omniture

Crown Aesthetics Berkembang Lebih Jauh ke Rantau Asia Pasifik

Crown Laboratories, Inc.
2023-06-05 19:00

Jeff Sinclair Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Jualan Rantau Asia Pasifik

DALLAS, 5 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Crown Aesthetics ("Crown"), sebahagian daripada syarikat Crown Laboratories, Inc., hari ini mengumumkan bahawa ia akan melebarkan sayapnya ke Rantau Asia Pasifik ("APAC"). Untuk memimpin usaha ini, Jeff Sinclair telah menyertai organisasi ini sebagai Pengarah Eksekutif Jualan Asia. Encik Sinclair akan menerajui strategi pertumbuhan Crown di Asia dengan rangkaian pengedar untuk sistem penjaruman mikro pertama yang memenangi anugerah dan diluluskan oleh FDA, iaitu SkinPen® Precision, dan produk probiotik hidup yang unik, iaitu BIOJUVE.

"Pengembangan kami ke pasaran Asia adalah penting," kata Michael McKenna, Pengurus Besar merangkap Naib Presiden Eksekutif Crown Aesthetics. "Asia bukan sahaja mempunyai populasi yang pelbagai tetapi juga mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat. Berdasarkan pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh SkinPen dan BIOJUVE, sekarang adalah waktu yang tepat untuk membawa kedua-duanya memasuki pasaran yang kompetitif ini."

Seorang lulusan Universiti California di Davis dan anggota Tentera Marin Amerika Syarikat yang pernah berkhidmat di Desert Storm, Encik Sinclair membawa lebih 25 tahun pengalaman beliau dalam bidang jualan ke syarikat Crown. Setelah bekerja untuk organisasi global seperti Viveve Medical, Inc., Restoration Robotics, Obagi Medical Products, Iridex, Laserscope dan Lumenis, Encik Sinclair yang berpangkalan di Seoul, Korea selama beberapa dekad, telah berjaya membina dan memperjuangkan pelbagai pasukan jualan antarabangsa yang telah menyokong amalan penjagaan kesihatan Pembedahan Plastik, Dermatologi dan Estetik am. Sepanjang kerjaya beliau, Encik Sinclair telah menguruskan jualan (secara langsung dan tidak langsung), pemasaran, latihan klinikal, pengedaran dan rundingan kontrak. Beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mencapai matlamat dan menjana pertumbuhan pendapatan yang signifikan untuk syarikat-syarikat tempat beliau berkhidmat.

"Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Jeff ke dalam pasukan antarabangsa kami," kata Andy Moulton, Naib Presiden Jualan Antarabangsa Crown Aesthetics. "Dari hanya 5 buah negara pada empat tahun yang lalu kepada lebih 45 buah negara sekarang, Crown Aesthetics merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang berjaya dan dialu-alukan yang benar-benar dapat memperkayakan kehidupan mereka yang diberikan perkhidmatan. Saya menantikan impak yang dapat diberikan oleh Encik Sinclair dan produk Crown Aesthetics terhadap kesihatan kulit pesakit di seluruh dunia."

"Saya teruja untuk menyertai sebuah organisasi yang komited terhadap sains berkaitan kulit untuk seumur hidup," kata Jeff Sinclair. "Komitmen Crown terhadap khidmat pelanggan, inovasi dan pendidikan menjadikan Crown syarikat yang amat sesuai untuk saya. Saya berharap agar dapat memanfaatkan pengalaman saya dan memberikan nilai yang luar biasa kepada para pelanggan kami di rantau APAC."

Tentang Crown Aesthetics 
Crown Aesthetics, syarikat estetik perubatan utama, dikhususkan untuk membantu amalan terkemuka di seluruh dunia mengembangkan perniagaan mereka dengan memberikan hasil yang dramatik dalam peremajaan dan pemulihan kulit. Inovasi yang invasif minima – SkinPen®, peranti penjaruman mikro pertama yang menerima kelulusan FDA; MicroPen EVO, juga menerima kelulusan FDA; BIOJUVE, rejimen topikal biom kulit yang mentakrifkan kategori baharu; ProGen PRP Eclipse, sistem plasma yang kaya dengan platelet (PRP); VOTESSE, sistem kesihatan rambut – bertindak sebagai produk "permulaan" yang mendorong pesakit baharu dan sangat berpuas hati ke dalam amalan ini. Berpangkalan di Dallas, Texas, Crown Aesthetics menetapkan piawaian industri untuk keberkesanan, keselamatan dan inovasi. Hasilnya, para pelanggan secara konsisten memberikan penjagaan estetik terbaik dalam perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.crownaesthetics.com.

Tentang Crown Laboratories, Inc.
Crown, sebuah syarikat penjagaan kulit global milik persendirian yang bersepadu sepenuhnya, komited untuk membangun dan menyediakan pelbagai portfolio produk penjagaan kulit yang estetik, premium dan terapeutik yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan para penggunanya di sepanjang perjalanan penjagaan kulit mereka. Sebuah syarikat inovatif yang memberi tumpuan kepada sains berkaitan kulit untuk seumur hidup, usaha gigih Crown untuk menyampaikan kecemerlangan terapeutik dan meningkatkan hasil pesakit adalah sebab mengapa Crown menjadi peneraju dalam bidang Dermatologi dan Estetika. Crown telah tersenarai dalam Syarikat Inc. 5000 Milik Persendirian yang Terpantas Berkembang selama sembilan tahun dan telah mengembangkan pengedaran produknya ke lebih 42 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.crownlaboratories.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1457834/Crown_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Crown Laboratories, Inc.
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Supplementary Medicine Corporate Expansion Personnel announcements