omniture

Syarikat Koleksi Sukan Panini Diselar kerana Tidak Mempunyai Pemimpin Berkulit Hitam, Until Freedom Menuntut NBA, NFL, FIFA & Pelbagai Lagi Organisasi untuk Melakukan Pemboikotan

Until Freedom
2023-05-17 20:14 0

Tamika D. Mallory & Rev. Michael McBride Turut Berkongsi Tuntutan Kepelbagaian Dengan Peguam Besar Texas, New York & California

NEW YORK, 17 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Pengasas Bersama Until Freedom, Tamika D. Mallory dan Pengasas Bersama Jawatankuasa Tindakan Politik Gereja Kulit Hitam, Reverend Michael McBride, mengumumkan bahawa mereka telah menulis sepucuk surat kepada organisasi koleksi hiburan dan sukan Panini, mengkritik kekurangan pasukan pemimpin kulit hitam dalam syarikat tersebut dan menuntut pembaharuan segera terhadap amalan pengambilan pekerjanya.

Mallory dan McBride mengeluarkan surat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Panini Amerika, Mark Warsop, pada hari Isnin, dengan menyatakan bahawa walaupun 75 peratus daripada perniagaan organisasi ini bergantung pada atlet berkulit hitam dan coklat, namun pasukan kepemimpinan syarikat langsung tidak mencerminkan para atletnya yang pelbagai.

Hakikat bahawa ketiadaan pemimpin kulit hitam adalah lebih menyedihkan apabila selama ini Panini dikatakan menjana berbilion-bilion pendapatan daripada atlet berkulit hitam dan coklat. Selain itu, daripada 800 orang pekerja organisasi ini yang disenaraikan di LinkedIn, hanya 3 orang sahaja pekerja kulit hitam. Perbezaan ini mengesahkan bahawa Panini mempunyai hanya sedikit atau tiada langsung pekerja kulit hitam di seluruh syarikatnya.

Sehubungan itu, Mallory dan McBride memberi kata dua kepada organisasi tersebut untuk mengambil tindakan pembetulan dan melantik pemimpin kulit hitam ke jawatan penting dengan segera. Jika tidak, mereka merancang untuk menggesa rakan kongsi Panini dan atletnya secara kolektif – termasuk organisasi seperti FIFA, NBA, NFL, Persatuan Pemain NBA, Persatuan Pemain NFL dan Liga Perdana Inggeris – untuk memboikot syarikat tersebut.

Mereka juga berkongsi tuntutan kepelbagaian ini dengan Peguam Besar Texas, Ken Paxton, Peguam Besar New York, Letitia James dan Peguam Besar California, Rob Bonta.

Dalam surat tersebut, Mallory dan McBride menekankan unsur hipokrasi dalam model perniagaan Panini dengan menulis bahawa "Pendapatan Panini yang diperoleh hasil daripada kerjasamanya dengan atlet berkulit hitam dan coklat pada satu aspek dan pada masa yang sama mengecualikan orang kulit hitam daripada pasukan kepimpinannya pada satu aspek yang lain, adalah tidak dapat diterima."

Mallory ialah seorang pejuang hak sivil yang terkenal di peringkat kebangsaan dan telah mengasaskan Until Freedom secara bersama-sama, iaitu sebuah organisasi keadilan persilangan sosial yang berteraskan kepemimpinan pelbagai bangsa kulit berwarna bagi menangani ketidakadilan sistemik dan perkauman. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif termuda dalam sejarah National Action Network dan merupakan pengerusi bersama Perarakan Wanita di Washington – demonstrasi selama sehari yang terbesar dalam sejarah A.S. Selepas berlakunya peristiwa pembunuhan George Floyd, Mallory menyampaikan sebuah ucapan yang hebat yang digelar oleh orang ramai sebagai "ucapan satu generasi."

McBride telah bersama-sama mengasaskan Black Church PAC, iaitu suatu inisiatif strategik bagi menyahut seruan untuk memilih pemimpin yang komited untuk menamatkan pemenjaraan beramai-ramai, mempertahankan hak mengundi, membendung keganasan senjata api dan mewakili layanan yang saksama terhadap masyarakat berkulit Hitam dan Coklat.

HUBUNGAN: organizing@untilfreedom.com

Source: Until Freedom
Keywords: Entertainment Sports Black-oriented news Not for profit Public Interest