omniture

SANY Heavy Industry dan Shenglong Metallurgical Meterai Perkongsian Strategik untuk Memacu Transformasi Hijau dalam Industri Keluli

SANY Group
2023-05-22 09:09 126

CHANGSHA, China, 22 Mei 2023 /PRNewswire/ -- SANY Heavy Industry ("SANY", SSE: 600031), pengeluar jentera berat global yang terkemuka, baru-baru ini mengadakan majlis penandatanganan yang mana syarikat ini memeterai perkongsian strategik dengan Guangxi Shenglong Metallurgical Co Ltd (Shenglong Metallurgical). Liang Linhe, Pengerusi SANY Heavy Truck dan Lin Nengjing, Ketua Pegawai Eksekutif Shenglong Metallurgy, menandatangani perjanjian kerjasama strategik bagi pihak syarikat masing-masing.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Shenglong Metallurgical Lin Nengjing dan Pengerusi Sany Heavy Truck Business Group Liang Linhe menghadiri dan menandatangani secara bersama perjanjian kerjasama strategik itu. Menandakan fasa baharu kerjasama kedua-dua pihak, acara berkenaan juga menandakan penyempurnaan perjanjian perolehan bernilai RMB 90-juta (USD 12 juta) yang menyaksikan SANY menyerahkan tiga puluh lima traktor elektrik EV550, lima puluh trak pembuang elektrik dan stesen pertukaran bateri ke Shenglong Metallurgical – satu pencapaian penting yang mendorong kolaborasi mereka ke tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Sebagai salah satu pengeluar besi dan keluli yang terbesar, Shenglong Metallurgy ialah salah satu perusahaan 500 Teratas China dan pembuat keluli 50 Terbaik dunia, dengan pengeluaran keluli mentah tahunannya menduduki kedudukan ke-35 di serata dunia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat ini mempercepatkan inisiatif hijaunya untuk memudahkan dorongan China ke arah keneutralan karbon dan sasaran puncak, memberi penekanan yang lebih kukuh terhadap kelestarian dan pembangunan karbon rendah tatkala ia meningkatkan kapasiti logistik hijaunya.

Penyerahan peralatan elektrik SANY benar-benar menyokong usaha Shenglong Metallurgy untuk menyahkarbon rangkaian logistiknya yang mencipta rekod baharu sebagai perjanjian perolehan terbesar untuk kenderaan logistik elektrik yang pernah dilihat oleh industri keluli Guangxing.

Mengulas tentang keterujaan beliau terhadap kolaborasi mendalam bersama SANY, Ke Xueli, Pengerusi Shenglong Metallurgy, menekankan matlamat bersama kedua-dua syarikat untuk menggegarkan lagi pemandangan logik Bandar Fangchenggang, tempat asal syarikat gergasi keluli itu, memperkasa secara bersama industri keluli bandar dan negara ini bagi memacu ke arah transformasi hijau sekali gus mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi.

Pengerusi SANY Xiang Wenbo menegaskan kepentingan kerjasama ini agar selaras dengan sasaran penyahkarbonan China serta peranannya dalam menggalakkan pembuatan hijau dan pembangunan mampan. Ini berlaku selepas SANY diberi penghormatan oleh Forbes China sebagai salah satu "Perusahaan Perindustrian Mampan 50 Terbaik 2022" dan diiktiraf sebagai perintis pembangunan hijau oleh industri ini atas usaha mampannya yang luar biasa.

Pencapaian terkini SANY dalam pengeluaran hijau, inovasi produk, pembuatan karbon rendah, kemampanan rantaian bekalan serta pemerkasaan pekerja dan komuniti turut ditampilkan dalam Kes Inspirasi ESG 2023 Forbes China, satu senarai ESG korporat yang memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat yang melakar pencapaian luar biasa dalam pengawasan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan tadbir urus korporat.

Kilang SANY Heavy Industry di Changsha turut dinamakan sebagai salah satu kilang Rumah Api (Lighthouse) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), menjadikannya kemudahan industri berat kedua yang dimiliki oleh SANY yang menerima gelaran berprestij ini. Sebagai respons kepada haluan pasaran, kilang ini mengguna pakai model pengeluaran automatik yang dikuasakan oleh teknologi AI dan IoT perindustrian dalam usaha untuk mencapai transformasi pembuatan pintar (IM). Model baharu ini membolehkan syarikat ini mewujudkan sistem pembuatan terdigit untuk peralatan berat yang meningkatkan produktiviti buruhnya sebanyak hampir 100 peratus. Hasilnya ialah peningkatan 123 peratus dalam kapasiti pengeluaran dan pengurangan 29 peratus dalam kos pembuatan seunit.

Untuk maklumat lanjut tentang SANY Group, sila kunjungi www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube untuk mengetahui lebih lanjut.

Latar Belakang SANY

Perniagaan teras SANY Group ialah reka bentuk, pembuatan, jualan dan sokongan peralatan kejuruteraan tugas berat. SANY Heavy Industry ialah pengeluar jentera kejuruteraan terbesar di China dan ketiga terbesar di dunia, usaha untuk menambah portfolio produk elektrik baharu menjadikan SANY menonjol dalam dunia digital hari ini dan juga merupakan sebahagian daripada penyelesaian mampannya.

Source: SANY Group
Related Stocks:
Shanghai:600031
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining Mining/Metals Utilities Contracts Licensing/marketing agreements