omniture

Venture Global Mengumumkan Penutupan Nota Bercagar Senior bernilai USD4,500,000,000

Venture Global LNG
2023-05-29 14:02

ARLINGTON, Virginia, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. ("Venture Global") hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup tawaran sulungnya bagi nota bercagar senior dengan amaun prinsipal bernilai USD4,500 juta yang telah dikeluarkan dalam dua siri: (i) satu siri nota bercagar senior pada kadar 8.125% yang mencapai tempoh matang pada tahun 2028 dengan amaun prinsipal agregat bernilai USD2,250 juta ("Nota 2028") dan (ii) satu siri nota bercagar senior pada kadar 8.375% yang mencapai tempoh matang pada tahun 2031 dengan amaun prinsipal agregat bernilai USD2,250 juta ("Nota 2031" dan digabungkan dengan Nota 2028, disebut sebagai "Nota"). Nota 2028 akan mencapai tempoh matang pada 1 Jun 2028, manakala Nota 2031 akan mencapai tempoh matang pada 1 Jun 2031. Nota ini telah dikeluarkan pada nilai tara. Amaun prinsipal agregat bagi Nota yang dikeluarkan ini mewakili peningkatan sebanyak USD1,000 juta daripada jumlah permulaan yang ditawarkan sebanyak USD3,500 juta.

Venture Global berhasrat untuk menggunakan hasil bersih daripada tawaran ini (i) ini untuk membuat prabayar sepenuhnya, ke atas kemudahan kredit lien bercagar senior pertamanya yang sedia ada, (ii) untuk membayar yuran dan perbelanjaan yang berkaitan dengan tawaran ini dan (iii) untuk tujuan korporat am. Nota ini dijamin secara pari passu oleh kepentingan keselamatan keutamaan pertama dalam sebahagian besar daripada semua aset Venture Global yang sedia ada dan di masa hadapan serta penjamin masa hadapan, jika ada, yang tertakluk kepada pengecualian lazim.

Nota ini tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti") atau undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa lain, dan Nota ini tidak akan ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran di bawah Akta Sekuriti atau pengecualian yang terpakai daripada syarat-syarat pendaftaran Akta Sekuriti. Siaran akhbar ini tidak membentuk suatu tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli Nota ini dan tidak akan ada jualan sekuriti ini di mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan atau penjualan sekuriti ini menjadi tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan mengikut undang-undang sekuriti mana-mana bidang kuasa tersebut.

Tentang Venture Global 

Venture Global ialah sebuah syarikat pembekal LNG A.S. jangka panjang berkos rendah yang diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan pertama Venture Global iaitu Calcasieu Pass, memulakan pengeluaran LNG pada bulan Januari 2022. Syarikat ini juga sedang membina atau membangunkan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 60 MTPA di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dan berpatutan kepada dunia. Syarikat ini sedang membangunkan projek Pemerangkapan dan Sekuestrasi Karbon (CCS) di setiap kemudahan LNG miliknya.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan tertentu yang mungkin merangkumi "pernyataan berpandangan ke hadapan" Semua pernyataan selain daripada pernyataan keadaan atau fakta sejarah dan semasa yang disertakan di sini ialah "pernyataan berpandangan ke hadapan." Termasuk dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" ini antara lainnya ialah pernyataan tentang strategi, rancangan dan objektif perniagaan Venture Global serta penggunaan perolehan daripada tawaran tersebut. Venture Global percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" ini adalah munasabah, ia sememangnya tidak menentu dan melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang berada di luar kawalan Venture Global. Selain itu, andaian yang dibuat mungkin terbukti tidak tepat. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dijangkakan atau tersirat dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" disebabkan oleh pelbagai faktor. "Pernyataan berpandangan ke hadapan" ini hanya benar pada tarikh ia dibuat dan selain daripada yang dikehendaki oleh undang-undang, Venture Global tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana "pernyataan berpandangan ke hadapan" atau memberikan sebab-sebab mengapa keputusan sebenar mungkin berbeza, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2031724/venture_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Venture Global LNG
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Offerings