MONROE, Ohio, 23 Mei 2023 /PRNewswire/ -- CSafe, penyedia terbesar bagi pelbagai penyelesaian penghantaran kawalan suhu aktif dan pasif yang lengkap untuk industri farmaseutikal, berbesar hati mengumumkan sebuah program inovatif untuk Krystal Biotech yang menyediakan penyelesaian rantaian sejuk untuk terapi gen Vyjuvek keluaran Krystal.
Penghantar terma tersuai CSafe untuk Krystal mengekalkan suhu -20°C di sepanjang perjalanan produk ini bagi membantu memastikan dos Vyjuvek sampai kepada klinisian dan pesakit dengan selamat. Selain teknologi Panel Tertebat Vakum (VIP) yang terbaik dalam kelasnya, penyelesaian CGT Ultra CSafe yang tersuai turut memberikan pengendalian produk yang lebih mudah.
Rantaian bekalan Vyjukek dioptimumkan lagi dengan menggunakan program Retest & Reuse (Uji & Guna Semula) CSafe. Pendekatan ini menawarkan penghantar boleh guna semula yang mengekalkan tahap prestasi terma tertinggi. Apabila pelanggan menyertai program guna semula CSafe, pasukan kami yang amat berkelayakan akan memeriksa, membersih dan mengesahkan semula terma penebat dan penghantar untuk memastikan integriti terma sebelum digunakan semula. Penyelesaian serba lengkap yang diuruskan sepenuhnya ini mengurangkan sisa tapak pelupusan yang tidak diperlukan serta merupakan sebuah program pembungkusan yang cekap, berkesan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
"Terapi sel dan gen merupakan fokus utama CSafe dan kami berbesar hati dapat membantu Krystal Biotech dan rawatan transformasi mereka," kata Patrick Schafer, Ketua Pegawai Eksekutif CSafe. "Dengan menggunakan konsep kejuruteraan yang inovatif, pasukan CSafe mampu untuk kekal menerajui pendekatan kelestarian dan inovasi biofarmaseutikal. Kami gembira dapat menyokong terapi yang paling maju dengan penyelesaian yang paling maju untuk rantaian sejuk yang lestari dan berprestasi tinggi."
Tentang CSafe
CSafe menawarkan rangkaian penyelesaian penghantaran kawalan terma yang paling komprehensif untuk keperluan penghantaran rantaian sejuk beku farmaseutikal ke seluruh dunia. Dengan tumpuan untuk "mengutamakan pesakit" serta kepakaran dan komitmen industri yang tinggi terhadap inovasi, CSafe menghasilkan produk yang terkemuka dalam industri untuk segmen aktif dan pasif. CSafe merupakan satu-satunya pembekal yang mempunyai portfolio serba lengkap termasuk kargo udara pukal, bungkusan, sel dan gen aktif dan pasif serta kes penggunaan untuk destinasi terakhir khas termasuk keupayaan untuk memenuhi rangkaian lengkap dalam keperluan penghantaran rantaian sejuk farmaseutikal serta kepercayaan dan kualiti yang terkemuka dalam industri. Menawarkan hampir kesemua saiz, tempoh dan suhu – CSafe adalah Penyedia Utama Rantaian Sejuk Anda. csafeglobal.com
Hubungan Media:
Lori Conaway
Komunikasi Pemasaran Global
+1 405.633.2344
lconaway@csafeglobal.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2082367/CSafe_CGT_Reuse_and_Retest_Graphic.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2082368/CSafe_CGT_Ultra___5L___2023___transparent__3000px.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1917781/CSafe_Logo_New.jpg?p=medium600