omniture

PEI-Genesis Mengumumkan Pembukaan Infrastrukur Pengeluaran Baharu

PEI-Genesis
2023-05-29 09:16 60

Infrastrukur Pengeluaran Baharu di Philadelphia, Pennsylvania, Menyediakan Penyambung D-Sub dengan Masa Pendulu Pantas kepada Pelanggan

PHILADELPHIA, 26 Mei 2023 /PRNewswire/ -- PEI-Genesis, peneraju global bagi reka bentuk dan pemasangan penyelesaian saling sambung direkayasa tersuai, mengumumkan pembukaan tapak infrastrukur pengeluaran baharu di Philadelphia, Pennsylvania. Kemudahan baharu ini akan menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap penyambung D-Subminiature, yang boleh dikatakan produk saling sambung yang paling serba guna dalam pasaran. Ia akan digunakan untuk memberi tambahan kepada kemudahan terbesar PEI di South Bend, Indiana bagi mengupayakan produk D-Sub bernilai tambah yang pantas kepada pelanggan di seluruh dunia.


"Dengan menyetempatkan keupayaan pembuatan PEI di serata dunia, kami dapat mendekatkan dengan pelanggan kami, membolehkan kami menyokong keperluan mereka dengan lebih cepat berbanding sebelum ini. Kemudahan baharu di Philadelphia ini akan menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap penyambung D-Subminiature," kata Steven Fisher, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PEI-Genesis.

"Dengan empat infrastruktur pengeluaran pemasangan di seluruh dunia, PEI boleh menghantar produk kepada pelanggan dalam beberapa hari. Kami akan kembali kepada model perkhidmatan 48-jam yang pelanggan kami harapkan daripada kami," kata Brad Thiel, Pengarah Operasi Global.

Ketika ini, produk D-Sub komersial ITT Cannon diperakui dan diluluskan untuk dijual kepada pelanggan. Dalam beberapa bulan akan datang, PEI-Genesis akan memperoleh pensijilan dan kelulusan produk Mil-Spec D-Sub ITT Cannon dan kemudahan itu akan menjadi kemudahan diperakui AS9100D. Lewat tahun ini, PEI-Genesis akan menyuai tugas pengeluar penyambung D-Sub lain yang terkemuka dalam industri, seperti Amphenol PCD and Positronic serta Cinch Connectivity Solutions, untuk mengembangkan dan meluaskan tawaran produknya.

Kemudahan D-Sub berkeluasan 16,000 kaki persegi itu disambungkan terus ke ibu pejabat PEI-Genesis dan membekalkan komponen penyambung ITT Cannon dan barang siap bernilai kira-kira $6 juta. Penambahan ini membawa peluang pekerjaan yang baharu ke kawasan Philadelphia, menyediakan peluang kerjaya kepada lebih 30 penduduk setempat. Pasukan kakitangan telah diupah dan dilatih untuk bekerja dalam persekitaran kerja pantas yang diperlukan untuk pengeluaran di bawah Mike Cordano, Pengurus Operasi.

"Kemudahan D-Sub kami dilengkapi sepenuhnya dengan kakitangan dan inventori, menjadikannya beroperasi sepenuhnya," kata Mike Cordano, Pengurus Operasi di Philadelphia.

Dalam seluruh industri ini, ramai pelanggan telah mengalami masa pendulu yang panjang untuk komponen elektronik sejak lapan belas bulan yang lalu. Dengan komitmen PEI-Genesis untuk menjadi pemasang terpantas di dunia, kemudahan baharu ini membolehkan pelanggannya menerima penyambung dipasang tersuai secara pantas dengan MOQ yang rendah hingga tiada MOQ. PEI terkenal kerana mengambil produk dengan masa pendulu panjang dan menjadikannya tersedia serta-merta dalam semua variasinya.

Untuk melayari tawaran produk penyambung D-Sub PEI-Genesis, sila klik di sini.

Latar Belakang PEI-Genesis

PEI-Genesis ialah salah satu pemasang penyelesaian saling sambung yang terpantas di dunia. Daripada inventori komponen penyambung terbesar di dunia, ia membangunkan penyelesaian direkayasa yang menyokong sektor ketenteraan, perindustrian, perubatan, aeroangkasa, pengangkutan dan tenaga di seluruh dunia. Beribu pejabat di Philadelphia, Pennsylvania, PEI-Genesis memiliki kemudahan pengeluaran di Philadelphia, Pennsylvania; South Bend, Indiana; Southampton, UK; dan Zhuhai, China, serta pejabat jualan di seluruh benua Amerika, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh ditemui di www.peigenesis.com.

Hubungan Media:

Michelle Gaykowski
215.737.1175
Michelle.Gaykowski@peigenesis.com

Laman Sesawanghttp://www.peigenesis.com
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/pei-genesis/
Twitter: https://twitter.com/PEIGenesis
Facebook: https://www.facebook.com/PEIGenesis
Blog: https://blog.peigenesis.com/

Source: PEI-Genesis
Keywords: Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services