![]() |
![]() |
EAST RUTHERFORD, New Jersey, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Cambrex, sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan, hari ini mengumumkan bahawa Snapdragon Chemistry telah melengkapkan fasa kedua pengembangannya yang berkeluasan 51,000 kaki persegi di Waltham, Massachusetts.
Pengembangan ini menambah ruangan tambahan seluas 12,000 kaki persegi kepada kemudahan pembangunan dan pembuatan bahan farmaseutikal aktif (API) Snapdragon, termasuk rangkaian penyelidikan dan pembangunan proses baharu dengan 24 tukup, rangkaian kestabilan GMP dan sebuah makmal kilo GMP kelima yang direka untuk pemprosesan berterusan berbilang langkah yang serba lengkap. Makmal baharu ini menampilkan reaktor keluli berlapik kaca 100L dan 60L, reaktor aliran palam 10L, gelincir penapisan aliran dan penapisan nano tangen, fotoreaktor 5kW dan LabOS SCADA berkelayakan GMP. Rangkaian baharu ini akan beroperasi pada bulan Jun 2023.
"Keupayaan dan kapasiti yang ditambah di Waltham ini direka untuk menyokong keperluan pembangunan kimia yang paling kompleks dalam industri, selaras dengan kepakaran dan sejarah Snapdragon," kata Tom Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex.
"Kami berpuas hati melihat komitmen berterusan Cambrex dalam menyediakan perkhidmatan pembangunan proses API yang terbaik, sekali gus menyokong penyiapan pengembangan ini susulan pengambilalihan kami baru-baru ini," kata Matt Bio, Presiden Snapdragon.
Keupayaan baharu Snapdragon adalah sejajar dengan pelaburan berterusan Cambrex dalam pembangunan proses aliran berterusan dan pembuatan berskala kecil di High Point, North Carolina.
Tentang Cambrex
Cambrex ialah sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan. Dengan lebih 40 tahun pengalaman serta pasukan yang terdiri daripada lebih 2,400 orang pakar yang semakin berkembang yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari Amerika Utara dan Eropah, Cambrex merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk pembangunan dan pembuatan produk berbentuk dos yang telah siap dan bahan farmaseutikal aktif (API).
Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat-ubatan yang khusus termasuk aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan, penyimpanan kestabilan dan API yang sangat kuat. Selain itu, Cambrex boleh menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal, separa pepejal dan cecair oral serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus seperti pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.
Tentang Snapdragon Chemistry
Snapdragon Chemistry mengkhusus dalam penghasilan kumpulan bahan farmaseutikal aktif (API) dan pembangunan proses aliran berterusan yang menggunakan teknologi automasi canggih serta peralatan proprietari untuk menyelesaikan cabaran pembangunan proses dan analisis yang kompleks. Dengan bahagian R&D dan pembuatannya yang beribu pejabat di Waltham, Massachusetts, lebih 70 orang pekerja Snapdragon membentuk hubungan yang kukuh dengan komuniti saintifik tempatan, dengan 31 orang saintis berkelayakan PhD dilantik menjadi kakitangan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan info@snapdragonchemistry.com.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1198585/Cambrex_Logo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2076582/Snapdragon_Logo.jpg?p=medium600