omniture

Acara-acara Pusat Dagangan Dunia Dubai mendorong ekonomi Dubai pada tahun 2022; Menjana jumlah hasil pengeluaran ekonomi tambahan sebanyak $3.55 bilion

Dubai World Trade Centre
2023-05-30 23:57 0

DUBAI, UAE, 30 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai pendorong utama pertumbuhan sektor Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) dan pengendali terbesar di seluruh rantau Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan (MENASA), kalendar acara Pusat Dagangan Dunia Dubai (DWTC) kekal sebagai pemangkin ekonomi Emiriah Arab Bersatu - yang menjana pulangan tinggi yang mampan bagi industri yang berkaitan dengan ekosistem MICE. 63 acara berskala besar yang diadakan di DWTC telah menerima kedatangan hampir 1.2 juta peserta dengan 40% daripadanya adalah peserta antarabangsa – peningkatan sebanyak 49% tahun ke tahun (YOY) yang mengagumkan dalam penyertaan warga asing menekankan penerajuan Dubai sebagai sebuah hab acara mega global.

MICE Events at Dubai World Trade Centre fuel Dubai’s GDP, driving AED 13Bn in economic output during 2022
MICE Events at Dubai World Trade Centre fuel Dubai’s GDP, driving AED 13Bn in economic output during 2022

"Dubai terus menarik perniagaan dan bakat dari seluruh dunia, di mana DWTC menyediakan platform kesalinghubungan yang berkesan untuk menjalin kerjasama, mempercepat inovasi dan mempamerkan produk dan perkhidmatan generasi seterusnya ke pasaran yang meluas. Kesan berterusan daripada acara bersemuka ini merupakan penunjuk yang jelas tentang peranan industri MICE dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan mencapai pulangan pelaburan untuk semua pihak berkepentingan," kata T.Y.T Helal Saeed Almarri, Ketua Pengarah Pihak BerkuasaDWTC.

Menurut Laporan Penilaian Kesan Ekonomi 2022 DWTC yang diterbitkan hari ini, 63 acara berskala besar DWTC (>2,000 hadirin) telah meningkat sebanyak 26% YOY. Jumlah hasil pengeluaran ekonomi langsung di seluruh perkhidmatan perniagaan MICE dan sektor yang berkaitan telah meningkat lebih dua kali ganda YOY (108%) untuk mencapai $2.55 bilion. Ini mengukuhkan lagi penerajuan DWTC di peringkat global sebagai pendorong pendapatan tambahan yang konsisten yang memberi manfaat kepada sektor ekonomi penting yang lain.

Acara-acara DWTC telah menyokong lebih 48,000 peluang pekerjaan, yang mewakili peningkatan sebanyak 110% YOY serta menghasilkan peningkatan pendapatan isi rumah boleh guna sebanyak $651 juta.

Portfolio acara DWTC yang mantap merangkumi vertikal utama agenda ekonomi Dubai dalam bidang Penjagaan Kesihatan, Perubatan dan Saintifik; Teknologi Maklumat (IT); serta Makanan, Hotel dan Katering yang muncul sebagai tiga sektor teratas. Sektor-sektor ini telah menyumbang nilai tambah kasar (GVA) sebanyak 57% ($1.16 bilion) kepada ekonomi Dubai. Gabungan kehadiran bagi acara ini mewakili 46% (535,000) daripada jumlah kehadiran acara berskala besar.

Acara tahunan yang termasuk GITEX Global dan Gulfood telah menjana hasil pengeluaran ekonomi sebanyak $3.55 bilion, di mana $2.03 bilion daripadanya kekal dirangkum dalam KDNK Dubai.

"Tahun 2022 merupakan tahun kejayaan yang penting bagi MICE global, malah keupayaan Dubai untuk terus mengekalkan rentak pertumbuhannya dalam sektor ini yang telah melalui suatu tempoh transformatif yang mempamerkan kebangkitan semula pasca pandemik, menjadi bukti keupayaan kami untuk memberikan nilai yang mampan kepada peserta perniagaan," simpul Tuan Yang Terutama Almarri.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi prteam@acornstrategy.com, +971 56 588 5578 

KIT AKHBAR 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2087633/DWTC.jpg?p=medium600

 

 

Source: Dubai World Trade Centre
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research