omniture

Memanfaatkan Sepenuhnya Setiap Sinar | Huawei Lancar Strategi FusionSolar dan Produk Baharu di SNEC 2023

Huawei
2023-05-29 10:30 111

SHANGHAI, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan strategi FusionSolar serba baharunya dan penyelesaian PV Pintar+Sistem Storan Tenaga (ESS) semua senario di Ekspo Kuasa PV SNEC ke-16 di Shanghai. Tawaran ini menunjukkan komitmen Huawei untuk memacu transformasi global ke arah keneutralan karbon.


Dalam ucaptama beliau, Hou Jinlong, Presiden Huawei Digital Power, menekankan transformasi tenaga yang dipercepatkan daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh baharu, dipacu oleh keneutralan karbon, kebebasan tenaga dan nilai perniagaan. Dengan kerjasama bersama rakan-rakan kongsi, Huawei Digital Power mengintegrasikan teknologi digital dan elektronik kuasa serta data dan aliran tenaga untuk menyampaikan produk dan penyelesaian karbon rendah semua senario kepada pelanggan di seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk membina infrastruktur sistem kuasa inovatif yang memajukan industri PV dan ESS.

Mendedahkan Strategi FusionSolar Generasi-seterusnya

Chen Guoguang, Presiden Perniagaan PV Pintar di Huawei Digital Power, mendedahkan strategi FusionSolar serba baharu. Strategi itu memfokuskan kepada penumpuan teknologi 4T (Watt/Bit/Haba/Bateri), mewujudkan piawaian industri berkualiti tinggi bersama rakan kongsi dan meningkatkan enam sistem rakan kongsi ekosistemnya. Chen juga mempersembahkan penyelesaian PV Pintar+ESS Huawei semua senario yang berorientasikan masa depan.

Dalam senario loji berskala utiliti, Huawei telah menetapkan trend global penyongsang rentetan pintar sepanjang dekad yang lalu. Melangkah ke hadapan, syarikat ini akan membangunkan penyongsang pembentukan-grid pintar yang mengintegrasikan PV+ESS+Grid+Sistem Pengurusan bagi menjadikan PV sebagai sumber tenaga utama. Perkongsian Huawei dengan China Resources Power di Qinghai, China menjurus kepada aplikasi penyongsang pembentukan-grid pintar yang pertama di dunia, meletakkan asas untuk piawaian industri masa depan. Tambahan pula, Huawei membantu ACWA Power dan Power Construction Corporation of China membangunkan projek mikro-grid PV+ESS yang terbesar di dunia di Arab Saudi, membekalkan kuasa elektrik bersih kepada sebuah bandar dengan kira-kira 1 juta orang penduduk.

Dalam senario komersial dan perindustrian (C&I), Huawei menggalakkan inovasi teknologi untuk menetapkan keselamatan yang aktif sebagai satu standard, lalu membantu pelanggan mengurangkan emisi karbon. Dalam dekad yang akan datang, penyelesaian "Pengoptimum+PV+ESS+Pengecas+Beban+Sistem Pengurusan" Huawei satu saiz padan semua akan memperkasa kampus dan kilang untuk mencapai 100% kecukupan kendiri tenaga.

Dalam senario kediaman pula, Huawei menyasarkan untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga rumah melalui teknologi penting seperti sandaran kuasa luar-grid, penjadualan tenaga rumah pintar oleh AI Energy Management Assistant (EMMA) dengan saling sambungan loji kuasa maya (VPP). Usaha ini akan mengupayakan kebebasan kuasa dan kecukupan kendiri untuk rumah.

Melancarkan Produk FusionSolar Baharu untuk Semua Senario

Zheng Yue, Presiden Perniagaan PV Pintar Utiliti, Huawei Digital Power, memperkenalkan penyelesaian PV Pintar&ESS FusionSolar, menyampaikan pembentukan grid, kos elektrik teraras (LCOE) rendah, keandalan tinggi dan pendigitalan komprehensif.

Penyelesaian PV Pintar&ESS Huawei berfungsi baik dalam senario pada-grid dan luar-grid, menawarkan 40% kapasiti kuasa boleh baharu yang lebih tinggi dan 30% LCOE lebih rendah berbanding penyelesaian konvensional. Reka bentuk keselamatan berbilang peringkat 5+4 memastikan perlindungan yang komprehensif daripada PV ke ESS, meliputi komponen hingga sistem dan menyediakan keselamatan siber yang mantap. Pendigitalannya yang komprehensif mengupayakan penderiaan hujung-ke-hujung bagi setiap komponen dalam loji janakuasa.

Zhong Mingming, Presiden Perniagaan PV Pintar C&I, Huawei Digital Power, melancarkan Penyelesaian Pengoptimum+PV+ESS+Pengecas+Sistem Pengurusan C&I 2.0. Penyelesaian tersebut, menggabungkan pengoptimum, penyongsang rentetan solar, ESS, pengecas dan perkhidmatan pengurusan, menampilkan hasil tenaga pintar, penggunaan kuasa pintar, jaminan keandalan pintar, O&M pintar dan keselamatan yang aktif. Ia mengurangkan kos penggunaan kuasa pelanggan melalui teknologi pintar dalam hasil tenaga, penggunaan kuasa, jaminan keandalan serta O&M. Penyelesaian tersebut turut menjamin keselamatan yang aktif pada peringkat peranti, aset dan peribadi.

Zhou Tao, Presiden Perniagaan PV Pintar Kediaman, Huawei Digital Power, melancarkan Penyelesaian PV Pintar Kediaman 4.0. 1+4+X Pengoptimum+PV+ESS+Pengecas+Sistem Pengurusan ini menawarkan kecukupan kendiri elektrik, pengalaman kawalan pintar serta keselamatan aktif. Ia meningkatkan penggunaan atas bumbung sebanyak 10%–30%, hasil tenaga atas bumbung sehingga 35% dan penggunaan kendiri tenaga sebanyak 10%. Mengintegrasikan Penyelesaian PV Pintar Kediaman dengan Rumah Pintar Semua-dalam-Satu Huawei menyediakan pandangan waktu sebenar dan kawalan data tenaga holistik, seterusnya memacu kecukupan kendiri elektrik rumah. Penyelesaian tersebut turut mengutamakan keselamatan aktif, dengan kelajuan respons dipertingkat dan melindungi prestasi pada peringkat komponen dan sistem.

Setakat Mac 2023, Huawei Digital Power telah membantu pelanggan global menjana 769.5 bilion kWj kuasa elektrik hijau, mengekang 350 juta tan emisi karbon — bersamaan dengan menanam 480 juta batang pokok. Huawei berdedikasi untuk berkolaborasi dengan pelanggan dan rakan kongsi bagi mempromosikan PV hijau sebagai sumber tenaga utama untuk setiap rumah dan perniagaan, seterusnya memupuk pembangunan industri yang sejahtera dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau.

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Telecommunications Utilities New products/services Trade show news