omniture

Pertama Seumpamanya di Dunia: Vaksin Protein COVID-19 Multivalen Rekombinan terhadap Varian XBB oleh WestVac Biopharma/West China Medical Center, Sichuan University Diluluskan untuk Percubaan Klinikal oleh Pentadbiran Produk Perubatan Negara China

WestVac BioPharma Co., Ltd.
2023-05-20 13:53 46

CHENGDU, China, 20 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 17 Mei 2023, vaksin protein (sel Sf9) COVID-19 bivalen rekombinan dan vaksin protein trimerik (sel Sf9) COVID-19 trivalen rekombinan yang dibangunkan oleh WestVac Biopharma/ West China Medical Center, Sichuan University terhadap varian XBB yang tersebar paling terkini, menerima "Kelulusan Percubaan Klinikal Ubat" daripada Pentadbiran Produk Perubatan Negara China. Kedua-dua vaksin baharu ini akan dikomersialkan dengan pantas untuk melindungi daripada varian XBB yang tersebar ketika ini apabila ujian percubaan klinikal yang diperlukan telahpun diselesaikan. Kedua-dua vaksin ini juga merupakan vaksin COVID-19 pertama di dunia yang memulakan percubaan klinikal khususnya untuk varian seperti XBB.


Mekanisme Pencegahan dan Kawalan Bersama Majlis Negara mengadakan sidang akhbar pada awal Mei 2023. Mesyuarat tersebut mendapati bahawa apabila interaksi masuk dan keluar antara China dan negara-negara lain meningkat, impak seluruh dunia ke atas komposisi varian pandemik utama novel coronavirus di negara ini meningkat secara mendadak. Menurut data pengawasan[1], varian pandemik utama virus COVID-19 di China berevolusi kepada siri XBB. Dalam konteks ini, WestVac Biopharma menggunakan platform vaksin protein rekombinan sel serangga termaju antarabangsa untuk membangunkan vaksin protein (sel Sf9) COVID-19 bivalen (XBB + strain prototaip) rekombinan Coviccine ® bivalen dan vaksin protein trimerik (sel Sf9) COVID-19 trivalen (XBB + BA.5 + varian Delta) rekombinan. Kedua-dua vaksin WestVac ini penting untuk pencegahan varian XBB semasa dan menyumbang dengan ketara kepada pengurusan wabak COVID-19 yang berterusan.

Coviccine® Bivalen -- Vaksin Protein (Sel Sf9) Bivalen (XBB+Prototaip) COVID-19 Rekombinan

Vaksin Protein (Sel Sf9) Bivalen (XBB+Prototaip) COVID-19 Rekombinan ialah versi yang dinaik taraf bagi Coviccine® -- Vaksin COVID-19 Rekombinan (sel Sf9) yang dibangunkan oleh WestVac Biopharma. Kajian menunjukkan bahawa vaksin tersebut mencetuskan titer tinggi antibodi peneutralan terhadap berbilang subvarian, termasuk XBB.1.5, XBB1.16, XBB1.9.1, XBB.2.3, BA.5, BF.7, BQ.1[1], menunjukkan bahawa vaksin tersebut merupakan vaksin COVID-19 sejagat yang berkesan terhadap berbilang strain, terutamanya dengan peningkatan yang khususnya ketara dalam antibodi peneutralan terhadap varian siri XBB.

Vaksin Protein Trimerik (Sel Sf9) Trivalen (XBB+BA.5+Delta) COVID-19 Rekombinan

Dengan memanfaatkan respons pantas platform ekspresi sel serangga canggih di peringkat antarabangsa dalam penghasilan vaksin protein rekombinan, WestVac Biopharma dan syarikat subsidiarinya yang digelar WestVac Biopharma (Guangzhou) telah membangunkan vektor untuk Vaksin Protein (Sel Sf9) Trivalen (XBB+BA.5+Delta) COVID-19 Rekombinan dan menghasilkan vaksin protein rekombinan trivalen dengan ketulenan tinggi dan kualiti tinggi untuk kegunaan manusia. Antigen vaksin subunit itu direka bentuk dengan tepat berdasarkan kepada struktur protein S-RBD dan HR sasaran subvarian COVID-19 XBB serta BA.5, dan dapat berkumpul sendiri menjadi partikel protein trimerik yang stabil. Kajian menunjukkan bahawa vaksin tersebut menyebabkan titer antibodi peneutral yang tinggi terhadap berbilang subvarian, termasuk Omicron XBB.1.5, XBB1.16, XBB1.9.1, XBB.2.3, BA.5, BF.7, BQ.1, BA.2.75, menandakan bahawa ia merupakan vaksin COVID-19 spektrum luas terhadap berbilang subvarian prevalen di dalam dan luar negara[1].


Latar Belakang WestVac Biopharma

WestVac Biopharma Co., Ltd. ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal inovatif yang mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan sistem jualan vaksin dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 1.1 bilion dos vaksin. WestVac Biopharma telahpun dipilih dengan jayanya ke dalam senarai syarikat unikorn dari tahun 2021 hingga 2023. Pada Disember 2022, Coviccine® telah diluluskan oleh pihak berkuasa negara untuk kegunaan kecemasan dan berada dalam senarai perolehan vaksin dalam proses pembidaan di lebih 20 wilayah di China.

Rujukan:

 

Source: WestVac BioPharma Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries