omniture

Krux Membuka Cawangan Asia Pasifik bagi Memenuhi Keperluan Pasaran Antarabangsa yang Berkembang Pesat

Krux
2014-04-14 09:00 143

- Perintis Media Digital dan Pemasaran Stu Spiteri, Pengarah Urusan, Asia Pasifik, akan Menguruskan Pengendalian dalam Pasaran dengan Pertumbuhan Sebanyak 400 Peratus pada tahun 2013

SAN FRANCISCO, NEW YORK, LONDON dan SINGAPURA, 14 April 2014 /PRNewswire/ -- Krux (www.krux.com), peneraju teknologi global daripada segi pengurusan data berasaskan awan, telah membuka cawangan di Singapura dan melantik perintis media digital dan pemasaran Stu Spiteri sebagai pengarah urusan Asia Pasifik, untuk memanfaatkan permintaan tinggi terhadap penyelesaian DMP syarikat itu di rantau tersebut.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/NY59467LOGO

En. Spiteri mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam industri media digital Asia. Beliau akan menerajui usaha serantau Krux dengan tumpuan terhadap pembangunan perniagaan dan jualan merentasi rantau itu. Pada tahun 2013, hasil Asia Pasifik Krux meningkat sebanyak empat kali jumlah sebelumnya setelah syarikat itu menyediakan Platform Pengurusan Datanya kepada jenama, pemasar serta penerbit yang menerajui di beberapa negara merentasi Asia Pasifik termasuk CCI Japan, DNP Japan, NewsLimited, CarSales.com.au, RealEstate.com.au dan banyak lagi.

"Rantau Asia Pasifik, dengan peningkatan hasil sebanyak 400 peratus pada tahun 2013 dan peningkatan pelanggan sebanyak lebih dua kali jumlah sebelumnya, telah menunjukkan pertumbuhan dan permintaan organik yang konsisten untuk teknologi pengurusan data Krux," kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Krux Tom Chavez. "Kini, dengan penyertaan orang lama digital yang pakar Stu Spiteri kepada pasukan pengurusan kami, dan pembukaan cawangan pertama kami di Asia, kami telah meningkatkan kemampuan kami untuk menyokong keperluan para pengurus jenama, pemasar serta penerbit merentasi rantau itu. Media digital dan teknologi syarikat sudah menjadi sebahagian daripada darah daging Stu; kemasukan beliau ke dalam Krux meletakkan kami pada kedudukan yang lebih baik untuk mengalami pertumbuhan pesat di rantau ini."

Sebelum menyertai Krux, En. Spiteri ialah ketua pegawai eksekutif Brandscreen, syarikat permulaan teknologi perdagangan media masa sebenar yang berpusat di Sydney, Australia. Sebelum itu beliau merupakan ketua pegawai operasi News Digital Media, divisyen dalam talian syarikat subsidiari Australia News Corporation, News Limited.

Beliau telah memainkan peranan sebagai Ketua Platform bahagian Asia Pasifik di Google selama beberapa tahun, yang bertanggungjawab untuk DoubleClick, AdExchange, Invite Media serta penyelesaian agensi dan set teknologi platform pembelian Google. En. Spiteri merupakan pengarah urusan bahagian Asia Pasifik untuk Akamai Technologies selama lapan tahun, lalu membina perniagaan itu sejak permulaannya pada tahun 2003 sehingga mempunyai pengendalian di sembilan negara.

Sebelum menyertai Akamai, En. Spiteri ialah ahli pasukan pengurusan pengasas chinadotcom, syarikat Internet terbesar di Asia pada tahun 1999. Beliau bertanggungjawab untuk perniagaan 24/7 Media Asia, rangkaian pengiklanan dan wakil media pertama di Asia Pasifik yang beroperasi dengan lesen daripada 24/7 Media Inc. Tambahan lagi, tanggungjawab beliau termasuklah perniagaan pemasaran jitu lebih luas chinadotcom yang merangkumi pengendalian pemasaran langsung luar talian dan platform teknologi dalam talian dengan pengendalian dalam 10 pasaran.

Seorang warga Australia yang telah menetap di Asia selama 20 tahun, En. Spiteri mempunyai ijazah Sarjana Muda Perdagangan daripada Universiti Melbourne, Diploma Pertengahan Bahasa Mandarin daripada Universiti Normal Nanjing dan juga Sijil dalam Pidato Umum Lanjutan.

Latar belakang Krux
Krux (www.krux.com) menyediakan perisian pengurusan data berasaskan awan dan keterhubungan selamat bagi syarikat mendapatkan, menganalisis, melindungi dan turut menguruskan data orang ramai merentasi semua skrin dan sumber. Dengan Krux, syarikat di AS, EU dan juga Asia Pasifik sedang memberikan pengalaman web yang lebih hebat, pantas dan pintar kepada lebih 1.3 bilion pengguna bulanan seluruh dunia. Syarikat yang mendapatkan antara data pengguna paling bernilai di dunia (Meredith, YouBeauty, New York Times, Wall Street Journal, Axel Springer, Washington Post, Source Interlink, Cars.com, Financial Times, AARP) bergantung pada Krux untuk melindungi dan turut menguruskan data mereka serta menghubungkannya dengan selamat bersama rakan kongsi yang dipercayai. Penginovasi digital (Bloomberg, Telegraph, NBC Universal dan Triad Retail Media) bergantung pada Krux untuk mewujudkan pengalaman jenama yang lebih baik serta meningkatkan hasil daripada pengendalian perdagangan dan pengiklanan. Krux disokong oleh Accel Partners dan juga IDG Ventures, beribu pejabat di Lembah Silikon dan turut mempunyai cawangan di New York, Boston serta London.

Source: Krux
Related Links:
Keywords: Computer Software Internet Technology Corporate Expansion Personnel announcements