang transformatif. Sebagai sebuah syarikat dengan barisan produk yang menyeluruh serta penyelesaian & perkhidmatan berasaskan pengetahuan, kami akan menunjukkan bagaimana kami memperkasa kesediaan masa depan pelanggan untuk Industri 4.0 dan kemampanan dalam perniagaan.

ICP DAS menyokong perusahaan bagi memulakan transformasi digital dalam pembuatan. Bermula dengan mengenal pasti kesesakan hingga pelaksanaan, kami berkolaborasi dengan erat bersama pelanggan kami untuk memikirkan dan membangunkan pendekatan yang boleh dilaksanakan. Dengan bantuan kami, pengeluar wayar & kabel global mendapat manfaat daripada projek pendigitan langkah-demi-langkah. Hasil yang ketara merangkumi kira-kira 20% peningkatan dalam ketersediaan mesin, 10% pengurangan dalam masa yang dihabiskan untuk pemerolehan data, masa henti tidak dirancang yang lebih rendah dan blok binaan asas untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga.

Kami menggunakan meter kuasa pintar ICP DAS, modul I/O jarak jauh dan pengelog data untuk pemantauan keadaan bagi merealisasikan barisan pengeluaran terhubung. Mesin yang dahulunya mandiri kini diupayakan oleh IIoT, membolehkan pemerolehan data waktu sebenar yang lebih cepat terhadap kawasan pembuatan kilang yang luas. Kami turut mewujudkan ruang SCADA dengan AVEVA Edge, memvisualisasikan data berhubung penunjuk prestasi utama rentas kilang untuk pemahaman dan analitis.

Aliran data yang optimum antara IT dan OT merupakan kunci kepada pengoptimuman pengeluaran. Siri UA Pelayan Komunikasi IIoT ICP DAS menyokong OPC UA — secara idealnya sesuai untuk sambungan vertikal daripada peringkat bidang ke peringkat IT – bertindak sebagai pengupaya penumpuan IT/OT. Dalam masa yang sama, penyelesaian tersuai ini mencapai pengurusan kecekapan tenaga, penyelenggaraan prediktif, daya saing operasi dan pembuatan mampan.

Alami penyelesaian menyeluruh kami secara langsung di Dewan1, 1F, Reruai K0830. 5/30-6/2 @ Pusat Pameran Nangang Taipei.

Latar Belakang ICP DAS

ICP DAS, ditubuhkan pada tahun 1993, memfokuskan kepada inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi automasi industri. Tawaran kami dilaksanakan merentas pelbagai industri di seluruh dunia, termasuk penyelesaian bertumpukan pelanggan dalam automasi, IIoT, Industri 4.0, pengurusan tenaga, infrastruktur pintar, sumber asli dan ESG. Pengetahuan domain 30-tahun, kepakaran penggunaan dan barisan produk yang holistik, kami di ICP DAS meningkatkan kesediaan masa depan anda.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: https://www.icpdas.com/

Untuk produk, penyelesaian dan pertanyaan, hubungi kami terus: sales@icpdas.com

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Trade show news