omniture

TDK Ventures melancarkan Dana EX1 bernilai $150 juta untuk melabur dalam syarikat pemula teknologi tenaga dan iklim

TDK Ventures
2023-05-19 22:00
  • EX dalam nama dana baharu ini bermaksud transformasi tenaga yang menunjukkan fokus Dana EX1 untuk melabur dalam syarikat pemula tenaga, teknologi bersih dan teknologi iklim peringkat awal di A.S. dan Eropah
  • Dana EX1 ialah dana berbilang LP (rakan kongsi terhad) yang pertama buat TDK Ventures dan menandakan penembusan pertamanya ke pasaran Eropah

SAN JOSE, California, 19 Mei 2023 /PRNewswire/ -- TDK Corporation (TSE: 6762) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, TDK Ventures Inc. akan melancarkan dana ketiganya yang berjumlah $150 juta dalam bentuk modal baharu. Dana baharu ini akan menyasarkan pelaburan peringkat awal dalam peralihan tenaga, pengelektrikan dan penyahkarbonan di A.S. dan Eropah. Jumlah aset di bawah pengurusan TDK Ventures kini bernilai $350 juta.

"Ketika dunia berusaha untuk membina masa depan yang lestari untuk semua, kita mesti menyedari peranan penting yang perlu dimainkan oleh transformasi tenaga dalam usaha kolektif kita," kata Noboru Saito, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TDK Corporation. "Dengan pembiayaan dana baharu ini, kami menggandakan usaha kami untuk menyumbang kepada inovasi dalam pengelektrikan dan penyahkarbonan, oleh kerana kedua-dua bidang ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang paling sukar dalam kalangan masyarakat. Dengan memupuk semangat inovatif syarikat pemula di seluruh dunia dan menyediakan TDK Goodness (Kebaikan TDK) kepada ekosistem, kami berharap agar dapat menyumbang kepada dunia di mana transformasi tenaga dapat mendorong manusia ke arah masa depan yang lebih cerah dan lebih lestari serta selaras dengan alam sekitar kita."

"Dana EX1 mengukuhkan keyakinan kami dalam menyokong usahawan yang mencipta teknologi rintis dalam sektor transformasi tenaga dan penyahkarbonan," kata Nicolas Sauvage, Presiden TDK Ventures. "Penambahbaikan asas dalam sains bahan, pembuatan canggih dan peningkatan skala merupakan kunci untuk menterjemahkan inovasi yang dibangunkan dalam makmal akademik kepada realiti komersial. Komitmen kami terhadap syarikat pemula inovatif peringkat awal dalam teknologi iklim sudah bersedia untuk membantu mempercepatkan dunia ke arah keneutralan karbon." 

Dengan rekod prestasi kelestarian yang bagus serta bekerjasama dengan usahawan inovatif dalam bidang tenaga, Amperex Technology Limited (ATL), iaitu pakar bateri ion litium boleh cas semula milik TDK yang berpangkalan di Hong Kong akan menjadi rakan kongsi terhad kepada Dana EX1.

"Kami berusaha untuk menjadi sebuah syarikat teknologi inovatif global yang unggul, memberi sumbangan yang luar biasa kepada penyelesaian tenaga hijau untuk manusia," kata Joe Kit Chu Lam, Naib Presiden Eksekutif Amperex Technology Limited. "ATL berbesar hati dapat menyertai Dana EX1 dalam misinya untuk menyokong transformasi tenaga yang lebih hijau serta mengambil bahagian dalam penyahkarbonan dengan menyokong ekosistem dan syarikat pemula yang inovatif dalam bidang penjanaan tenaga dan penyimpanan tenaga." 

TDK Ventures telah membina reputasi atas pelaburan dalam sektor teknologi iklim. Sejak penubuhannya, syarikat ini telah membuat sepuluh pelaburan dalam sektor ini, membiayai syarikat-syarikat seperti Wheels yang diambil alih oleh Helbiz, Inc.; syarikat kenderaan elektrik yang berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL), Autoflight; syarikat kitar semula bateri, Ascend Elements; syarikat panel elektrik pintar, Span.io; syarikat penyelesaian kuasa sandaran luar grid, GenCell, yang telah diberikan IPO (tawaran awam awal) di Bursa Saham Tel Aviv; syarikat analisis pengesanan air, Divirod; syarikat hidrogen hijau, Verdagy; syarikat elektrod kering ion litium, AM Batteries; pereka dan pelaksana metodologi untuk pengekstrakan lestari serta syarikat penapisan logam strategik, pH7 Technologies Inc.; dan pembangun sistem pelakuran tenaga stelarator yang dioptimumkan, Type One Energy.

"Kepakaran LP utama kami dalam teknologi elektrokimia, pembuatan canggih dan peningkatan skala akan membolehkan kami membawa kepakaran teknikal yang kukuh dan akses ke pasaran global yang menjadi tempat TDK beroperasi kepada syarikat-syarikat pemula ini," tambah Sauvage.

Dengan ahli pasukan di San Jose, California; Boston, Massachusetts; Tokyo, Jepun; dan Bengaluru, India, TDK Ventures akan menambah satu lagi pasukan di Eropah tidak lama lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TDK Ventures, syarikat pemula atau rakan kongsi pelaburan yang berminat boleh melayari www.tdk-ventures.com atau menghubungi contact@tdk-ventures.com

Tentang TDK Corporation
TDK Corporation ialah peneraju dunia dalam penyelesaian elektronik untuk masyarakat pintar yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Dibentuk berdasarkan asas penguasaan sains bahan, TDK mengalu-alukan transformasi masyarakat dengan terus kekal menerajui evolusi teknologi dan secara tidak sengaja "Mengundang Hari Esok." Ia telah ditubuhkan pada tahun 1935 untuk mengkomersialkan ferit, iaitu bahan utama dalam produk elektronik dan magnetik. Portfolio TDK yang komprehensif dan dipacu inovasi menampilkan komponen pasif seperti kapasitor seramik, elektrolitik aluminium dan tipisan, serta peranti perlindungan dan piezo magnetik berfrekuensi tinggi. Spektrum produk ini juga merangkumi sensor dan sistem sensor seperti sensor suhu dan tekanan, magnetik dan MEMS. Selain itu, TDK turut menyediakan bekalan kuasa dan peranti tenaga, kepala magnetik dan banyak lagi. Produk-produk ini dipasarkan di bawah jenama produk TDK, EPCOS, InvenSense, Micronas, Tronics dan TDK-Lambda. TDK memberi tumpuan kepada pasaran yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang automotif, industri dan elektronik pengguna serta teknologi maklumat dan komunikasi. Syarikat ini mempunyai sebuah rangkaian reka bentuk dan lokasi pembuatan serta pejabat jualan di Asia, Eropah serta di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Dalam tahun fiskal 2023, TDK telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak USD16.1 bilion dan mempunyai kira-kira 103,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Tentang TDK Ventures
TDK Ventures Inc. melabur dalam syarikat pemula untuk meningkatkan inovasi dalam sains bahan, tenaga/kuasa dan bidang berkaitan yang biasanya kurang diwakili dalam portfolio modal usaha niaga. Ditubuhkan pada tahun 2019 sebagai anak syarikat milikan penuh TDK Corporation, visi syarikat usaha niaga korporat ini adalah untuk mempercepat transformasi digital dan tenaga untuk segmen seperti kesihatan dan kesejahteraan, pengangkutan generasi seterusnya, robotik dan perindustrian, realiti gabungan dan pasaran IoT/IIoT yang lebih luas. TDK Ventures akan bersama-sama melabur dan menyokong syarikat-syarikat portfolio yang berpotensi dengan menyediakan kepakaran teknikal dan akses ke pasaran global yang menjadi tempat TDK beroperasi. Syarikat pemula atau rakan kongsi pelaburan yang berminat boleh menghubungi TDK Ventures: www.tdk-ventures.com atau contact@tdk-ventures.com.

Anda boleh memuat turun teks ini dan imej berkaitan daripada https://tdk-ventures.com/tdk-ventures-launches-150-million-fund-EX1-to-invest-in-energy-and-climate-tech-startups 

Hubungan untuk media serantau 

Jenama 

Hubungan


Telefon

Mel 

TDK 

 

Cik S MACKENZIE

 

Publitek

Portland, Oregon, AS

+1 503 720 3743

 

sarah.mackenzie@publitek.com 

 

TDK Ventures 

 

Encik R. FINELLI

 

TDK Ventures

San Jose, California, AS

+1 408 667 5970

 

raphel.finelli@tdk-ventures.com 

 

 

 

Source: TDK Ventures
Related Stocks:
OTC:TTDKY Tokyo:6762
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services Venture Capital