omniture

TPU gred perubatan berkualiti terbaik diupayakan oleh kilang pintar: ICP DAS - BMP bakal mengadakan pameran di Medtec China 2023

ICP DAS Co., Ltd.
2023-05-20 04:41 112

HSINCHU, 20 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pembuatan pintar & kawalan proses yang ketat meningkatkan kualiti TPU. ICP DAS - BMP (Biomedical Polymers), pembekal TPU (poliuretana termoplastik) gred perubatan berpangkalan di Taiwan, berperanan sebagai peneraju yang menggunakan sistem IIoT di kilang pintar bagi mengekalkan kekonsistenan Iot-ke-lot dalam pengeluaran TPU. Syarikat ini akan mempamerkan TPUnya yang berkualiti terbaik kepada pengunjung seluruh dunia di Medtec China 2023, 1-3 Jun, Suzhou.

Top-quality medical grade TPUs enabled by smart factory: ICP DAS - BMP to exhibit at Medtec China 2023
Top-quality medical grade TPUs enabled by smart factory: ICP DAS - BMP to exhibit at Medtec China 2023

ICP DAS - BMP mengeluarkan dan menawarkan tiga siri produk, termasuk Alithane™ (siri ALP), Durathane™ (siri ALC) dan Arothane™ (siri ARP) dengan peratusan pengisi radiolegap yang berbeza-beza untuk disesuaikan dengan keperluan khusus pelanggan. Tahun ini, ICP DAS - BMP memperkenalkan dua produk baharu, ARP-B40 dan ALC-B40, yang menyediakan 40% pemuatan barium sulfat. Di samping itu, sampel tiub yang mengandungi 40%, 60%, 70% dan 80% tungsten akan dipamerkan di reruai pameran kami.

Bahan-bahan dengan kekonsistenan tinggi penting untuk pembuatan peranti perubatan. Justeru itu, ICP DAS - BMP meletakkan kepentingan yang tinggi ke atas jaminan kualiti dan melaksanakan ujian yang ketat dan pemeriksaan kualiti yang teliti untuk setiap kumpulan TPU yang dihasilkan. Selain itu, kami tekal menaik taraf barisan produk melalui penyelesaian IIoT bagi mengoptimumkan proses pembuatan dan meningkatkan produktiviti. Masa pendulu lebih singkat yang terhasil meningkatkan lagi kelebihan kompetitif ICP DAS – BMP.

ICP DAS — sebuah syarikat teknologi automasi perindustrian dengan pengetahuan domain selama 30 tahun dalam automasi, IIoT dan pengurusan tenaga — menubuhkan ICP DAS - BMP. Dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber ICP DAS, unit perniagaan BMP diperkasa untuk memantau status mesin dan faktor-faktor persekitaran bagi mengoptimumkan kecekapan pengeluaran dan memastikan produk berkualiti tinggi yang konsisten.

Pengunjung dijemput untuk singgah dan merasai pengalaman TPU berkualiti kami di reruai C1-V412 mulai 1-3 Jun @ Pusat Ekspo Antarabangsa Suzhou.

Latar Belakang ICP DAS - BMP

ICP DAS - BMP telah memperoleh pensijilan pembuatan ISO 13485 untuk TPU kami. Kami memiliki makmal kami sendiri untuk pempolimeran, analisis sifat-sifat fizikal & kimia serta ujian mekanikal & sitotoksisiti. Di samping itu, TPU yang dibuat oleh kami diperakui USP Kelas VI dan/atau ISO 10993: ISO 10993-4 untuk ujian kebolehserasian hemo, ISO 10993-5 untuk ujian sitotoksisiti, ISO 10993-10 untuk ujian kerengsaan dan kepekaan kulit, ISO 10993-11 untuk ujian ketoksikan sistemik dan ISO 10993-23 untuk ujian kerengsaan. Siri produk kami turut mematuhi REACH dan RoHS.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: https://bmp.icpdas.com/

Untuk produk dan pertanyaan mengenai TPU, hubungi kami terus: sales_bmp@icpdas.com

 

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Electronic Design Automation Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news