omniture

Pylontech akan Tubuhkan Kilang Luar Negara Pertamanya

Pylontech
2023-05-20 05:13 65

SANT'ANGELO DI PIOVE DI SACCO, Itali, 20 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pylon Technologies Co., Ltd. ("Pylontech") mengumumkan rancangannya untuk membina kilang luar negara pertamanya di Itali melalui sidang media di Veneto pada 18 Mei 2023.

Pylon LiFeEU S.r.l., usaha sama yang berpangkalan di Sant'Angelo di Piove di Sacco (PD) akan menghasilkan kilang luar negara pertama Pylontech yang akan mengeluarkan dan menyampaikan penyelesaian storan tenaga dengan cara yang lebih stabil dan terjamin untuk pelanggan di Eropah. Ia dimiliki secara bersama oleh Pylon Technologies Europe Holding B.V. ("Pylontech EU"), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Belanda yang dimiliki sepenuhnya oleh Pylontech dan Energy S.p.A. ("Energy"), yang menjalin kerjasama selama sepuluh tahun dengan komitmen bersama untuk mempromosikan inisiatif tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan. Kilang ini akan memanfaatkan sumber dan kepakaran daripada kedua-dua pihak untuk membangunkan dan memasarkan produk storan tenaga di Eropah, lalu mewujudkan pangkalan baharu untuk penyelesaian storan tenaga yang inovatif.

Pylontech telah memperoleh kedudukan nombor satu dalam pasaran tenaga bateri kediaman global pada tahun 2022 dengan lebih satu juta sistem storan tenaga digunakan di lebih 80 negara dan wilayah bermula daripada penghantaran pertamanya pada tahun 2013. Hari ini, penubuhan kilang baharu ini akan menjadi satu lagi pencapaian penting untuk syarikat yang berkembang pesat ini, yang terus memainkan peranan perintis dan peneraju dalam industri ini.

"Ia merupakan langkah penting untuk Pylontech menetapkan pengeluaran setempat memandangkan rakan kongsi kami terutamanya di Eropah tidak sabar-sabar untuk memiliki rantaian bekalan yang lebih terjamin dan stabil," kata Geoffrey Song, naib presiden Pylontech. Kami mengambil Veneto sebagai tempat permulaan yang menikmati kebijaksanaan lama daripada Galilei dan persahabatan baharu daripada Energy. Saya percaya akan masa depan yang amat cerah untuk industri tenaga boleh baharu di EU dengan memanfaatkan kebijaksanaan global dan sumber tempatan."

Latar Belakang Pylontech

Pylontech (SHSE:688063) ialah penyedia sistem storan tenaga bateri (BESS) khusus dengan mengukuhkan kepakarannya dalam elektrokimia, elektronik kuasa dan integrasi sistem bagi menyampaikan penyelesaian storan tenaga andal di peringkat global. Menerusi pertumbuhan yang berterusan dan pesat, ia menjadi penyedia utama sistem storan tenaga di seluruh dunia.

Latar Belakang Energy S.p.A.  

Energy S.p.A. ditubuhkan pada tahun 2013, disenaraikan pada pasaran Euronext Growth Milan Bursa Saham Itali, merupakan peneraju sistem storan tenaga untuk sektor aplikasi kediaman dan berskala besar. Ia telah menjual dan memasang lebih daripada 53,000 sistem di seluruh negara, dengan fokus kepada pasaran kediaman, komersial, perindustrian, utiliti dan mobiliti elektrik.

 

Source: Pylontech
Related Stocks:
Shanghai:688063
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities