Rekaan Pop Berwarni-warni Mengingatkan kepada tahun 1980-an
TOKYO, 25 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran A120WEST, model kolaborasi yang dinspirasikan oleh rancangan Netflix yang amat berjaya, Stranger Things.
Stranger Things ialah siri pengembaraan misteri Netflix yang berlatarkan tahun 1980-an di bandar kecil Amerika. Pada tahun 1983, seorang budak lelaki hilang sepenuhnya daripada sebuah bandar barat tengah Amerika yang suram. Ketika rakan-rakan, keluarga dan polis tempatan mencari jawapan, mereka terlibat dalam misteri luar biasa yang melibatkan eksperimen rahsia besar, kuasa ghaib yang menakutkan serta seorang budak perempuan yang sangat pelik. Sebuah surat cinta kepada karya klasik 80-an yang memikat satu generasi.
Reka bentuk jam tangan baharu ini diinspirasikan oleh Stranger Things, sebuah rancangan yang banyak merujuk kepada budaya tahun 1980-an. Berasaskan kepada A120, jam tangan yang diinspirasikan oleh jam tangan digital Casio yang dilancarkan pada tahun 1980-an, reka bentuknya memberi penghormatan kepada 'Upside Down', dimensi silih ganti yang wujud selari dengan dunia manusia.
Muka jam tangan menggambarkan dunia watak-watak Stranger Things, dengan butang depan pop berwarna-warni yang mengingatkan kepada tahun 1980-an dengan Demogorgon muncul di bahagian tengah, yang mana ia muncul dalam dunia manusia. Apabila butang lampu LED ditekan, nama rancangan didedahkan dengan cetakan terbalik, membayangkan kehadiran dunia lain di sisi yang lain. Bahagian belakang bekas jam dan tali jam lut sinar direka bentuk dengan sesungut menakutkan tertonjol daripada alam ghaib, mencetuskan hubungan antara kedua-dua dunia.
Pembungkusan khas diilustrasikan dengan imej pelakon watak muda rancangan tersebut.
Stranger Things Musim 1-4 kini sedang distrim di seluruh dunia melalui Netflix.
STRANGER THINGS ™/© Netflix. Digunakan dengan izin.
Laman Sesawang:
https://www.casio.com/intl/watches/casio/standard/vintage/strangerthings/