omniture

RS Components Memperluas Penyelesaian Ketersambungan Wayarles untuk Raspberry Pi

Produk Raspberry Pi terkini yang boleh didapati daripada RS mempunyai teknologi RF dan Wi-Fi untuk menyediakan fungsian wayarles berkos rendah dan berkuasa rendah
RS Components
2014-04-02 12:10 131

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 April, 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajuidi duniabagi produk elektronik dan penyelenggaraan, telah menambahkan dua pilihan ketersambungan wayarles kepada portfolio produknya yang kian berkembangberdasarkan komputer Raspberry Pi. Modul baharu tersebut masing-masing dihasilkan menggunakan teknologi radio berkuasa rendah danWi-Fisertamenyediakan keupayaan antara muka wayarles untuk aplikasi yang memerlukan kos rendah, kuasa rendah dan jugapenyelesaian faktor bentuk kecil, seperti peranti mudah alih.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140328/8521401780)

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)

Modul pertama, penyesuai USB nano wayarles daripada Edimax menyediakan fungsian Wi-Fi berkelajuan tinggi, yang mematuhi protokol wayarles IEEE802.11b/g/n melalui penyesuai kecil yang dipasangkan ke dalam port USB Raspberry Pi. Penyesuai tersebut menyokong kadar penghantaran sehingga 150Mbps, yang sangat sesuai untuk pemindahan data yang besar dan adalah tiga kali lebih pantas berbanding sambungan 11g standard. Penyesuai pintar ini mampu menyesuaikan output penghantaran mengikut jarak dan lepas beban (offload) CPU bagi mencapai pengurangan penggunaan kuasa sekitar 20hingga 50 peratusapabila fungsi wayarles melahu. Ia boleh dikonfigurasi menggunakanWi-Fi Protected Setup (WPS) untuk menyediakan rangkaian wayarles yang ringkasdan selamat.

Modul kedua, Connect2Pi daripada LPRSjuga mempunyai peranti wayarles USB yang menyediakan sambungan 'plug-and-play' kepada Raspberry Pi, tetapimenggunakan teknologi penghantar-terima RF berkuasa rendah untuk menyediakanpautan dua arah kepada sebarang peranti yang menyokong komunikasi bersiri, seperti satu lagi Raspberry Pi. Kekerapan, lebar jalur, bekalan kuasa dan juga kadar data boleh dikonfigurasi bagi membenarkan pelbagai peranti untuk berkomunikasi tanpa gangguan antara satu sama lain dan apa juaperanti RF yang lain. Teknologi RF yang digunakan boleh berfungsi dalamlingkungan yang jauh lebih luas (sehingga 200m bergantung pada rupa bumi) dan menggunakan kuasa yang lebih rendah berbanding protokol wayarles lain seperti Wi-Fi atau Bluetooth. Peranti hos boleh menghantar dan turut menerima sehingga 180 Baitdata bagi setiap paket kepada hos lain dalam liputan, lalu menjadikannya amat penting untuk aplikasi'peka dan kawal'. Versi 433MHz dan 868MHz boleh didapatimanakalaantena SMA integral turut disertakan. Kit varianproduk ini juga boleh didapati, yang mengandungi penghantar-terima duaandan bukannya penghantar-terima tunggal.

Ketiga-tiga produk wayarles Raspberry Pi boleh dibeli secara terus melalui stok RS untuk penghantaran pada hari yang sama.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama daganganElectrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajuidi duniabagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkanlebih 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan penghantaran sehingga 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami,yang diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui termasuklah komponen elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.

Electrocomponentsdisenaraikan di Bursa Saham London dan telah beroleh hasil sebanyak GBP1.24bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagimaklumat lanjut, sila layari laman web http://www.rs-components.com .

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi pautanberikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components melaluiLinkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components melaluiWeibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

PautanBerkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components

Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon:+65-6347-2355

SUMBER: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components New products/services