omniture

1000 MIGLIA MENYAMPAIKAN ACARA-ACARA AKAN DATANG DI MIAMI, AMERIKA SYARIKAT SEMPENA HARI KEBANGSAAN ITALI, PEMBENTANGAN WARM UP USA 2023 DAN PELANCARAN 1000 MIGLIA EXPERIENCE DI FLORIDA

Mille Miglia
2023-06-02 17:08

MIAMI, 2 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Hari Kebangsaan Itali, meraikan Hari Republik Itali yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Itali di Miami, 1000 Miglia menyampaikan acara-acara akan datang yang akan dianjurkan di Amerika Syarikat. Acara malam yang berlangsung di Hotel Biltmore Miami Coral Gable ini merupakan suatu peluang yang penting untuk mengumumkan perkembangan aktiviti Red Arrow di Pantai Timur. Tiga buah kereta iaitu Lancia Aurelia B24S Spider America tahun 1955, Maserati A6GCS 2000 'Monofaro' tahun 1950 oleh Fantuzzi dan Ferrari Dino 246 GTS tahun 1972 yang mewakili contoh sejarah automotif Itali, telah dipamerkan semasa acara tersebut.

Italian automotive history on display during the event, a 1955 Lancia Aurelia B24S Spider America, a 1950 Maserati A6GCS 2000 'Monofaro' by Fantuzzi and a 1972 Ferrari Dino 246 GTS.
Italian automotive history on display during the event, a 1955 Lancia Aurelia B24S Spider America, a 1950 Maserati A6GCS 2000 'Monofaro' by Fantuzzi and a 1972 Ferrari Dino 246 GTS.

1000 Miglia telah mengesahkan edisi keempat Warm UP USA yang dijadualkan bermula dari 31 Oktober hingga 5 November 2023 di kawasan Washington DC. Acara ini terbuka kepada kereta-kereta daripada Era 1000 Miglia (yang dibina hingga tahun 1957) dan Pasca Era 1000 Miglia (yang dibina pada tahun 1958 sehingga sekarang). Acara tersebut mengandungi satu sesi latihan selama satu hari tentang teknik-teknik khas perlumbaan tetap di Itali, termasuk pertandingan selama tiga hari dalam gaya penuh 1000 Miglia yang akan melalui pemandangan musim luruh di Virginia Barat, Virginia dan Maryland serta akan berakhir di tengah-tengah bandar raya Ibu Negara A.S.

Untuk acara pada tahun 2024, 1000 Miglia memberikan pratonton acara 1000 Miglia Experience Miami: bandar Florida yang meriah ini akan menjadi persekitaran yang sempurna untuk mengalu-alukan kedatangan para peminat kereta klasik dan menawarkan kepada mereka dengan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan yang dikelilingi oleh pemandangan yang menakjubkan serta suasana yang unik. Para peserta akan dapat menyelami budaya tempatan dan menikmati acara yang luar biasa.

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Konsul Jeneral kerana menawarkan peluang kepada 1000 Miglia untuk memperkenalkan syarikat kami dalam suasana ini yang meraikan Itali dan kecemerlangannya yang menjadikannya unik di dunia," kata Alberto Piantoni, Ketua Pegawai Eksekutif 1000 Miglia Srl."Sejarah 1000 Miglia yang hampir mencecah 100 tahun dan digabungkan dengan semangat berani dan perintis yang menjadi teras kepada syarikat ini, terus melakukan pembaharuan dan berinovasi yang membolehkan kami pada hari ini mengeksport acara-acara ini ke setiap bahagian dunia dengan menceritakan keunikan tempat-tempat yang menjadi tuan rumah kepada kami serta memberikan pengalaman eksklusif kepada para peminat. Melalui peluang ini, saya ingin mengingatkan anda bahawa acara 1000 Miglia 2023 akan berlangsung tidak lama lagi: mulai 13 hingga 17 Jun ini, malah pembentukan semula Perlumbaan ke empat puluh satu ini akan berlangsung dengan perlumbaan melalui Itali, dari Brescia ke Rom dan kembali, yang menawarkan lebih 400 buah kereta bersejarah dalam perlumbaan ini dengan pengalaman yang unik hanya dapat diberikan oleh «perlumbaan yang paling indah di dunia» ."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2090807/Mille_Miglia.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2090867/1000_Miglia_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Mille Miglia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Auto Entertainment Sporting Events Transportation Travel Future Events