omniture

Kewangan bagiEksekutif: Panduan Praktikal untuk Pengurus

IMD
2014-04-03 14:27 156

Buku baharu daripada profesor pusat pengajian perniagaan IMD, Nuno Fernandes

LAUSANNE, Switzerland, 3 April 2014 /PRNewswire/ -- Para eksekutif yang bercita-cita tinggi mengetahuikefahaman tentang kewangan merupakan kunci bagi mendapatkan pekerjaan atau jawatan impian, sama ada sebagai ketua jabatan, pengurus tempatan, peranan serantau yang lebih meluas atau jawatan lain yang dapat menaikkan pangkat mereka kepada peringkat Ketua Pegawai.

Berita baik untuk individu tersebutialah kewangan bukanlah bidang yang kompleks atau sukar, menurut buku baharu oleh profesor pusat pengajian perniagaan IMD, Nuno Fernandes.

Buku yang bertajuk Kewangan bagiEksekutif: Panduan Praktikal untuk Pengurus dihasilkan khusus untuk pengurus kewangan dan bukan kewangan. Ia menjelaskan konsep kewangan korporat, daripada penciptaan nilai kepada terbitan, termasuk kos modal (dan WACC), penilaian, dasar pembiayaan, M&A (penggabungan dan pemerolehan), penilaian projek dan pelbagai definisi penting lain berkaitan kewangan yang sentiasa mementingkan implikasinya terhadap para pengurus pada setiap peringkat.

Buku yang diterbitkan ini menjadikan bidang kewangan lebih mudah difahami dan intuitif menerusi contoh sebenar serta kajian kes mini, kemudahan model kewangan Excel yang boleh disesuaikan serta beberapa bab pendek yang sesuai untuk para eksekutif yang sibuk. Kewangan bagiEksekutif ini merupakanbuku praktikal yang padat dengan teori dan amalan pengurusan kewangan, tanpa penggunaanistilah dan pengiraan yang rumit.

Buku ini amat disyorkan oleh para eksekutif kanan global termasuk Michel Demaré, Pengerusi Lembaga Pengarah Syngenta; Ravi Kant, Naib Pengerusi Tata Motors; Severin Schwan, Ketua Pegawai Eksekutif Roche Group; dan juga Thilo Mannhardt, Ketua Pegawai Eksekutif Ultrapar.

Profesor Fernandes ialah Profesor Kewangan IMD, yang berperanan memimpin program Kewangan Strategik serta pelbagai program dalaman lain untuk pelbagai syarikat dan institusi kewangan di Asia, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah. Beliau merupakan pakar dalam bidang kewangan korporat, kos anggaran modal, penilaian projek, penilaian, pasaran kewangan antarabangsa dan juga risiko pasaran baharu.

Bagimaklumat lanjut dan cara untuk mendapatkan buku tersebut, sila layari http://www.financeforexecutives.net.

Bagimaklumat lanjut, sila hubungi:

Richard Eames, Bahagian Komunikasi IMD
Tel: +41(0)21-618-07-99
richard.eames@imd.org

Sumber: IMD

Source: IMD
Keywords: Books Education Higher Education Publishing/Information Service New products/services