omniture

AI Menyenaraikan FBS Antara Broker Terbaik Dunia

FBS Trading
2023-05-17 12:53 15

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Mei 2023 /PRNewswire/ -- FBS, broker antarabangsa dengan kehadiran di lebih 150 negara, dinilai sebagai salah sebuah syarikat pembrokeran terbaik terunggul di dunia, menurut FXonline.ai, platform berpandukan AI yang memaparkan penyenaraian broker Forex.

FBS dinilai sebagai salah sebuah syarikat pembrokeran terbaik terunggul dunia oleh AI
FBS dinilai sebagai salah sebuah syarikat pembrokeran terbaik terunggul dunia oleh AI

FBS mendapat skor 7.2 daripada 10, meningkat tinggi dalam penyenaraian FXonline.ai. Platform inovatif ini menandakan pendekatan bertumpu pelanggan FBS dan menekankan Kebolehgunaan, Penjagaan Pelanggan syarikat yang cemerlang serta proses Pendaftaran yang lancar.

Teknologi kecerdasan buatan yang digunakan oleh FXonline.ai membenarkan analisis tidak berat sebelah ke atas industri perdagangan, menghasilkan ulasan yang adil dan tidak berat sebelah. Syarikat ini benar-benar bertekad untuk mencipta era baharu Forex dengan keadilan dan kebebasan sebagai nilai utama. Ideanya adalah untuk membantu pedagang membuat keputusan berdasarkan fakta menggunakan maklumat yang boleh dikaitkan tentang broker yang dikumpul dalam analisis AI mendalam terhadap laman sesawang broker.

Platform berpandukan AI itu menganalisis setiap peringkat aliran pengguna FBS dan broker disenarai pendek yang lain dan menilainya berdasarkan 5 kriteria utama termasuk keadaan perdagangan, promosi, kemudahan penggunaan, deposit dan pengeluaran serta sokongan pelanggan. Pendekatan tersebut menghasilkan penilaian yang jelas dan mudah serta andal yang tidak dipengaruhi oleh emosi manusia.

"Direka bentuk dengan memikirkan manfaat untuk pedagang, platform berpandukan AI kami memberikan prospek yang tidak berat sebelah ke atas industri FX kepada pengguna dan membantu mereka mencari platform paling sesuai dalam beberapa saat. Kami gembira dapat melibatkan broker-broker yang paling terkenal dalam industri, yang bersedia untuk mendapat ulasan yang tidak berat sebelah terhadap kerja mereka. Forex ialah pasaran yang sukar dan kami menghargai hakikat bahawa FBS dinilai tinggi oleh teknologi AI kami yang direka bentuk secara mendalam dan disenaraikan antara pesaing terunggul, lalu menjadikannya pilihan yang baik untuk pedagang seluruh dunia," kata FXonline.ai terhadap FBS.

"Kami berasa gembira dan bangga kerana perkhidmatan kami dinilai begitu tinggi. Sesuatu yang amat menggembirakan apabila melihat bukti profesionalisme kami dimanifestasikan dalam analisis berpandukan AI, yang membawakan algoritma kajian tidak berat sebelah yang bebas daripada gangguan manusia. Kami akan berpegang kepada prinsip dan nilai kami untuk terus menyediakan kepada pelanggan kami dengan perkhidmatan perdagangan sebaik mungkin," kata Ksenia Molodkina, Pengarah Pemasaran Strategik FBS.

Selama lebih 14 tahun khidmat yang berdedikasi, FBS memenangi lebih daripada 75 anugerah antarabangsa yang kini dipertingkatkan oleh penyenaraian FXonline.ai. Sehingga ke hari ini, FBS mengekalkan tahap perkhidmatan dan sokongan pelanggan yang tinggi – lebih daripada 27 juta pedagang dan 500,000 rakan kongsi bekerjasama dengan FBS dan bilangannya semakin meningkat.

Latar Belakang FBS
FBS ialah broker berlesen seluruh dunia dengan pengalaman selama lebih 14 tahun dan menerima lebih daripada 75 anugerah antarabangsa. FBS berkembang secara berterusan sebagai salah satu broker yang paling dipercayai dalam pasaran dengan pedagangnya berjumlah lebih daripada 27,000,000 dan rakan kongsinya melebihi 500,000 di seluruh dunia. Volum dagangan tahunannya mencecah lebih $8.9 trilion. FBS juga merupakan Rakan Kongsi Utama Rasmi Leicester City Football Club.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Akhbar FBS
press@fbs.com

Source: FBS Trading
Keywords: Banking/Financial Service Awards