omniture

Majalah Digital Baharu daripada RS Components Menyampaikan Berita Terkini tentang Automasi dan Kawalan

RS Components
2014-04-11 11:00 105

Majalah DesignSpark Automation & Control menyampaikan berita industri dan produk terkini kepada para pembina mesin dan panel dalam pelbagai format: suapan berita juga boleh didapati melalui aplikasi mudah alih yang percuma

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 April 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah melancarkan edisi pertama majalah DesignSpark Automation & Control, penerbitan digital baharu yang disasarkan kepada para pembina mesin dan panel.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)

Majalah yang diterbitkan dalam format penyelak halaman iPad, Android, Kindle serta PDF itu melaporkan perkembangan terkini dalam sektor automasi dan kawalan, termasuk produk dan teknologi baharu, serta memberi panduan kepada para pembaca untuk mendapatkan sumber dalam talian percuma yang menjimatkan masa daripada RS seperti perisian rekaan 3D Mekanikal DesignSpark dan pustaka model 3D syarikat itu. Inilah terbitan pertama seumpamanya yang menawarkan perkhidmatan berita digital percuma dalam pelbagai bahasa kepada komuniti pembina mesin dan panel, kerana diterbitkan dalam empat bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan juga Bahasa Cina Mudah).

Sejajar dengan pelancaran majalah itu, aplikasi mudah alih baharu yang boleh dimuat turun secara percuma dan memberikan pemberitahuan berita tetap terus kepada telefon pintar dan peranti mudah alih lain telah diperkenalkan, dan kini boleh didapati daripada kedai aplikasi dalam talian. Aplikasi ini akan membawakan kemas kini tentang perundangan industri, mengetengahkan isu kesihatan dan keselamatan serta menyediakan pandangan sekilas ke hadapan untuk artikel utama dalam terbitan majalah itu yang akan datang.

Glenn Jarrett, Ketua Global Pemasaran Produk RS berkata, "Sebagai peneraju pemain pengedaran global yang beroperasi dalam pelbagai pasaran termasuk automasi dan kawalan, kami mengakui kepentingan menyampaikan berita mutakhir daripada industri dalam cara yang mudah diakses oleh para jurutera. Majalah serta perkhidmatan pemberitahuan berita ini akan membolehkan semua orang yang terlibat atau mereka yang berminat dalam pasaran automasi dan kawalan untuk kekal maklum dengan perkembangan semasa sektor itu agar dapat kekal berdaya saing."

Latar belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, yang diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Magazines Publishing/Information Service Semiconductors New products/services