omniture

Perpustakaan Château Haut-Brion luar biasa yang dipilih susun oleh Domaine Clarence Dillon

Domaine Clarence Dillon
2023-05-26 17:23

PARIS, 26 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Diinspirasikan oleh sejarah pembuatan wain selama dua ribu tahun yang bermula dari tanah berkerikil legenda di estet terkenalnya, syarikat induk Château Haut-Brion kini telah menganugerahkan ladang anggur ini dengan khazanah budaya baharu: koleksi wain antik dan buku gastronomi yang terbaik di dunia. Di bawah kepemimpinan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Robert de Luxembourg, syarikat milik keluarga ini telah menjelajah seluruh dunia untuk menghasilkan sesuatu dengan segera yang akan dianggap sebagai permata baharu yang luar biasa pada mahkota yang penuh dengan hiasan di estet yang paling bersejarah dan dihormati ini.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia ini, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/9172651-chateau-haut-brion-library-curated-domaine-clarence-dillon/.

"Dengan setiap teguk, dan lebih dua milenium sejarah, Chateau Haut-Brion telah menjadi saksi istimewa kepada kisah hidup manusia dan boleh dianggap sebagai pelopor kepada semua wain terbaik yang sedia ada di dunia. Sejak awal lagi, estet ini juga telah membentuk sebuah kesatuan simbiotik dengan dunia gastronomi. Dengan mewujudkan khazanah perpustakaan yang unik di ladang anggur kami di Perancis ini, kami menjadi saksi kepada masa lalu yang berharga ini sambil menyatukan dokumen seperti Chateau Haut-Brion yang telah bertahan sejak zaman-berzaman untuk menceritakan kisah-kisah mereka sendiri dan seterusnya mencerminkan semangat nenek moyang kami. Koleksi ini menghimpunkan kita semua di sekeliling meja metafora yang dihormati sambil kita berkongsi minuman dalam jamuan yang mensensasikan deria yang menjangkau zaman dan terus memberi inspirasi kepada dunia wain terbaik dan gastronomi… hingga ke hari ini." 

Putera Robert de Luxembourg 

Terletak di kawasan yang kaya dengan sejarah, estet ini juga dapat menunjukkan kesatuan purba dengan dunia gastronomi. Pada tahun 1666, keluarga Pontac telah membuka Pontac's Head, salah sebuah restoran gastronomi yang pertama di Eropah. Pada tahun 1787, Joseph Fumel menerima kunjungan Thomas Jefferson di estet ini. Pada tahun 1803, "Pembelian Louisiana" sekali lagi menghubungkan pemilik Château Haut-Brion ketika itu iaitu Prince de Talleyrand-Perigord dengan Presiden Amerika Syarikat tersebut. Kemudian, Talleyrand menjadi tuan rumah dan diplomat yang paling dikagumi di Kongres Vienna disebabkan oleh kehadiran cef terkenal beliau, Antonin Carême, yang menjadi "cef bintang" yang pertama.

"Dua daripada buku Cef Antonin Carême yang ditandatangani beliau sendiri, iaitu Le maître d'hôtel français dan Le pâtissier pittoresque, merupakan inspirasi awal yang menjadi asas kepada perpustakaan Château Haut-Brion. Sebagai dua daripada pembelian pertama saya, buku-buku ini mewakili sejarah dunia, gastronomi dan sudah semestinya diplomasi terkenal pemilik terdahulu Château Haut-Brion, iaitu Charles-Maurice de Talleyrand-Périgord."      

Putera Robert de Luxembourg

Pada masa ini, projek pembinaan dan pengubahsuaian yang besar sedang dijalankan di Château Haut-Brion yang diselia oleh arkitek Annabelle Selldorf, yang akan menempatkan kemudahan pembuatan wain baharu serta koleksi menu, surat, dokumen serta gastronomi dan buku wain antik luar biasa yang semakin meningkat. Perpustakaan Château Haut-Brion baru-baru ini telah mendapat manfaat yang besar daripada penambahan Koleksi Buku Thackrey yang dibentuk oleh pembuat wain California yang bersemangat dan berbakat, Encik Sean Thackrey. Koleksi Encik Thackrey telah menambah dimensi baharu kepada perpustakaan Château Haut-Brion ini.

Salah satu persekitaran semula jadi untuk penghasilan wain yang paling dihormati dan bersejarah ini kini mempunyai koleksi buku dan teks yang wujud sejak 1,500 tahun lalu. Hari ini, perpustakaan ini memiliki kira-kira 3,000 buah buku tentang vitikultur, wain dan gastronomi, 8 arkib asal tentang sejarah Château Haut-Brion, 312 menu bersejarah, senarai wain 100 buah restoran berprestij, 43 surat dan manuskrip asal yang ditandatangani serta 17 manuskrip dalam Bahasa Jepun, yang dikhususkan untuk pertanian, gastronomi dan seni meja.

Memandangkan ia merupakan asal usul kepada sejarah dan tradisi wain terbaik, First Growth Château Haut-Brion kini juga telah menjadi salah satu repositori utama perpustakaan Gastronomi dan Wain antik yang terbaik di dunia. Koleksi ini akan dapat diakses oleh para cendekiawan melalui pelantikan mulai tahun 2026.

Hubungan:
contact@domaineclarencedillon.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2083418/Chateau_Haut_Brion_library.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2083575/Chateau_Haut_Brion_Logo.jpg?p=medium600

 

Chateau Haut Brion Library
Chateau Haut Brion Library

 

 

 

Source: Domaine Clarence Dillon
Keywords: Agriculture Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Broadcast feed announcements New products/services