omniture

Logicalis Terima Anugerah Global Rakan Kongsi APJC Terbaik Tahun ini di Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Cisco 2014

Logicalis
2014-04-03 13:26 173

SINGAPURA, 3 April 2014 /PRNewswire/ -- Logicalis mengumumkan pada hari ini berkenaan penerimaan anugerah Global Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Cisco® dan telah diiktiraf sebagai Rakan Kongsi APJC Terbaik Tahun ini. Cisco turut mengumumkan kesemua pemenang pada majlis penerimaan Anugerah Global bersempena dengan persidangan rakan kongsi tahunan yang berlangsung pada minggu ini di Las Vegas.

(Logo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/8521400289LOGO )

Anugerah Global Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Cisco diberikan kepada rakan kongsi saluran yang cemerlang dan diwujudkan bagi mengiktiraf amalan perniagaan terbaik serta menjadi model kepada industri. Bidang yang diambil kira termasuklah amalan inovatif, kejayaan aplikasi, program tersendiri, penyelesaian masalah serta pendekatan jualan.

"Cisco amat bertuah kerana dapat bekerja dengan erat bersama rakan kongsi saluran yang paling berbakat dalam industri ini dan kami tetap komited terhadap kejayaan rakan kongsi kami," kata Edison Peres, naib presiden kanan, Worldwide Channels, Cisco. "Kami amat berbesar hati untuk menamakan Logicalis sebagai Rakan Kongsi APJC Terbaik Tahun ini bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka."

"Ini merupakan penghormatan tinggi buat Logicalis untuk menerima anugerah ini yang mengiktiraf hasil usaha dan kepakaran pasukan kami di rantau ini dan seterusnya membuktikan komitmen kami terhadap para pelanggan serta Cisco," kata James Tay, Ketua Pegawai Eksekutif Logicalis Asia.

Anugerah Global Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Cisco mengetengahkan rakan kongsi yang paling cemerlang dalam pasaran teknologi khusus di semua rantau yang terlibat. Kesemua penerima anugerah telah dipilih oleh sekumpulan eksekutif serantau dan Organisasi Rakan Kongsi Sedunia Cisco.

Latar Belakang Logicalis

Logicalis merupakan penyedia pada peringkat antarabangsa bagi perkhidmatan terurus dan penyelesaian IT dengan pengetahuan serta kepakaran mendalam tentang komunikasi dan kolaborasi; pusat data dan juga perkhidmatan awan; serta perkhidmatan terurus.

Logicalis mempunyai hampir 3,500 pekerja dari serata dunia, termasuk pakar perkhidmatan terlatih yang bertanggungjawab mereka bentuk, menentukan, mengaturkan dan turut menguruskan infrastruktur ICT yang kompleks bagi memenuhi keperluan hampir 6,000 pelanggan sektor korporat dan awam. Bagi mencapai matlamat ini, Logicalis berusaha mengekalkan hubungan yang mantap bersama peneraju teknologi seperti Cisco, HP, IBM, CA Technologies, NetApp, Microsoft, VMware serta ServiceNow.

Hasil tahunan Logicalis Group bernilai lebih $1.4 bilion daripada operasinya di Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan juga Asia Pasifik. Ia terus memantapkan kedudukannya dengan pesat sebagai salah satu penyepadu penyelesaian IT dan Komunikasi yang menerajui, khususnya dalam bidang teknologi dan perkhidmatan lanjutan.

Logicalis Group merupakan sebahagian daripada Datatec Limited serta turut disenaraikan dalam Bursa Saham Johannesburg dan London AIM, yang beroleh hasil melebihi $5 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.ap.logicalis.com atau ikuti kami melalui Twitter @LogicalisAsia.

Cisco (NASDAQ: CSCO) merupakan peneraju sedunia dalam bidang IT yang membantu syarikat merebut peluang pada masa depan dengan membuktikan keajaiban boleh berlaku apabila anda mula mewujudkan ketersambungan. Bagi mendapatkan berita lanjut, sila layari http://thenetwork.cisco.com.

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Jo Balfour
Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam Progressiva
+61-405-442-018
jo@progressiva.com.au

SUMBER: Logicalis

Source: Logicalis
Related Stocks:
NASDAQ:CSCO
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards