omniture

Firma penyelidikan bebas mengiktiraf Vymo sebagai antara CRM Perkhidmatan Kewangan Terkemuka

Vymo
2023-06-02 07:30

SINGAPURA, 1 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Vymo telah diiktiraf sebagai antara vendor terkemuka oleh Forrester, salah sebuah firma penyelidikan dan penasihat yang paling berpengaruh di dunia, dalam laporan 'The Financial Services CRM Landscape, Q2 2023' (Landskap CRM Perkhidmatan Kewangan, S2 2023).

Forrester recognizes Vymo as a notable Financial Services CRM in its latest report.
Forrester recognizes Vymo as a notable Financial Services CRM in its latest report.


Industri perkhidmatan kewangan semakin mempertimbangkan penggunaan penyelesaian Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) yang disesuaikan dengan keperluan khusus mereka. Penyelesaian berfokuskan industri boleh memberi kesan kepada metrik barisan teratas seperti peningkatan dalam produktiviti jualan & bilangan urus niaga yang dimuktamadkan bagi setiap wakil. Tetapi pendekatan 'satu jenis sesuai untuk semua' daripada sistem CRM mendatar gagal menyesuaikan pengalaman pengguna yang diperlukan untuk para ejen dan pengurus barisan hadapan. Akibatnya, banyak penggunaan CRM perusahaan gagal untuk menghasilkan keputusan yang diharapkan disebabkan oleh cabaran dengan penerimagunaan pengguna yang rendah dan pengurusan perubahan.

"Asas kepada mana-mana pengalaman pelanggan yang hebat ialah para pekerja yang terlibat dengan pelanggan dan prospek, yang seterusnya memenangi perniagaan mereka," kata Yamini Bhat, Ketua Pegawai Eksekutif Vymo. "Kami berbangga kerana diiktiraf oleh Forrester sebagai antara penyedia penyelesaian CRM perkhidmatan kewangan yang terkemuka. Platform kami menyaksikan kadar penerimagunaan yang amat tinggi yang setanding dengan aplikasi seperti Instagram dan Slack. Kami terus melakukan pelaburan untuk memahami bagaimana keadaan pasaran berkembang supaya pelanggan kami sentiasa bersedia untuk menyokong penglibatan para pelanggan mereka."

Platform penglibatan jualan Vymo direka untuk mengurangkan kerja berulang dan membantu para ejen memberi tumpuan kepada aktiviti yang tepat pada masa yang tepat, sekali gus membolehkan mereka terlibat dengan lebih baik dengan para pelanggan.

Ejen barisan hadapan menggunakan aplikasi mudah alih Vymo yang intuitif untuk merakam dan merekodkan penglibatan pelanggan secara automatik, memberikan kebolehlihatan masa nyata kepada pengurus mereka tentang aktiviti di lapangan. Dorongan dan cadangan yang dijana AI proprietarinya membantu para jurujual memberi tumpuan kepada aktiviti jualan yang menguntungkan. Dengan lebih 3 juta 'tindakan terbaik seterusnya' yang disampaikan setiap bulan, ia telah berjaya mendorong perubahan tingkah laku dari bawah ke atas pada skala yang besar.

Vymo telah digunakan untuk bank & syarikat insurans terkemuka di seluruh dunia bagi memodenkan proses jualan mereka. Tidak seperti sistem CRM tradisional yang mempunyai purata kadar penggunaan pengguna kurang daripada 30%, Vymo melaporkan bahawa lebih 75% penggunanya melakukan aktiviti pada platform setiap hari.

Tentang Vymo 

Vymo (www.vymo.com) ialah Platform Penglibatan Jualan yang menjadi pilihan 350,000 orang jurujual merentasi lebih 65 Institusi Kewangan Global seperti AIA, Berkshire Hathaway, Generali, AXA, Sunlife dan HDFC Bank. Platform ini mendorong produktiviti dari bawah ke atas melalui dorongan dan campur tangan di sepanjang kitaran hayat pelanggan.

Gartner mengiktiraf Vymo sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran Penglibatan Jualan.

Vymo telah memperoleh dana melebihi $45 juta daripada Sequoia Capital, Emergence Capital dan Bertelsmann India Investments serta merupakan pemenang anugerah Demo Day CB Insights dan 'AI for All' Microsoft.

Pautan Berkaitan

Ketahui lebih lanjut tentang Vymo - https://www.vymo.com Tonton bagaimana Vymo boleh membantu menukar minat dengan lebih banyak - https://youtu.be/W8KODHivO_U Dengarkan bicara Gordon Ritter (Pengasas & Rakan Kongsi Am, Emergence Capital) tentang tenaga kerja tanpa meja - https://youtu.be/9CvjfYOj6SI

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2090449/Vymo_Forrester.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Financial Technology