omniture

Shutterstock dan AI for Good Anjuran ITU Bekerjasama untuk Memajukan AI yang Bertanggungjawab

Shutterstock, Inc.
2023-05-18 03:30 0

Platform Kreatif Global dan Peneraju AI Menempa Laluan untuk Komuniti Teknologi bagi Membangun dan Menyepadukan Amalan dan Prosedur AI yang Bertanggungjawab

NEW YORK, 17 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global terkemuka untuk jenama transformatif serta syarikat media dan pemasaran digital, hari ini mengumumkan kerjasama global dengan AI for Good bagi menyokong pembangunan model, alat, produk dan penyelesaian AI yang beretika. AI for Good dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU), sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk teknologi maklumat dan komunikasi, dengan kerjasama 40 Agensi Seinduk PBB serta turut dianjurkan secara bersama-sama dengan Switzerland. Matlamat AI for Good adalah untuk mengenal pasti penggunaan AI yang praktikal bagi memajukan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan meningkatkan penyelesaian tersebut untuk memberikan impak di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Shutterstock akan menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Global AI for Good yang akan datang di Geneva, Switzerland, yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Julai.

"Ketika kita melihat ke arah masa depan penyepaduan AI, kita bertanggungjawab untuk memahami apakah maknanya semua ini kepada para pembangun, pengguna dan komuniti. Pembentangan Shutterstock di Sidang Kemuncak ini akan menunjukkan komitmen mereka untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan kerjasama antara mesin dengan manusia," kata Frederic Werner, Ketua Penglibatan Strategik ITU AI for Good, "Kami percaya bahawa kerjasama kami dengan Shutterstock akan memberi inspirasi kepada komuniti kami untuk mempelajari tentang teknologi ini dan mempertimbangkan kesannya apabila mereka mencipta proses serta menentukan dasar dan prosedur untuk penyepaduan."

Shutterstock berada pada kedudukan yang kukuh dalam arena inovasi teknologi dan kreatif, menggunakan DALL-E 2 untuk menguasakan AI Image Generator (Penjana Imej AI) miliknya dan baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan NVIDIA, Open AI, Meta, LG Research serta peneraju industri teknologi lain untuk membangunkan alat dan piawaian asas AI generatif untuk para pencipta. Syarikat ini merupakan syarikat pertama yang mewujudkan "Contributors Fund" (Dana Penyumbang) untuk memberi imbuhan kepada para artis dan pencipta yang telah berusaha membantu melatih model AI miliknya. Pustaka kandungan berkualiti tinggi Shutterstock dipenuhi dengan sejumlah metadata yang besar yang menerajui industri dari segi saiz, kepelbagaian dan anotasi—menjadikannya pustaka yang tiada tandingan untuk melatih keupayaan AI.

"Kerjasama kami dengan AI for Good merupakan satu elemen penting dalam komitmen kami untuk memajukan pembangunan dan penggunaan alat dan penyelesaian AI yang beretika," kata Sejal Amin, Ketua Pegawai Teknologi Shutterstock. "Sebagai rakan kongsi penting dalam memacu dasar, prosedur dan amalan terbaik untuk AI yang bertanggungjawab pada skala global, kami berharap dapat bekerjasama dengan AI for Good untuk menyokong usaha mereka sambil terus meletakkan asas bagi piawaian industri yang menghargai sumbangan para seniman dan pencipta selain para pembangun dan pakar teknologi."

AI Image Generator Shutterstock yang tersedia untuk digunakan di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa yang ditawarkan oleh laman webnya masing-masing, menggunakan teknologi teks-kepada-imej untuk menukar prom kepada visual berdefinisi tinggi yang dicipta secara beretika dan sedia untuk dilesenkan. Sebelum AI Image Generator dihasilkan, Shutterstock melancarkan The Create Fund sebagai sebahagian daripada komitmennya yang mendalam untuk memastikan kandungan di seluruh pasaran kandungannya yang komprehensif dapat mewakili dunia yang pelbagai di peringkat global dan ini termasuklah kandungan yang digunakan untuk melatih alat AI generatif. Melalui The Create Fund, Shutterstock memberikan sokongan kewangan dan profesional kepada para seniman yang sebelum ini tidak disediakan, untuk membantu merapatkan jurang akses, mengisi jurang kandungan, serta menambahkan lagi kepelbagaian dan keterangkuman dalam rangkaian pustaka kandungan dan para penyumbangnya.

Ketua Pegawai Teknologi Shutterstock, Sejal Amin dan Pengarah Kanan Kecerdasan Buatan dan Sains Data, Alessandra Sala, akan menyampaikan pembentangan utama di pentas AI for Good yang bertajuk "Gabungan SENI + SAINS: Pendekatan Manusia Ke Arah Masa Depan Kreativiti." Shutterstock juga akan menaja dan menjadi juri bagi acara AI for Good Prize semasa persidangan ini, iaitu sebuah pertandingan untuk para pencipta Seni AI global. Sidang Kemuncak Global AI for Good ini menjangkakan kehadiran seramai 3,000 peserta yang melibatkan sektor perniagaan, kerajaan, teknologi, organisasi bukan berkeuntungan dan syarikat pemula dari 182 buah negara. 

Tentang AI for Good
AI for Good  dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU), sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk teknologi maklumat dan komunikasi, dengan kerjasama 40 Agensi Seinduk PBB serta turut dianjurkan secara bersama-sama dengan Switzerland. Matlamat AI for Good adalah untuk mengenal pasti penggunaan AI yang praktikal bagi mempercepat kemajuan ke arah SDG serta menghubungkan inovator AI dengan para pembuat keputusan sektor awam dan swasta bagi membantu meningkatkan penyelesaian AI di seluruh dunia. Sidang Kemuncak Global AI for Good 2017 yang bersejarah telah menandakan permulaan dialog global tentang potensi AI sebagai pendorong kebaikan. Sidang kemuncak pada tahun 2018 dan 2019 yang berorientasikan tindakan telah membawa kepada pelbagai projek AI for Good, termasuk beberapa inisiatif "prapenyeragaman" ITU yang mengkaji keperluan penyeragaman untuk kes penggunaan AI yang berpotensi tinggi. Sidang Kemuncak Global AI for Good 2023 yang akan datang (6 dan 7 Julai, di Geneva) menggabungkan lebih 2,500 peserta serta penyertaan dalam talian yang melibatkan lebih 15,000 orang ahli platform komuniti yang dikuasakan AI, Rangkaian Neural AI for Good, menjadikannya suatu acara penyelesaian dan gandingan AI yang terbesar dan paling inklusif di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://aiforgood.itu.int/.

Tentang Shutterstock
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah rakan kongsi utama untuk jenama transformatif serta syarikat media dan pemasaran digital yang memperkasakan dunia untuk mencipta dengan keyakinan. Digerakkan oleh berjuta-juta pencipta di seluruh dunia, sebuah enjin data yang semakin berkembang dan pendekatan yang berani terhadap inovasi produk, Shutterstock merupakan platform pelesenan global terkemuka daripada koleksi model 3D, video, muzik, gambar, vektor dan ilustrasi berkualiti tinggi yang paling meluas dan pelbagai. Daripada pasaran kandungan terbesar di dunia hingga berita terkini dan akses senarai editorial hiburan terbaik serta platform penyuntingan kandungan dan perkhidmatan penerbitan studio yang serba lengkap—yang kesemuanya menggunakan teknologi inovatif terkini—Shutterstock menawarkan pilihan sumber yang paling komprehensif untuk menghidupkan penceritaan. 

Ketahui lebih lanjut di www.shutterstock.com dan ikuti kami di LinkedIn, Instagram, Twitter, Facebook dan Youtube.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2078553/Shutterstock_AI_for_Good_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Joint ventures Trade show news