Pendaftaran untuk pas media MWC Shanghai kini dibuka
LONDON, 18 Mei 2023 /PRNewswire/ -- GSMA akan menganjurkan MWC Shanghai 2023 dari 28 hingga 30 Jun 2023 di Shanghai New International Expo Centre (SNIEC).
Kami menjemput sidang media dan penganalisis industri untuk memohon pas percuma bagi menghadiri MWC Shanghai dengan mengklik di sini untuk melayari laman web pendaftaran acara. Para hadirin boleh mendaftar ke acara ini dengan mengikuti pautan ini.
GSMA akan meraikan ulang tahun ke-10 MWC Shanghai pada tahun ini dan teruja untuk menghimpunkan para perwakilan daripada industri mudah alih, teknologi dan rangkaian menegak yang berkaitan di seluruh China dan Asia serta syarikat-syarikat global yang ingin memasarkan perkhidmatan dan inovasi produk mereka ke rantau ini. Dengan satu senarai pempamer dan para peneraju industri yang mengagumkan, hadirin bakal disediakan dengan pengalaman pameran yang tiada tandingan pada tahun ini, dengan tema berfokuskan '5G Transformation', ' Digital Everything' dan 'Reality+'.
Rantau Asia Pasifik telah berkembang menjadi salah satu pasaran yang paling pesat dan paling maju dalam arena teknologi mudah alih dan digital. Pada tahun 2022, teknologi dan perkhidmatan mudah alih telah menjana sebanyak 5.5% KDNK di China – menyumbang sejumlah $1.1 trilion daripada nilai tambah ekonomi. China akan menjadi pasaran pertama di dunia dengan 1 bilion sambungan 5G yang akan mencapai sasarannya menjelang tahun 2025. Sambungan 5G di China akan mencecah 1.6 bilion menjelang tahun 2030, menyumbang hampir satu pertiga daripada jumlah sambungan di seluruh dunia.
China dan sebahagian besar rantau Asia Pasifik turut menempatkan ekosistem mudah alih yang komprehensif yang akan mengaktifkan pembangunan teknologi canggih termasuk 5G dan 6G serta keupayaan teknologi yang memacu metaverse seperti AI dan XR.
MWC Shanghai menyediakan peluang membina rangkaian yang unik dengan para pemimpin industri, menghadiri ucaptama, menyertai perbincangan panel dan memperoleh maklumat tentang trend dan teknologi terkini yang mencorakkan industri ini. Para pemimpin industri akan tampil di atas pentas dengan hampir 350 orang penceramah dari seluruh dunia, hampir 100 jam kandungan kepemimpinan inovatif dan hampir 60% penyertaan daripada kakitangan pengurusan kanan. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti perkembangan terkini kami pada zon media MWC Shanghai dan layari www.mwcshanghai.com.
Hubungan Media
Pejabat Media GSMA
pressoffice@gsma.com
Tentang GSMA
GSMA ialah sebuah organisasi global yang menyatukan ekosistem mudah alih untuk meneroka, membangunkan dan menghasilkan inovasi asas yang mengubah suasana perniagaan dan masyarakat yang positif. Visi kami adalah untuk memanfaatkan kuasa saling hubungan sepenuhnya supaya orang ramai, industri dan masyarakat dapat berkembang maju. Mewakili para pengendali dan organisasi mudah alih di seluruh ekosistem mudah alih dan industri berkaitan, GSMA menyampaikan tiga tonggak yang luas kepada ahlinya: Saling Hubungan untuk Kebaikan, Perkhidmatan dan Penyelesaian Industri serta Jangkauan. Aktiviti ini merangkumi usaha memajukan dasar, menangani cabaran terbesar masyarakat pada hari ini, menyokong teknologi dan saling kendalian yang menjayakan mudah alih dan menyediakan platform terbesar di dunia untuk menyatukan ekosistem mudah alih pada siri acara MWC dan M360.
Anda dijemput untuk mendapatkan maklumat lanjut di gsma.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1882833/3718068/GSMA_Logo.jpg?p=medium600