KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 April 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, serta Fairchild Semiconductor (NASDAQ: FCS), pembekal global yang menerajui bagi penyelesaian semikonduktor mudah alih dan kuasa berprestasi tinggi, telah bekerjasama untuk menghasilkan set reka bentuk rujukan lengkap untuk tujuh papan penilaian Fairchild yang paling popular.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
Kolaborasi antara Fairchild dan RS menandakan pencapaian penting dalam usaha menggunakan gaya perkakasan Sumber Terbuka oleh industri itu.
Menerusi kolaborasi ini, komuniti DesignSpark yang terdiri daripada lebih 200,000 pengguna boleh mendapatkan maklumat teknikal yang amat tepat dan boleh dipercayai daripada Fairchild, lalu mempercepat proses reka bentuk. Terdiri daripada skema litar penuh dan paparan PCB dalam format PCB DesignSpark standard industri, papan penilaian ini sedia diakses oleh setiap jurutera untuk dimasukkan sebagai blok tersedia dengan jadual bahan (BOM) penuh, sedia dilengkapkan dengan data pesanan – terus ke dalam reka bentuk elektronik mereka.
Para jurutera akan dapat menjimatkan masa reka bentuk dengan menggunakan semula contoh reka bentuk. Hasilnya, para pereka dapat memperkenalkan teknologi Fairchild dengan persediaan perkakasan yang disyorkan pihak pengeluar ke dalam produk elektronik baharu. Di samping itu, mereka juga dapat mengubah suai reka bentuk dengan mudah untuk disesuaikan dengan keperluan reka bentuk tertentu.
RS Components mengekalkan inventori yang lengkap untuk hampir 2,000 alat ganti Fairchild. Kesemua alat ganti Fairchild yang disimpan oleh RS disandarkan dengan fail pustaka PCB ModelSource, lalu membenarkan integrasi pantas ke dalam PCB DesignSpark, Altium, PADS, OrCAD dan juga format ECAD popular lain. Pengembangan inventori seterusnya akan merangkumi keseluruhan barisan produk Fairchild dan boleh didapati daripada stok untuk penghantaran pada hari yang sama. Liputan penuh bagi simbol dan jejak ModelSource sedang dirancang untuk kesemua produk Fairchild yang baru diperkenalkan.
Latar Belakang Fairchild Semiconductor
Fairchild Semiconductor (NYSE: FCS) – kehadiran global, sokongan tempatan, idea pintar. Fairchild menyediakan penyelesaian semikonduktor jimat tenaga, mudah digunakan serta dengan nilai tambah untuk reka bentuk kuasa dan mudah alih. Kami membantu para pelanggan kami membezakan keluaran mereka serta menyelesaikan cabaran teknikal yang sukar menerusi kepakaran kami dalam produk isyarat campuran serta analog dan kuasa. Sila hubungi kami melalui laman web kami di http://www.fairchildsemi.com.
Hubungi kami melalui LinkedIn
Ikuti kami melalui Twitter @FairchildSemi
Lihat produk dan video syarikat, dengar rakaman podcast serta tinggalkan komen anda di blog kami
http://engineeringconnections.com/blog/
Lawati kami di Facebook http://www.facebook.com/FairchildSemiconductor
Maklumat Perhubungan Editorial Fairchild Semiconductor:
Paul R. Hughes
Pengurus Perhubungan Awam
1-(800) 341-0392 X 3110
E-mel: paul.hughes@fairchildsemi.com
Latar Belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan penghantaran sehingga 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuk komponen elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan beroleh hasil sebanyak GBP 1.24 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2013. Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.rs-components.com.
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com
RS Components
http://www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
SUMBER: RS Components