omniture

Hadiah seni bina baharu bertujuan meningkatkan kedudukan Kanada

RAIC
2014-04-03 21:00 85

OTTAWA, Ontario, 3 April 2014 /PRNewswire/ -- Yayasan Institut Seni Bina Diraja Kanada (RAIC) mengumumkan pelancaran salah satu hadiah seni bina terbesar di dunia, iaitu Anugerah Antarabangsa RAIC Moriyama.

Arkitek terkenal Kanada, Raymond Moriyama telah mewujudkan anugerah tersebut di samping menubuhkan Yayasan itu. Anugerah yang disampaikan setiap dua tahun itu terdiri daripada wang tunai bernilai CAD $100,000 dan juga ukiran yang direka khas oleh pereka Kanada, Wei Yew.

"Saya berharap hadiah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kedudukan RAIC pada peringkat antarabangsa, malah kedudukan Kanada juga, serta memberi inspirasi kepada rakyat dan arkitek dari Kanada untuk terus berjaya," kata Moriyama, yang berusia 84 tahun.

Hadiah tersebut adalah terbuka untuk semua arkitek, firma atau kolaborasi dari serata dunia bagi mengiktiraf bangunan atau projek cemerlang. Ia turut dianugerahkan kepada individu bukan arkitek yang memberikan sumbangan penting kepada bidang seni bina. Para penerima anugerah dipilih menerusi pertandingan terbuka dan dinilai oleh para juri.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Ogos 2014. Majlis penganugerahan pertama akan berlangsung di Toronto pada 11 Oktober 2014.

Di samping itu, tiga penuntut dari pusat pengajian seni bina Kanada akan menerima biasiswa bernilai CAD $5,000 setiap seorang. Mereka akan dipilih berdasarkan esei bertulis yang dihantar.

Hadiah tersebut mencerminkan minat Raymond Moriyama yang mendalam terhadap seni bina yang mampu mengubah masyarakat menerusi nilai kemanusiaan seperti keadilan sosial, kesaksamaan dan juga keterangkuman.

"Ini bukanlah anugerah pencapaian sepanjang hayat," beliau berkata. "Sesiapa sahaja, termasuklah golongan muda atau golongan berusia boleh memohon dan berpeluang untuk menerima hadiah ini." Kriteria yang diambil kira termasuklah kecemerlangan rekaan, kepuasan pelanggan serta kualiti terperinci.

Idea Moriyama ini tercetus pada tahun 1976 semasa beliau berjalan menuruti jejak kaki Buddha selama tiga bulan di India dan Nepal. Baru-baru ini, beliau telah mengamanahkan Yayasan RAIC untuk mewujudkan anugerah tersebut.

Moriyama & Teshima Architects yang berpusat di Toronto terkenal dengan pelbagai projek kritikal terkenal termasuk Muzium Perang Kanada di Ottawa dan Kedutaan Kanada di Tokyo.

Yayasan tersebut mendorong kecemerlangan seni bina serta menggalakkan pertukaran antara arkitek Kanada dan arkitek antarabangsa, para pelanggan serta penggubal dasar. Hadiah yang disokong menerusi derma ini menyasarkan untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak $5 juta.

"Raymond Moriyama telah menjalankan tugas beliau dengan penuh rasa kemanusiaan dan rendah diri," ujar Barry Johns, pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan RAIC. "Hadiah tersebut merupakan bukti terhadap matlamat dan keikhlasan beliau."

Maklumat hadiah: http://www.raic.org/moriyamaprize

Biografi Moriyama: http://www.thecanadianencyclopedia.com/en/article/raymond-moriyama/

Bagi maklumat lanjut:

Bagi maklumat tambahan dan imej berkaitan:

Maria Cook
Pengurus RAIC, Bahagian Komunikasi dan Sokongan
mcook@raic.org
+1-613-241-3600 Samb. 213

Source: RAIC
Related Links:
Keywords: Art Construction/Building Awards