omniture

ZTE keluarkan Laporan Kemampanan 2022

ZTE Corporation
2023-05-29 12:32 119
  • ZTE berdedikasi untuk membentuk masa depan mampan melalui inovasi digital.
  • Laporan menunjukkan pencapaian cemerlang dan rancangan masa depan ZTE dalam melaksanakan strategi "Pemacu Ekonomi Digital", memenuhi tanggungjawab sosial korporat.

SHENZHEN, China, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia terkemuka global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, telahpun mengeluarkan Laporan Kemampanan Tahunan 2022 yang amat dinanti-nantikan. Laporan yang komprehensif ini menunjukkan pencapaian cemerlang dan rancangan masa depan ZTE dalam melaksanakan strategi "Pemacu Ekonomi Digital", memenuhi tanggungjawab sosial korporat, menyokong transformasi digital masyarakat, menyokong pembangunan mampan, menyumbang kepada komuniti global dan memajukan tadbir urus korporat. Menunjukkan komitmennya kepada ketelusan dan kebertanggungjawapan, ZTE denga sukarela menerbitkan laporan kemampanannya untuk orang ramai setiap tahun sejak tahun 2009, mengekalkan rekod selama lima belas tahun berturut-turut yang mengagumkan.

ZTE mengeluarkan Laporan Kemampanan 2022
ZTE mengeluarkan Laporan Kemampanan 2022

Memperdalam inovasi teknologi untuk memudahkan pembangunan ekonomi digital global yang berkualiti tinggi

Pada tahun 2022, landskap politik dan ekonomi global kekal rumit, dicirikan oleh pelbagai tekanan, cabaran dan ketidaktentuan. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah keadaan ini, pendigitan telah muncul sebagai elemen penting. Mengiktiraf kepentingan era digital ini, ZTE memfokuskan untuk meningkatkan lagi keupayaan inovasi teknologinya. Dengan memanfaatkan kepakarannya, ZTE komited untuk menyokong transformasi digital global melalui pembangunan dan penyampaian produk dan penyelesaian teknologi ICT yang inovatif.

Xu Ziyang, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ZTE, menekankan dalam laporan, "ZTE akan berpegang pada peranannya sebagai pemacu ekonomi digital dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan sambil menangani cabaran yang paling sukar. Dengan keazaman yang lebih tinggi, kami akan berganding bahu dengan rakan-rakan industri dalam seluruh industri ini untuk melakukan sesuatu yang inovatif dan akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi dan menjadikan planet sebagai tempat yang lebih baik untuk semua."

Laporan itu menonjolkan komitmen ZTE terhadap inovasi bebas dan fokusnya pada kemajuan teknologi. Menjelang akhir tahun 2022, ZTE mengumpul lebih 85,000 permohonan paten global dengan kira-kira 43,000 paten diberi kebenaran selama bertahun-tahun. Laporan yang diterbitkan oleh JLL, syarikat pengurusan pelaburan global, mengiktiraf ZTE sebagai pengusaha utama bagi penggunaan paten global dan Syarikat ini terlibat secara aktif dalam usaha penyelesaian dan pemiawaian unutk teknologi 5G pada skala global.

Sebagai peneraju dalam revolusi digital, ZTE kekal komited untuk memacu kemajuan dan memperkasa pelbagai industri, memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem digital baharu. Pada tahun 2022, ZTE menjalin perkongsian dengan lebih 500 syarikat merentas 15 industri, termasuk pembuatan perindustrian, metalurgi dan keluli, perlombongan, kuasa, pengangkutan serta perusahaan besar. Melalui pelaksanaan penyelesaian yang inovatif, ZTE memudahkan lebih seratus inisiatif transformasi digital, menjurus kepada kejayaan pembangunan beberapa projek utama. Usaha ini mempercepatkan transformasi digital keseluruhan dan kemajuan masyarakat dengan ketara.

Mengamalkan strategi rendah karbon dengan aktif demi masa depan lestari

ZTE benar-benar komited terhadap konsep pembangunan hijau dan mengambil bahagian secara aktif dalam peralihan global kepada ekonomi ternyahkarbon. Ia berusaha untuk memperkasa pelbagai industri dengan langkah-langkah penjimatan tenaga dan pengurangan emisi, membantu mereka menerima laluan pembangunan hijau dengan pantas. Syarikat ini bermatlamat untuk melangkah ke arah masa depan mampan dengan pendekatan hijau dan rendah karbon.

Dalam laporan tersebut, Xie Junshi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ZTE menyatakan, "Dengan berpegang kepada strategi karbon-rendah, ZTE terus melangkah ke hadapan melalui laluan hijau menuju ekonomi digital. Dengan sasaran keneutralan karbon kami yang mantap, kami telah menubuhkan sebuah pasukan peringkat korporat dan memajukan sepuluh inisiatif pengurangan karbon utama secara sistematik."

ZTE membuka Digital Economy Boulevards melalui empat dimensi penting: operasi korporat hijau, rantaian bekalan hijau, infrastruktur digital hijau dan pemerkasaan industri hijau. Syarikat ini terus memantapkan usahanya dalam penjimatan tenaga dan pengurangan emisi melalui pengeluaran dan operasi, membolehkan operator mewujudkan rangkaian hijau dan rendah karbon yang komprehensif.

Pada tahun 2022, sambil mengekalkan pertumbuhah hasil, ZTE Corporation mencapai penurunan 7.48% berbanding tahun sebelumnya dalam emisi gas rumah hijau (Skop 1&2&3). Syarikat ini turut mencapai pengurangan lebih 14% dalam penggunaan tenaga seunit produk yang dijual dan penurunan 4.9% dalam emisi keseluruhan daripada produk yang dijual dan digunakan, ZTE melaksanakan inisiatif seperti "5G-kepada-Penghasilan 5G" dan kilang-kilang gelap untuk menghasilkan produknya, menghasilkan 9.3% pengurangan dalam emisi karbon dioksida setiap unit untuk produk 5G yang dikilangkan dan penurunan lebih 7.13% dalam penggunaan elektrik berbanding tahun sebelumnya.

Di samping itu, ZTE membangunkan penyelesaian tenaga digital seperti awan tenaga AI, penjanaan kuasa hijau dan storan tenaga pintar dengan aktif untuk mempercepatkan perjalanan menuju keneutralan karbon. Melalui kolaborasi dengan lebih daripada 500 rakan kongsi industri, ZTE meneroka pemerkasaan teknologi untuk penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan peningkatan kecekapan operasi, memudahkan transformasi digital yang dipercepatkan merentas pelbagai sektor.

Sebagai penyedia infrastruktur, ZTE sentiasa berusaha dengan aktif untuk menyumbang kepada penambaikan aspek-aspek sosial dan alam sekitar. Pada tahun 2022, ZTE menerima penarafan "A-" daripada organisasi penyelidikan maklumat alam sekitar global, Projek Pendedahan Karbon (CDP) atas prestasinya yang cemerlang dalam perubahan iklim. ZTE turut dianugerahkan "Anugerah Kepimpinan Alam Sekitar" CDP China 2022 bagi mengiktiraf pencapaiannya. Di samping itu, pada tahun 2022, Syarikat ini menerima Kenyataan Pengesahan Gas Rumah Hijau ISO 14604-1:2018 daripada SGS, menjadi salah satu syarikat pertama dalam industri telekomunikasi Cina yang mengguna pakai dan melaksanakan piawaian ini.

Pada 24 Mei, ZTE mengumumkan penyertaannya dalam "Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains" (SBTi) dan mengadakan majlis penandatanganan komitmen. Selaras dengan garis panduan inisiatif ini, ZTE akan mewujudkan sasaran pengurangan emisi berasaskan sains dalam jangka masa terdekat dan berusaha untuk mencapai emisi sifar-bersih jangka panjang. Sepanjang tempoh 5-10 tahun, ZTE menyasarkan untuk mencapai pengurangan ketara dalam emisi gas rumah hijau selaras dengan laluan had kenaikan suhu 1.5°C dan akhirnya mencapai emisi sifar bersih selewat-lewatnya menjelang tahun 2050.

Sebagai penyokong pembangunan hijau, ZTE mempromosikan inisiatif penjimatan tenaga dan pengurangan emisi dengan aktif. Memanfaatkan kepakaran dan kelebihan teknologi ICT canggihnya, Syarikat ini berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi sealiran untuk melaksanakan inisiatif hijau dan rendah karbon. Melalui usaha ini, ZTE menyasarkan untuk memacu seluruh rantaian industri ke arah mencapai sasaran keneutralan karbon dan menyumbang kepada masa depan lestari.

Menerima keterbukaan dan ketelusan, memperkasa pertumbuhan rakan kongsi ekosistem bersama-sama

ZTE telahpun komited untuk menyediakan produk dan penyelesaian yang terjamin dan boleh dipercayai untuk industri dan pelanggan. Ia terus menanda aras piawaian sekuriti industri dan berusaha mendapatkan pengiktirafan luar serta kepercayaan melalui pendekatan yang terbuka dan telus. Ia menjadi syarikat pertama di seluruh dunia yang memperoleh pensijilan sekuriti NESAS CCS-GI German Federal Office for Information Security (BSI). ZTE turut menerima pensijilan dan audit untuk pelbagai sistem pengurusan, termasuk ISO 9001, TL 9000, QC 080000, ESD, ISO 45001, ISO 14001 dan ISO 22301. Pensijilan berkenaan meliputi pelbagai pusat penyelidikan dan pembangunan utama serta pangkalan pembuatan, dengan skop produk mencakupi seluruh kategori produk utama Syarikat ini.

Di samping itu, ZTE berdedikasi untuk meningkatkan pengurusan tanggungjawab pembekal dan melaksanakan amalan perolehan yang bertanggungjawab. Melalui pensijilan CSR pembekal, penilaian risiko, audit di lapangan dan latihan pembinaan kapasiti, Syarikat ini menggalakkan pembekal untuk mewujudkan dan mengendalikan sistem pengurusan CSR dengan berkesan. Pada tahun 2022, selaras dengan strategi keneutralan karbon keseluruhan Syarikat, ZTE memulakan audit dwikarbon untuk pembekal, menjalankan audit untuk 109 pembekal dan berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi pembekal untuk memupuk pertumbuhan dan pembangunan bersama.

Mempelopori teknologi demi kebaikan masyarakat, memenuhi tanggungjawab sosial korporat

Sebagai sebuah perusahaan global, ZTE telah lama mendukung prinsip pembangunan mampan dan memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya dengan aktif, menyebarkan kasih sayang dan tanggungjawab merentas pelbagai negara di seluruh dunia. Ia telah membantu orang ramai di seluruh dunia mencapai pembangunan mampan, menunjukkan komitmen dan dedikasinya sebagai sebuah perbadanan multinasional.

Sejak penubuhannya, ZTE Foundation telah melaksanakan lebih 157 projek dermawan dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pembasmian kemiskinan dan banyak lagi, memberi manfaat kepada lebih 100,000 orang. Menjelang akhir tahun 2022, sejumlah 8,063 sukarelawan pekerja berdaftar telah menyumbang 19,746.5 jam perkhidmatan sukarela. Selama enam tahun berturut-turut, ZTE Foundation mendapat skor sempurna dalam China Foundation Transparency Index (FTI). Di samping itu, ia telah diberi penghormatan dengan anugerah seperti "Pertubuhan Dermawan 10 Terbaik" dan "Projek Inovatif 10 Terbaik" oleh program Touching Shenzhen Care Action, mengiktiraf sumbangan luar biasanya kepada komuniti ini.

Melangkah ke hadapan, ZTE akan tetap komited untuk mempromosikan konsep pembangunan mampan seluruh dunia, mencapai kewujudan bersama yang harmoni bersama masyarakat, persekitaran dan pihak berkepentingan. Dengan mendorong kolaborasi bersama rakan kongsi saya, ZTE akan meninjau peluang baharu dengan aktif dan membuka jalan ke arah masa depan mampan. Melalui inovasi digital, Syarikat ini menyasarkan untuk memacu pertumbuhan yang inklusif serta menaikkan semangat, akhirnya mencipta dunia yang lebih cerah dan lebih mampan.

Untuk versi penuh Laporan Kemampanan 2022 ZTE, sila muat turun melalui pautan.
Untuk sorotan lanjut tentang Laporan Kemampanan 2022 ZTE, sila semak melalui pautan.

LATAR BELAKANG ZTE:

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya mencakupi semua siri perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, talian dawai, peranti dan profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih seperempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana. ZTE disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:

Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube https://www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research Financial Technology