BANGALORE, India, 1 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Valtrix Systems, penyedia produk pengesahan reka bentuk RISC-V untuk pembinaan CPU yang berfungsi dengan betul dan pelaksanaan sistem pada cip yang terkemuka dalam industri, hari ini mengumumkan bahawa UltraRISC, penyedia terkemuka bagi pemproses berbilang teras dan IP RISC-V berprestasi tinggi yang beribu pejabat di Shanghai, telah melesenkan STING untuk pengesahan reka bentuk pelaksanaan Pusat Operasi Keselamatan (SoC) RISC-V miliknya.
STING, penjana rangsangan ujian dipacu perisian daripada Valtrix, mampu mewujudkan program mudah alih yang betul dari segi seni bina dan swasemak yang boleh diaktifkan pada simulasi, emulasi, FPGA dan silikon.
Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Teknologi UltraRISC, Dr. Jiang Jiang berkata, "Syarikat kami melaksanakan pengesahan secara terperinci untuk memastikan bahawa pemproses kami direka bentuk dengan baik dan disahkan dengan teliti. Alat STING Valtrix telah memberi sumbangan yang besar kepada usaha-usaha pengesahan teras pemproses UR-A1 UltraRISC kami, khususnya sambungan hipervisor untuk pemayaan perkakasan. Keupayaan menjalankan ujian pada seluruh simulasi dan emulasi menjadikannya pilihan yang ideal untuk strategi DV kami."
"Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan UltraRISC sebagai rakan kongsi utama dalam mendayakan STING untuk pengesahan SoC bagi pelaksanaan RISC-V mereka yang canggih pada platform emulasi perkakasan," kata Shubhodeep Roy Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif Valtrix. "FPGA dan pasca silikon yang melengkapkan kitaran yang dijalankan pada simulasi dengan ujian emulasi, adalah penting untuk memastikan bahawa reka bentuk CPU dan SoC patuh dan bebas daripada ralat fungsi. Keupayaan penjanaan rangsangan mudah alih STING membolehkan pengguna menjalankan ujian dalam mana-mana persekitaran peranti yang sedang diuji, sekali gus meningkatkan penggunaan semula dan kecekapan pengesahan," tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut tentang teknologi dan produk pengesahan reka bentuk Valtrix, sila layari https://www.valtrix.in
Tentang Alat Pengesahan Reka Bentuk STING Valtrix
STING ialah produk utama Valtrix yang merupakan suatu alat pengesahan reka bentuk yang disokong secara komersial untuk pelaksanaan berasaskan RISC-V. Ia boleh dikonfigurasi untuk menghasilkan program logam kosong mudah alih yang mengandungi rangsangan ujian swasemak yang betul dari segi seni bina yang kemudiannya dapat diaktifkan melalui simulasi, prototaip FPGA, emulasi atau silikon.
Tentang UltraRISC
Beribu pejabat di Shanghai, China, UltraRISC membangunkan pemproses berbilang teras dan IP RISV-V yang pintar, cekap kuasa dan berprestasi tinggi serta dikhususkan untuk meningkatkan ekosistem RISC-V global. Syarikat ini mempunyai tiga barisan tawaran IP (UR-A, UR-AE dan UR-E) dalam keluarga pemproses terasnya dan satu barisan daripada pemproses berbilang teras yang berasaskan teras UR-A dalam keluarga SoC-nya. Tawaran ini direka untuk merangkum senario pengkomputeran utama, termasuk namun tidak terhad kepada pengkomputeran pinggir, komputer meja, pelayan, awan dan kes penggunaan pemanduan kendiri.