omniture

Huawei Lancar Berbilang Penyelesaian Portfolio dan Keluarkan Kertas Putih Kampus Pintar Masa Depan 2023 untuk Asia Pasifik

Huawei
2023-05-18 14:54 119

SHENZHEN, China, 18 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Inovasi Teknikal semasa Persidangan Rakan Kongsi Asia Pasifik 2023, Huawei melancarkan beberapa Penyelesaian Portfolio dinaik taraf yang baharu dan mengeluarkan Kertas Putih Kampus Pintar Masa Depan 2023 untuk Asia Pasifik (2023 Future Intelligent Campus White Paper for Asia Pacific), dengan tujuan untuk membantu pelanggan di Asia Pasifik membina infrastruktur digital dengan lebih baik dan lebih pantas serta memperluaskan ruang pasaran demi masa depan kejayaan bersama.

Di sidang kemuncak tersebut, Michael Ma, Presiden Pengurusan dan Penyelesaian Portfolio Produk ICT Huawei menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Menerajui Infrastruktur Digital melalui Kerjasama Saling Menguntungkan". Menurut En. Ma, selaku vendor ICT, Huawei menumpukan terutamanya untuk menyokong Seni Bina Teknikal dengan menyediakan produk dan Penyelesaian Produk bagi membantu pelanggan membina infrastruktur ICT dengan lebih baik dan lebih pantas. Ketika ini, Huawei menyediakan Pusat Data, Kampus, Tapak Digital dan Penyelesaian Portfolio Rangkaian Kawasan Luas. Dibandingkan dengan produk tunggal, Penyelesaian Portfolio adalah lebih sesuai untuk senario bernilai tinggi pelanggan. Dengan tawaran ini, rakan-rakan kongsi Huawei dapat membantu pelanggan menuju digital dengan lebih pantas.

Michael Ma, Presiden Pengurusan dan Penyelesaian Portfolio Produk ICT Huawei
Michael Ma, Presiden Pengurusan dan Penyelesaian Portfolio Produk ICT Huawei

Bagi memenuhi keperluan senario bernilai tinggi yang sama merentas pelbagai industri, Huawei menggabungkan produk ICT yang diperlukan kepada Penyelesaian Portfolio yang diintegrasikan dan disahkan terlebih dahulu. Ini dapat membantu Huawei berperanan dengan lebih cekap bersama rakan-rakan kongsi untuk membangunkan penyelesaian industri. Penyelesaian Portfolio memudahkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran, penjualan dan perkhidmatan rakan kongsi dengan menjadikan R&D lebih cekap, integrasi lebih mudah dan penyampaian lebih senang, seterusnya membantu rakan kongsi mencapai kejayaan perniagaan dengan cara yang menyeluruh.

Dari segi R&D, Penyelesaian Portfolio memanfaatkan kelebihan dalam sinergi produk bagi memastikan API disatukan dan mengurangkan kos pembangunan sekunder. Penyelesaian Portfolio membantu rakan-rakan kongsi Huawei membina penyelesaian berdaya saing dengan lebih cepat.

Dari segi pemasaran, Penyelesaian Portfolio diorientasikan kepada senario bernilai tinggi pelanggan dan dapat mencetuskan minat pelanggan, lalu membantu rakan kongsi memperoleh lebih banyak peluang jualan. Huawei akan menjalankan pemasaran bersama dengan rakan-rakan kongsi untuk meningkatkan pengaruh pasaran.

Dari segi penjualan, Huawei menyediakan konfigurasi tipikal untuk Penyelesaian Portfolio, memudahkan sebut harga dan meningkatkan kecekapan jualan. Dibandingkan dengan menjual produk tunggal, menjual Penyelesaian Portfolio dapat membantu rakan kongsi mendapat lebih banyak peluang dan hasil jualan.

Dari segi perkhidmatan Huawei melaksanakan praintegrasi dan prapengesahan merentas produk serta menyediakan alatan dan templat penyampaian yang betul bagi menjadikan penyampaian di tapak lebih mudah dan lebih pantas untuk rakan kongsi.

Di persidangan itu, Huawei melancarkan beberapa Penyelesaian Portfolio yang dinaik taraf termasuk Himpunan Sumber Berprestasi Tinggi, Rangkaian Pejabat Dipermudah dan Tapak Tiang Pintar.

  • Pusat Data: Himpunan Sumber Berprestasi Tinggi menggabungkan berbilang produk, termasuk pangkalan data, pelayan, peranti storan dan suis serta memanfaatkan sinergi perisian-perkakasan bagi mencapai kependaman, keserentakan dan daya pemprosesan optimum, membolehkan pelanggan kewangan dan kerajaan menaik taraf sistem aplikasi teras mereka.
  • Kampus: Rangkaian Pejabat Dipermudah menggabungkan suis CloudEngine S, penamatan talian optik (OLT) OptiXAccess, unit rangkaian optik (ONU) OptiXstar, titik akses (AP) AirEngine, sekuriti HiSecEngine, eSight dan Enjin Awan Rangkaian (NCE) iMaster. Ia mempermudah akses, seni bina dan O&M bagi membantu pelanggan membina rangkaian kampus pejabat dengan pengalaman pengguna yang optimum.
  • Tapak Digital: Tapak Tiang Pintar menggabungkan kamera tertakrif-perisian (SDC), get laluan IoT gred-perusahaan siri AR, suis, Atlas untuk pengkomputeran pinggir dan produk gelombang mikro lebar jalur tinggi jarak jauh bagi mencapai pembinaan tapak yang intensif, lalu memudahkan bandar pintar. Apa yang sebelum ini memerlukan berbilang tiang kini dapat dicapai hanya dengan satu tiang; tiang yang sama boleh digunakan untuk pelbagai tujuan; dan operasi tiang disatukan.

Su Baohua, Presiden Perniagaan Kampus Pintar Huawei, He Weizhi, Naib Presiden Perniagaan Perusahaan Asia Pasifik Huawei, Daniel Shen, Pengurus Besar Omdia dan Ivy Sun, Ketua Perniagaan Kampus Pintar Omdia, mengeluarkan secara bersama Kertas Putih Kampus Pintar Masa Depan 2023 untuk Asia Pasifik, berkongsi pandangan tentang trend pembangunan kampus pintar dan meneroka cara yang lebih berkesan untuk melakar masa depan kampus pintar di Asia Pasifik.

Mengeluarkan secara bersama Kertas Putih Kampus Pintar Masa Depan 2023 untuk Asia Pasifik
Mengeluarkan secara bersama Kertas Putih Kampus Pintar Masa Depan 2023 untuk Asia Pasifik

Memandang ke hadapan, Huawei bersiap sedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi berdasarkan kepada Penyelesaian Portfolio itu bagi membangunkan daya saing dibezakan dan membantu pelanggan membina infrastruktur digital dengan lebih baik dan lebih pantas.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news