omniture

Barry Callebaut dan Maersk meterai perkongsian jangka panjang dengan pecah tanah gudang biji koko baharu di Malaysia

Barry Callebaut Asia Pacific
2023-05-19 14:00 19

JOHOR BAHRU, Malaysia dan SINGAPURA, 19 Mei 2023 /PRNewswire/ -- A.P. Moller-Maersk (Maersk) dan Barry Callebaut Group, pengeluar produk coklat dan koko berkualiti tinggi global yang terkemuka, telahpun memeterai perkongsian jangka panjang untuk membina dan mengendalikan kemudahan pergudangan dan penghantaran biji koko Dibina-Agar-Sesuai (Built-To-Suit) baharu di Malaysia. Sebuah upacara pecah tanah untuk kemudahan khusus ini telahpun diadakan di Pasir Gudang, Malaysia pada 18 Mei 2023.

Barry Callebaut Group dan Maersk memeterai perkongsian jangka panjang untuk membina dan mengendalikan kemudahan pergudangan dan penghantaran biji koko Dibina-Agar-Sesuai (Built-To-Suit) baharu di Malaysia.
Barry Callebaut Group dan Maersk memeterai perkongsian jangka panjang untuk membina dan mengendalikan kemudahan pergudangan dan penghantaran biji koko Dibina-Agar-Sesuai (Built-To-Suit) baharu di Malaysia.

Gudang ini menyokong pertumbuhan strategik Barry Callebaut untuk terus menyediakan produk koko dan coklat berkualiti tinggi dan perkhidmatan kepada pelanggan mereka di Malaysia dan rantau Asia Pasifik. Ia juga merupakan bukti cita-cita Maersk untuk mengembangkan perkhidmatan logistik lautan dan kawasan darat semasa ke dalam penyelesaian logistik hujung-ke-hujung bersepadu untuk pelanggannya.

Kemudahan beberapa tingkat yang baharu ini menjangkau lebih setengah juta kaki persegi dengan teknologi canggih dan penyelesaian mampan serta merupakan salah satu gudang biji koko yang terbesar di Asia Tenggara.
Kemudahan beberapa tingkat yang baharu ini menjangkau lebih setengah juta kaki persegi dengan teknologi canggih dan penyelesaian mampan serta merupakan salah satu gudang biji koko yang terbesar di Asia Tenggara.

Terletak di daerah Johor Bahru, zon perindustrian utama di bandar Pasir Gudang yang berhampiran dengan pelabuhan Johor, kemudahan beberapa tingkat yang baharu ini merupakan salah satu gudang biji koko yang terbesar di Asia Tenggara. Ia mencakupi lebih daripada setengah juta kaki persegi dan mempunyai reka bentuk sesuai untuk tujuan dengan kecekapan operasi sebagai keutamaan. Ia juga berada pada jarak 1-kilometer jauh dari kilang pemprosesan koko Barry Callebaut di Pasir Gudang, Malaysia.

Elie Fouché, Naib Presiden Koko untuk Rantau Asia Pasifik di Barry Callebaut, berkata: "Barry Callebaut telahpun beroperasi di Asia Pasifik sejak tahun 1997 dan kami terus melabur di rantau ini. Kami teruja untuk mengembangkan perkongsian jangka panjang kami bersama Maersk untuk meningkatkan kebingkasan rantaian bekalan kami. Gudang baharu ini membolehkan kami mengawal kualiti biji koko kami dengan lebih baik dan ini akhirnya menyokong rancangan pertumbuhan bercita-cita tinggi kami di Rantau ini."

Sejak Januari 2022, Maersk telah menghubungkan rantaian bekalan Barry Callebaut daripada asal-usul penanaman koko di Afrika ke kilang-kilang di Asia Pasifik melalui perkhidmatan logistik lautan dan kawasan darat.

"Kami berasa gembira kerana Barry Callebaut memilih kami sebagai rakan kongsi logistik jangka panjang dan kemudahan pergudangan serta penghantaran yang dipertingkatkan ini penting untuk membantu mereka bertindak balas dengan pantas terhadap keadaan pasaran yang berubah-ubah. Memandangkan Maersk menjadi penyepadu global bagi logistik kontena, kekuatan tawaran perkhidmatan bersepadu kami akan terus membantu Barry Callebaut mencapai kecekapan yang lebih tinggi dalam rantaian bekalan mereka," jelas Elaine Low, Pengarah Urusan Kawasan, Maersk Asia Tenggara.

Kemudahan pergudangan dan penghantaran Dibina-Agar-Sesuai dijangka siap menjelang akhir suku kedua pada tahun 2024. Ia akan dilengkapi dengan teknologi canggih dan penyelesaian mampan seperti bumbung panel solar, lampu LED dan pengudaraan semula jadi, yang dapat menambah baik jejak alam sekitar.

Latar Belakang Barry Callebaut Group:

Dengan jualan tahunan mencecah kira-kira CHF 8.1 bilion dalam tahun fiskal 2021/22, Barry Callebaut Group yang berpangkalan di Zurich ialah pengeluar produk coklat dan koko berkualiti tinggi yang terkemuka di dunia – bermula daripada penyumberan dan pemprosesan biji koko hinggalah penghasilan coklat terbaik termasuk inti coklat, hiasan dan kompaun. Kumpulan ini mengendalikan lebih daripada 65 kemudahan pengeluaran di serata dunia dan menggaji tenaga kerja global yang pelbagai dan berdedikasi yang terdiri daripada lebih 13,000 orang.

Barry Callebaut Group menawarkan perkhidmatan kepada seluruh industri makanan, bermula daripada pengeluar makanan industri hinggalah pengguna coklat kecil-kecilan dan profesional, seperti penjual coklat, cef pastri, pembuat kek, hotel, restoran atau katerer. Jenama-jenama global yang menampung keperluan khusus pelanggan Gourmet ini ialah Callebaut® dan Cacao Barry®, Carma® serta pakar hiasan Mona Lisa®.

Barry Callebaut Group komited untuk menjadikan coklat lestari sebagai kebiasaan bagi membantu menjamin bekalan koko masa depan dan meningkatkan taraf hidup petani. Ia menyokong Cocoa Horizons Foundation menerusi matlamatnya untuk membentuk masa depan koko dan coklat lestari.

Latar Belakang Maersk

A.P. Moller - Maersk ialah sebuah syarikat logistik bersepadu yang berusaha untuk menghubungkan dan mempermudah rantaian bekalan pelanggannya. Sebagai peneraju logistik global, syarikat ini beroperasi di lebih 130 negara dan menggaji lebih 100,000 orang di seluruh dunia. Maersk menyasarkan untuk mencapai emisi sifar bersih menjelang tahun 2040 merentas seluruh perniagaan dengan teknologi baharu, kapal baharu dan bahan api hijau.

 

Source: Barry Callebaut Asia Pacific
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Transportation Contracts