omniture

BOTTICELLI, KEGELISAHAN DAN KEINDAHAN - Menarini mempersembahkan monograf seni terbaharunya di Florence, khusus untuk melambangkan era Renaissance Itali

Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
2023-05-16 19:32 0

FLORENCE, Itali, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Seorang seniman yang berjaya, pentafsir yang peka budaya pada zamannya dan juga seorang pengarang karya luar biasa yang relevan, Sandro Botticelli merupakan seorang pakar keindahan.  Melalui hasil karya "Venus", beliau telah mengasaskan prinsip kesempurnaan yang hampir mencerminkan era zaman moden tanpa beliau sedari.  Namun begitu, beliau seorang tokoh yang misteri dan diselubungi kegelisahan: walaupun dengan reputasinya yang kekal abadi, lukisan beliau masih menyembunyikan misteri yang sukar dirungkai.  Selepas enam puluh tahun, Sandro Botticelli kembali ke dalam siri seni Menarini Group dengan monografi yang belum pernah diterbitkan yang dipersembahkan di Bilik Apollo, Palazzo Pucci, Florence, di hadapan pengarang Cristina Acidini, mantan penyelia muzium seni Florence yang pada hari ini merupakan Presiden Opera di Santa Croce serta beberapa institusi lain yang berprestij di Florence.

Nicola Armentano (City of Florence Councillor), Lucia Aleotti (Menarini Group Shareholder and Board Member), Cristina Acidini (Author of the Botticelli art monograph), Eric Cornut (Menarini Group Chairman), Eugenio Giani (President of Region of Tuscany); Elcin Barker Ergun (Menarini Group CEO), Alberto Giovanni Aleotti (Menarini Group Shareholder and Board Member) and Carlo Colombini (Menarini Group Board Member)
Nicola Armentano (City of Florence Councillor), Lucia Aleotti (Menarini Group Shareholder and Board Member), Cristina Acidini (Author of the Botticelli art monograph), Eric Cornut (Menarini Group Chairman), Eugenio Giani (President of Region of Tuscany); Elcin Barker Ergun (Menarini Group CEO), Alberto Giovanni Aleotti (Menarini Group Shareholder and Board Member) and Carlo Colombini (Menarini Group Board Member)

Monograf ini membawa kita kembali ke Florence pada separuh kedua abad kelima belas, ke kilang pewarnaan Mariano Filipepi, iaitu bapa kepada Botticelli. Di situlah Sandro yang ketika itu masih kecil, terpesona dengan warna yang digunakan di bengkel keluarganya dan mula berjinak-jinak dengan pembelajaran seni.  Beberapa sumber yang mengenali beliau menggambarkan seniman tersebut sebagai seorang lelaki yang cenderung ke arah ironi, sindiran dan ejekan, dengan semangat warga Florence yang memuncak pada ketika itu.  Dirinya diganggu oleh jiwa yang resah gelisah; beliau enggan berkahwin, namun mengisytiharkan cinta abadinya terhadap Florence, sebuah bandar yang tidak pernah beliau tinggalkan kecuali untuk beberapa perjalanan yang singkat.  Dengan tahap kepekaan seorang manusia dan seniman yang amat tinggi, beliau merakam perubahan-perubahan yang berlaku di bandarnya, daripada kemeriahan karnival Lorenzo de' Medici hingga perarakan keinsafan di Savonarola.  Sebagai seorang seniman, beliau mempunyai keupayaan yang unik untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pada zamannya, melukis figura yang terseksa dengan warna yang lebih gelap, seperti Lamentation over the Dead Christ dan Holy Trinity (Pala delle Convertite), yang amat berbeza daripada keharmonian dan keanggunan Birth of Venus serta Primavera (Spring).  Dua karya yang terkemudian, dengan variasi dan ciptaan semula yang tidak terkira bilangannya, membantu menjulang nama Botticelli sebagai seorang seniman yang sangat popular di mana perkaitannya digunakan sebagai subjek kajian moden hingga ke hari ini.

Sehubungan itu, terdapat pelbagai kontroversi dari segi kronologi dan tafsiran tentang kebanyakan lukisan Botticelli, termasuk lukisan beliau yang paling terkenal.  Malah, pemulihan dan penyiasatan diagnostik yang canggih sentiasa menampilkan elemen baharu secara jelas yang menimbulkan idea perdebatan dalam kalangan pakar sektor tersebut.

"Seniman yang luar biasa ini kembali ke dalam siri Menarini dengan monograf kedua yang mengambil kira inovasi yang telah wujud sejak enam puluh tahun lalu, hasil penemuan dokumen baharu serta tafsirannya, terutamanya tentang lukisan beliau yang paling menggamit kenangan dan penuh misteri.  Tambahan pula, penyelidikan saintifik yang dijalankan serentak dengan pemulihan pelbagai karya Botticelli, telah memperkaya pengetahuan kami tentang gaya lukisannya yang halus dan versatil," kata Cristina Acidini . "Namun sebenarnya, Botticelli merupakan antara penterjemah budaya yang paling asli pada zamannya, yang menggambarkan perubahan penting yang dialami oleh masyarakat Florence, tempat kediamannya, yang pada awalnya didominasi oleh Lorenzo the Magnificent dalam suatu era kebudayaan yang berkembang dengan gilang-gemilang, kemudian oleh Girolamo Savonarola dalam tahun-tahun reformasi keagamaan yang mengganggu gugat.  Justeru, beliau telah dijadikan sebagai "simbol" Renaissance yang merangkum segala keindahan mahupun kegelisahan."

Koleksi karya Botticelli menyemarakkan lagi siri karya berprestij Menarini Group yang dihasilkan pada tahun 1956 bagi meraikan keindahan Itali melalui pakar seni lukis Itali yang hebat.

"Koleksi seni Menarini bermatlamat untuk mempromosikan seniman Itali yang hebat dan berkongsi dengan golongan generasi termuda," kata  Lucia dan Alberto Giovanni Aleotti, pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah Menarini. "Meneroka kegelisahan dan keajaiban di sebalik lukisan karya Botticelli yang paling terkenal, menunjukkan betapa rapatnya seniman ini dengan sentimen kontemporari masa kini."

Tahun demi tahun, kerja-kerja artistik Menarini Group telah berkembang maju melalui projek multimedia 'Menarini Pills of Art'. Ini merupakan klip video pendek di mana para pakar mendedahkan anekdot dan rasa ingin tahu tentang kebanyakan karya yang ditampilkan dalam koleksi Menarini.  Kira-kira 700 video telah diterbitkan setakat ini dengan berpuluh-puluh juta tontonan. Video ini boleh didapati di saluran YouTube Menarini dalam 8 bahasa yang dikemas kini setiap bulan dengan kandungan baharu. Video tentang beberapa karya paling terkenal daripada Botticelli telah diterbitkan baru-baru ini bersama-sama dengan video Adoration of the Magi daripada Leonardo, Madonna delle Cave daripada Mantegna dan Bacchus daripada Caravaggio.

 Pills of Art Menarini tersedia di pautan: https://www.menarini.com/it-it/news/menarini-pills-of-art

Menarini Pharmaceutical Group yang beribu pejabat di Florence, beroperasi di 140 buah negara setakat ini, dengan pulangan pendapatan berjumlah €4,155 juta dan lebih 17,000 orang pekerja. Dengan 9 buah Pusat Penyelidikan & Pembangunan, produk Menarini wujud dalam bidang rawatan yang paling penting, termasuk dalam produk kardiologi, onkologi, gastroenterologi, pneumologi, penyakit berjangkit, diabetes dan antiradang/analgesia. Pengeluaran farmaseutikal dijalankan di 18 buah kilang pembuatan Kumpulan ini, yang terletak di Itali dan di luar negara serta menghasilkan lebih 577 juta pek produk setahun yang diedarkan ke lima benua. Pengeluaran farmaseutikal Menarini yang selaras dengan standard kualiti tertinggi, menyumbang secara berterusan kepada kesihatan pesakit di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.menarini.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2076875/Menarini_group.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2076874/Menarini_presentation.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1958938/4035543/MENARINI_GROUP_Logo.jpg?p=medium600

Presentation of the Menarini art volume dedicated to Botticelli
Presentation of the Menarini art volume dedicated to Botticelli

 

 

 

Source: Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
Keywords: Art Entertainment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services