BOHINJ, Slovenia, 2 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Lembaga Pelancongan Slovenia (STB), dengan kerjasama Julian Alps Association, telah mempersembahkan aktiviti promosi pelancongan yang pertama di negara ini yang menampilkan NFT dan teknologi blok rantai pada sebuah acara unik di Julian Alps.
NFT (token tidak sepiawai) ialah token digital yang diperakui, unik dan tidak boleh diulang cetak yang dikeluarkan dalam edisi terhad sebagai cenderahati elektronik unik yang boleh dikumpulkan. Koleksi NFT 'The Ultimate Julian Alps Sensory Adventure' yang terdiri daripada lima belas NFT ini telah disenaraikan pada Vandri, sebuah platform NFT pelancongan.
Pada minggu ini, acara pelancongan yang pertama di negara ini yang menggunakan promosi NFT telah berlangsung di Julian Alps, selepas diumumkan terlebih dahulu di World Travel Market pada bulan November 2022. Sekumpulan wartawan terpilih telah menerima token NFT yang membolehkan mereka memperoleh NFT ke dalam dompet digital mereka yang boleh digunakan dalam kehidupan sebenar dengan menghadiri acara sekali seumur hidup yang unik ini. Dengan menggunakan NFT untuk mempromosikan kisah dua spesies utama yang terancam, 'The Ultimate Julian Alps Sensory Adventure' telah meningkatkan kesedaran tentang matlamat Slovenia untuk bergerak ke hadapan dengan strategi pelancongan digital sambil menonjolkan nasib dua spesies semula jadi di Slovenia, serta mempamerkan keindahan Julian Alps yang menakjubkan.
Dengan bantuan dua kisah tentang Cock-of-the-Woods (Capercaillie Barat), haiwan terbesar dalam keluarga grouse di Slovenia dan Ratu Alps (Alpine eryngo), sejenis bunga yang dilindungi yang jarang ditemui, 'The Ultimate Julian Alps Sensory Adventure' menunjukkan kepentingan yang lebih mendalam terhadap keseimbangan dan berhubung semula dengan alam semula jadi. Para tetamu berpeluang untuk menikmati yoga terapeutik, meditasi bunyi-bunyian dan menikmati suasana hutan. Pengembaraan melibatkan pelbagai deria yang julung-julung kali diadakan ini terbukti menjadi kejayaan yang hebat melalui lawatan berpandu, menaiki bot sambil menikmati panorama dan alam semula jadi yang menakjubkan di sekitar Lake Bled, yang dilengkapi dengan makanan daripada beberapa jurumasak terkemuka di Slovenia.
Pemilik NFT dapat merasai sendiri nilai NFT mereka dengan menggunakannya sebagai tiket untuk mengambil bahagian dalam pratonton eksklusif, yang mewujudkan sinergi unik yang menggabungkan pengalaman digital dan kehidupan sebenar.
Slovenia dan Julian Alps menonjol sebagai destinasi pintar dan inovatif yang menggabungkan teknologi canggih NFT ke dalam industri pengembaraan dan pelancongan. Pada masa yang sama, selaras dengan etos kelestariannya, kandungan NFT dapat menarik perhatian kepada isu spesies flora dan fauna yang terancam. Lembaga Pelancongan Slovenia (STB) mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam industri pelancongan yang semakin berkembang ini dengan memanfaatkan masa depan digital menerusi teknologi baharu yang selaras dengan nilai-nilai tradisinya.
Untuk maklumat lanjut: Slovenia.info
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2090901/Slovenian_Tourist_Board_1.jpg?p=medium600