omniture

Unisense FertiliTech A/S Memperluas Portfolio Paten

Unisense FertiliTech A/S
2014-04-10 20:38 125

AARHUS, Denmark, 9 April 2014 /PRNewswire/ -- Unisense FertiliTech A/S mengumumkan syarikat itu telah berjaya mendapat hak paten AS untuk aspek reka bentuk piring kultur EmbryoSlide® mereka. Piring itu digunakan selaras dengan sistem selang masa EmbryoScope™ bagi kultur optimum embrio manusia semasa persenyawaan in vitro. Paten reka bentuk yang mirip juga telah diberikan di Eropah, Jepun, dan India serta dijangka akan diberikan di China, Brazil, dan juga Israel.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130704/626274)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140410/680110)

Semasa persenyawaan in vitro, embrio akan dikeluarkan secara berkala daripada inkubator bagi menilai kualiti embrio dan turut memeringkatkan embrio dengan potensi tertinggi untuk menghasilkan bayi. Sistem selang masa EmbryoScope™ menggabungkan inkubator yang sangat stabil dengan sistem mikroskop dan pengimejan bersepadu. Sistem itu akan mengenal pasti dan fokus secara automatik terhadap embrio yang diletakkan di dalam piring kultur EmbryoSlide®, lalu mendapatkan imej dalam berbilang satah fokus bagi mencipta rakaman selang masa pembentukan embrio. Rakaman ini digunakan oleh pakar perubatan bagi menentukan embrio yang paling sesuai untuk dipindahkan.

Imej berkualiti tinggi adalah sangat penting bagi analisis selang masa yang tepat bagi memastikan kejadian pembahagian sel dan kejadian morfologi lain boleh diperhatikan. Perkara penting bagi mendapatkan imej berkualiti ialah keperluan untuk menyimpan embrio di dalam ruang yang terbatas bagi membenarkan pengimejan yang optimum. Reka bentuk perigi kultur yang tersendiri membenarkan embrio ditumbuhkan di dalam ruang yang ditetapkan tanpa kemungkinan embrio terhanyut ke perigi berhampiran. Setiap perigi direka dengan khusus bagi mengelakkan pemindahan embrio salah secara tidak sengaja. Akhirnya, reka bentuk itu mengoptimumkan kestabilan suhu apabila piring kultur itu diletakkan di dalam lelengan pemanasan yang direka bentuk secara tepat. Semua ciri tersendiri ini dilindungi paten di Eropah, AS, Jepun serta China.

Mai Faurschou, Pengurus Paten Unisense FertiliTech, menyatakan "paten reka bentuk ini ialah penambahan yang dialu-alukan ke dalam portfolio IP kami, yang memastikan kami dapat mengekalkan kelebihan sebagai peneraju daripada segi pemerolehan imej, pengendalian embrio dan juga penilaian embrio."

Unisense FertiliTech terus mengembangkan hak harta inteleknya untuk kaedah dan ciptaan yang dibangunkan bagi menambah baik amalan klinikal dalam pembiakan berbantu. Vagn Rasmussen, Ketua Pegawai Komersil menyatakan "Portfolio paten aktif kami mewakili program pembangunan berterusan syarikat kami yang menumpukan usaha terhadap membawakan teknologi baharu yang inovatif kepada klinik seluruh dunia."

Latar belakang Unisense FertiliTech A/S 
Unisense FertiliTech A/S telah ditubuhkan pada tahun 2003 di Aarhus, Denmark, sebagai syarikat subsidiari Unisense A/S, bagi membangunkan teknologi untuk menambah baik kultur dan penilaian embrio manusia dalam pembiakan berbantu. Syarikat itu telah membangunkan dan turut menghasilkan sistem selang masa EmbryoScope™ yang telah digunakan untuk lebih 135,000 rawatan pesakit di lebih 40 negara seluruh dunia. Sistem selang masa EmbryoScope™ memegang Tanda CE sebagai peranti perubatan Kelas II di Eropah, dan merupakan satu-satunya sistem selang masa persenyawaan in vitro yang mendapat kelulusan FDA 510K bagi penggunaan klinikal di AS.

Maklumat perhubungan:
Mai Faurschou, Pengurus paten - mfi@fertilitech.com 
Francesca Bahr, Pengurus pemasaran - fab@fertilitech.com

SUMBER  Unisense FertiliTech A/S

Source: Unisense FertiliTech A/S
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Patent Law