omniture

Senarai karyawan pada acara selama dua minggu dengan ciptaan yang tidak dapat dilupakan yang diilhamkan oleh Campari, di Festival de Cannes ke-76

Campari
2023-05-28 15:00

CANNES, Perancis, 28 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai rakan kongsi rasmi kepada edisi ke-76 Festival de Cannes yang terkenal di dunia, Campari, ikon budaya koktel telah diinspirasikan melalui satu siri acara yang meraikan ciptaan minuman campuran dan industri seni perfileman yang tidak dapat dilupakan.  

Iconic model, Alessandra Ambrosio, attends the Campari: Discover Red event experience during the 76th Festival de Cannes, celebrating the unforgettable creations of cinema.
Iconic model, Alessandra Ambrosio, attends the Campari: Discover Red event experience during the 76th Festival de Cannes, celebrating the unforgettable creations of cinema.

Campari Lounge di Palais des Festivals merupakan pusat aktiviti yang menganjurkan acara bagi barisan pelakon La Chimera dan rakaman audio siar secara langsung dengan bintang filem Firebrand, Alicia Vikander, kesemuanya berlatarbelakangkan acara Karpet Merah dan Croisette yang mana kedua-duanya boleh dilihat dari Campari Lounge dengan pemandangan yang unik. Kehadiran Campari yang ikonik dengan warna merahnya turut dirasai di sepanjang Cannes Croisette, dengan pelbagai acara yang berlangsung di Pantai Palais de Stephanie, Pantai Barrière dan Hotel Martinez termasuk sambutan parti selepas tayangan perdana bagi filem yang bertanding, Black Flies.

Setiap detik yang dianjurkan oleh Campari menghidupkan satu perkara yang menjadi persamaan antara koktel Campari dan seni perfileman, iaitu: ikon yang menjadi teras kepada mereka yang meningkatkan pengalaman dengan membawanya melebihi jangkaan.

ACARA DUA MINGGU YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Selain menjadi penganjur bagi acara secara kerjasama, detik kemuncak Campari semasa Festival ini ialah acara Discover Red; iaitu acara waktu malam yang dikendalikan oleh jenama aperitif merah yang ikonik ini yang menawarkan para tetamu dengan ciptaan yang tidak dapat dilupakan daripada Cef Dua Bintang Michelin, Christian Sinicropi dan Ketua Pelayan Bar Camparino in Galleria, Tommaso Cecca. Acara waktu malam ini bermula dengan sesi aperitif dengan kehadiran bintang filem May December, Charles Melton dan pelakon legenda, Luke Evans, diikuti dengan pengalaman gandingan koktel yang dipilih susun oleh Christian dan Tommaso.

Acara yang dipenuhi bintang terkenal tidak akan lengkap tanpa pencipta kandungan selebriti yang tular dan kerap menyertai acara Karpet Merah, Cole Walliser, yang terkenal dengan bakatnya dalam suntingan video gerakan perlahan di acara berprofil tinggi serta merakam para tetamu Discover Red termasuk Alessandra Ambrosio.

Sepanjang Festival ini, Campari Lounge dan Pantai Palais de Stephanie telah diubah menjadi tempat untuk sambutan parti selepas acara bagi ciptaan yang tidak dapat dilupakan yang dilancarkan pada Festival de Cannes ke-76. Di pantai tersebut, Campari telah menganjurkan sebuah acara waktu malam untuk para pelakon filem Black Flies, termasuk Tye Sheridan dan pengarah Jean-Stéphane Sauvaire yang meraikan kejayaan tayangan perdana filem tersebut. Campari turut menganjurkan sesi aperitif di Lounge tersebut dengan para pelakon filem La Chimera termasuk Isabella Rossellini, yang diikuti dengan sebuah parti selepas tayangan perdananya di Pantai Palais de Stephanie.

The Hollywood Reporter telah merakamkan satu persembahan istimewa audio siar perdananya, iaitu Awards Chatter, secara langsung dari Campari Lounge di Festival Filem Antarabangsa Cannes yang menampilkan temu bual secara individu dengan Alicia Vikander dan Editor Eksekutif Anugerah THR, Scott Feinberg, yang ditaja oleh Campari.

Campari berbesar hati menjadi penaja Variety Golden Globes Party yang dihadiri oleh artis, pencipta dan eksekutif yang paling berpengaruh. Acara pada malam tersebut dihadiri oleh Cate Blanchett, Charles Melton, Tye Sheridan dan Shaunette Renée Wilson, malah para hadirin telah menikmati pilihan koktel yang paling ikonik di dunia daripada bar Campari yang tidak boleh dilepaskan.

Semasa parti selepas Tayangan Perdana THE IDOL Campari telah menyajikan minuman ikoniknya daripada bar yang tidak boleh dilepaskan, dengan menjemput para tetamu untuk meraikan satu lagi ciptaan yang tidak dapat dilupakan. Acara ini dihadiri oleh barisan pelakon drama tersebut termasuk Abel Tesfaye (The Weeknd) dan Lily Rose-Depp bersama-sama dengan beberapa orang bakat terkenal di dunia.

Selain menganjurkan acara untuk barisan pelakon filem yang terkenal, Campari turut menjadi penganjur untuk Jury Un Certain Regard, dengan penampilan John Reilly, Emilie Dequenne dan Davy Chou yang hadir untuk menikmati waktu Aperitivo, serta pelakon Amerika, Tyler Hoechlin dan Ian Bohen yang hadir untuk menikmati Aperitif.

Campari juga menganjurkan acara-acara yang berakar umbi dalam industri seni perfileman serta sambutan yang meraikan minat dan bakat dalam seni perfileman. Stampede Ventures dan EST Studios telah menganjurkan sebuah acara waktu malam di Campari Lounge yang meraikan ciptaan yang tidak dapat dilupakan bagi gelombang seni perfileman Asia yang menarik; acara pada malam tersebut menghimpunkan eksekutif, pengedar dan selebriti Asia dan AAPI dalam satu ruangan bersama.

Campari sekali lagi menjadi penganjur kepada Breaking Through The Lens (BTTL); sebuah organisasi yang menyokong industri filem yang lebih saksama dengan menghubungkan pengarah daripada jantina yang sering terpinggir kepada sumber kewangan. Berikutan kejayaan dalam kerjasama pertamanya di Festival de Cannes pada tahun 2022, pada tahun ini inisiatif tersebut menganjurkan sebuah panel media yang dikendalikan oleh Wendy Mitchell yang terkenal, dengan pembuat perubahan Industri termasuk Frederic Boyer, pengarah artistik Tribeca; Shruti Haasan, pelakon dan aktivis yang membintangi The Eye; Mounia Wissinger, Ketua Pemasaran di Protagonist, serta Molly Manning Walker, Penulis dan Pengarah How To Have Sex, yang telah ditayangkan dalam anugerah Un Certain Regard pada festival tahun ini.

Dalam sebuah acara waktu malam yang didedikasikan untuk meraikan kreativiti dan semangat Campari telah mengumpulkan lima pelayan bar terbaik di dunia sempena CAMPARI: Meraikan Ciptaan Yang Tidak Dapat Dilupakan. Setiap pelayan bar mencipta koktel mereka sendiri yang unik dan dihidangkan oleh Camparino in Galleria, di mana teras bagi setiap hidangan ini adalah pesona Cannes Croisette, iaitu intipati festival filem global yang paling berprestij ini dan keajaiban seni perfileman, semuanya disokong oleh minuman aperitif berwarna merah ikonik, Campari.

Ketua Pemasaran Global Campari Group, Julka Villa mengulas: "Dengan mengimbas kembali tempoh dua minggu ini, adalah menakjubkan untuk melihat semula acara yang telah kami sertai; daripada menjadi penganjur kepada bakat paling terkenal di Campari Lounge kami, kepada menaja acara yang glamor di Croisette, membawakan koktel Campari yang ikonik serta memberi perkhidmatan Camparino in Galleria yang luar biasa kepada bintang-bintang ini dan sudah tentunya menganjurkan acara waktu malam kami yang tidak dapat dilupakan di Hotel Martinez. Dalam setiap acara, matlamat kami adalah untuk memberi inspirasi dan membuatkan para tetamu dapat menyelami dunia seni perfileman global melalui lensa merah Campari serta mencapai tahap ketinggian yang diharapkan daripada Campari dan Festival de Cannes. Sekarang, kami tidak sabar menantikan tahun depan!"

Sila ikuti saluran media sosial Campari untuk maklumat lanjut @campariofficial

#CampariCinema #Cannes2023 #FestivalDeCannes #EnjoyResponsibly

www.campari.com  
https://www.youtube.com/EnjoyCampari https://www.facebook.com/Campari 
https://instagram.com/campariofficial

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2086373/Alessandra_Ambrosio.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2086374/Charles_Melton.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2086375/Awards_Chatter_Podcast_sponsored_by_Campari.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2086376/Variety_Golden_Globes_Party_Sponsored_by_Campari.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2086377/Black_Flies___Tye_Sheridan.jpg?p=medium600

Actor Charles Melton enjoys a Campari aperitif at Campari: Discover Red event experience ahead of his premiere for May December at the 76th Annual Festival de Cannes.
Actor Charles Melton enjoys a Campari aperitif at Campari: Discover Red event experience ahead of his premiere for May December at the 76th Annual Festival de Cannes.

 

The Hollywood Reporter recorded a special presentation of its flagship podcast, Awards Chatter, live from the Campari Lounge at 76th Festival de Cannes featuring a one-to-one interview with Alicia Vikander and THR’s Executive Editor of Awards, Scott Feinberg, sponsored by Campari.
The Hollywood Reporter recorded a special presentation of its flagship podcast, Awards Chatter, live from the Campari Lounge at 76th Festival de Cannes featuring a one-to-one interview with Alicia Vikander and THR’s Executive Editor of Awards, Scott Feinberg, sponsored by Campari.

 

Zahra Amir Ebrahimi and Cate Blanchett Campari was proud to be the sponsor of Variety Golden Globes Party attended by Zahra Amir Ebrahimi (left) and Cate Blanchett (right) and attendees enjoyed a selection of the world’s most iconic cocktails from an unmissable Campari bar.
Zahra Amir Ebrahimi and Cate Blanchett Campari was proud to be the sponsor of Variety Golden Globes Party attended by Zahra Amir Ebrahimi (left) and Cate Blanchett (right) and attendees enjoyed a selection of the world’s most iconic cocktails from an unmissable Campari bar.

 

Campari hosted the cast of Black Flies including Tye Sheridan (pictured here) and Jean-Stéphane Sauvaire with an evening that celebrated the success of the premiere at 76th Festival de Cannes.
Campari hosted the cast of Black Flies including Tye Sheridan (pictured here) and Jean-Stéphane Sauvaire with an evening that celebrated the success of the premiere at 76th Festival de Cannes.

 

 

Source: Campari
Keywords: Art Beverages Entertainment Film & Motion Picture Awards