MUNICH, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Forum Infrastruktur Data Inovatif (Forum IDI) 2023, yang berkisarkan tema "Aplikasi Baharu ∙ Data Baharu ∙ Kebingkasan Baharu," berlangsung pada 23 Mei di Munich, Jerman. Forum ini menghimpunkan pakar industri global dan rakan kongsi untuk meneroka masa depan infrastruktur digital menuju era yotabait (satu yotabait bersamaan dengan kuadrilion gigabait). Di forum tersebut, Huawei menyelidiki pelbagai topik yang berbeza seperti menerima ekosistem aplikasi baru muncul, mengendalikan sejumlah besar data tidak berstrukur dengan cekap dan meningkatkan kebingkasan data secara komprehensif bagi menyerlahkan nilai data ke arah evolusi industri storan data.
Huawei percaya storan data menghadapi perubahan besar dan peluang yang besar apabila transformasi digital menjadi semakin mendalam:
Pertama sekali, 56% perusahaan menggunakan aplikasi AI manakala 96% perusahaan merancang untuk membina aplikasi natif-awan bagi mengendalikan aplikasi data yang sentiasa berubah-ubah.
Kemudian, data berkembang dengan pesat. 80% daripada data baharu merupakan data tidak berstruktur dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) mencecah 38%.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kebingkasan data menghadapi cabaran yang berat. Perisian tebusan sentiasa berkembang dan jumlah serangan perisian tebusan meningkat pada kadar tahunan 98%. Apa yang membimbangkan, lebih 14% perusahan tidak berupaya untuk memulihkan data mereka selepas serangan perisian tebusan.
Data raya baru muncul dan aplikasi AI menimbulkan keperluan yang lebih tinggi pada pemprosesan selari data terpelbagai. Model kolaborasi antara storan data dan aplikasi data distrukturkan semula untuk mendepani paradigma data baharu. Aplikasi natif-awan menjadi semakin prevalen dalam pusat data perusahaan. Bagi menangani cabaran ini, storan bekas yang andal dan berprestasi tinggi akan menjadi satu keperluan.
Tatkala data tidak berstruktur digunakan untuk pengeluaran dan sistem pembuatan keputusan menjadi semakin panas lantaran akses waktu sebenar, lebar jalur baca/tulis dan kecekapan akses I/O storan skala-keluar perlu diperbaiki dengan ketara. Bagi memenuhi keperluan terhadap storan berkesan kos data massa tidak berstruktur, inovasi dalam perisian, perkakasan dan algoritma penting untuk storan skala-keluar. Di samping itu, dengan ledakan jumlah data, cabaran graviti data yang teruk timbul. Justeru itu, fabrik data pintar diperlukan untuk melaksanakan paparan data global dan penjadualan data disatukan merentas sistem, kawasan dan awan.
Ancaman kebingkasan data berkembang daripada bencana alam dan kerosakan fizikal kepada bencana faktor manusia seperti perisian tebusan. Maka, peralihan daripada respons reaktif kepada pertahanan proaktif adalah kritikal untuk memastikan kebingkasan data yang lebih tinggi. Lonjakan dalam kerentanan hari-sifar dan kerugian besar oleh data yang tidak dapat dipulihkan mendedahkan kekurangan dalam sistem kebingkasan data perusahaan semasa. Sistem sedemikian terdiri daripada rangkaian, aplikasi serta hos dan tidak lagi memadai untuk memenuhi keperluan kebingkasan data perusahaan yang terkini. Storan data menjadi barisan pertahanan terakhir untuk kebingkasan data, dengan lebih banyak ciri kebingkasan diintegrasikan ke dalam produk storan data, termasuk pengesanan perisian tebusan, penyulitan data, syot kilat yang selamat dan pemulihan data dalam Air Gap.
Dr. Zhou menyebut dalam ucapan beliau bahawa Huawei Data Storage menyediakan rangkaian produk dan penyelesaian yang luas untuk memenuhi keperluan pelanggan dan rakan kongsi kami yang berkembang. Storan Semua-Kilat OceanStor Dorado dan Storan Skala-Keluar OceanStor Pacific kesemuanya diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan 2023 dalam Gartner Peer InsightsTM.
Bagi melihat gambaran yang lebih besar terhadap industri storan data, jumlah penghantaran bagi vendor storan Berasaskan-Pengawal Luaran (ECB) lima terbaik dunia pada tahun 2022 adalah 3x lebih tinggi berbanding pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, angka ini adalah jauh lebih rendah daripada apa yang diperlukan untuk memenuhi kehendak global dalam era yotabait. Huawei meramalkan bahawa angka ini akan meningkat sepuluh kali ganda menjelang tahun 2032, melebihi 100 eksabait. Penyelesaian storan data bukan sahaja harus mengutamakan kapasiti dan prestasi, tetapi juga menggalakkan paradigma data baharu, fabrik data pintar dan kebingkasan data intrinsik bagi menyerlahkan potensi penuh data massa serta memperkasa pembangunan pesat industri storan data.